Alhamdulillah, seperti yang Sha update dalam post sebelum ni, Sha pergi ke Kelantan for our GLAM Kelantan pada 23 Oktober yang lepas. Syukur sebab sambutan amat baik daripada orang-orang Kelantan, walaupun first time adakan GLAM Kelantan. GLAM akan berkembang lagi ke serata Malaysia. Even if you are outside of KL/Selangor, you can still join us!
Event ni diadakan di Habib Hotel. Rupanya Habib ada hotel sendiri, ingatkan bisnes Habib Jewel je.. :) Tempat memang selesa dan sesuai untuk buat apa-apa event. InsyaAllah, if next GLAM Kelantan lagi ramai, kita ambil bilik seminar yang lagi besar.
Sha diberi tugas untuk beri motivation pada GLAMpreneurs Kelantan |
Terima kasih sebab luangkan masa pada semua |
Group photo dengan semua GLAMpreneurs dan speakers |
Semangat semuanya kan.. |
Keesokan harinya, Sha beri talk pula pada siswa-siswi UiTM Kota Bharu dalam Youth's Cash & Entrepreneur Mind. Sha juga dapat berinteraksi dengan siswa-siswi dalam sesi soal jawab. Kagum bila soalan-soalan yang matang ditanya oleh siswa-siswa UiTM.
Terima kasih pada pihak UiTM yang jemput Sha untuk share experience sebagai usahawan. Seronok bila tengok muka-muka yang fresh dan bersemangat untuk jadikan keusahawanan sebagai kerjaya. Syabas juga pada UiTM Kota Bharu dan pensyarah-pensyarahnya Cik Siti Norbaya Bt. Mohd Safwan dan Prof. Madya Mohd Jais Atan yang beri pendedahan dunia sebenar keusahawan pada siswa-siswi UiTM. Harap dapat jumpa lagi mereka pada masa depan.
First time jadi speaker untuk universiti tau.. :) |
Terima kasih sekali lagi pada UiTM atas peluang yang diberikan dan ole-ole special yang Sha bawa balik ke KL. :)
