Premium Beautiful Pilihan Bijak

Wednesday, June 27, 2018 Sha Khalid 0 Comments

Assalamualaikum dan morning semua 😉

Harini Sha nak share sikit pengalaman yang Sha dapat masa jumpa salah sorang customer Sha yang memang fresh from oven ni.

Actually kakak ni memang pengguna tegar corset. Tak kisah la corset apa pun, rasanya dia ada lebih dari 7 corset. Yang dia tunjuk pada Sha aritu 2 jenis corset. Fuhhh memang pengguna tegar betul. Sebab corset yang dia beli bukan murah-murah tau. Semua ribu riban dan lebih mahal dari harga corset Premium Beautiful.

Sha tanya kakak ni, kenapa akak suka pakai corset? Satu jawapan dia yang buat Sha sangat-sangat setuju ialah dia nak tingkatkan keyakinan diri. Sebab dia cakap 'Akak ni surirumah je Sha, tak pernah kerja..kawan-kawan semua kerja. So, rasa macam rendah diri. Tapi bila akak pakai corset memang automatically akak rasa confident dan bersemangat'.

Sha memang setuju dengan statement akak ni...sebab corset ni memang boleh tingkatkan keyakinan kita. Sebab bila pakai corset ni confirm lelemak pada badan dah takde, badan jadi tegap so lagi confident nak berjalan. Dan biasanya surirumah orang akan rasa macam takde apa-apa. Tapi sebenarnya kerja surirumah la paling mencabar tau.. So kakak ni cakap seawal pagi dia bersiap memang terus sarung corset. Ambil anak, hantar anak memang bersiap dengan corset. So, dia rasa sangat-sangat bersemangat dan confident kalo pakai corset. Kalo tak pakai sehari dia cakap akan jadi malas. Sebab nak pakai corset tu je sebenarnya mind set memang kena semangat. Sebab ada je beli corset dengan Sha tapi tak pakai..alasannya sebab MALAS..hhehe nampak tak kat situ? 

Ok, So kakak ni pun share la dengan Sha first corset dia beli tahun 2000 masa deliver anak pertama. Sekarang umur dia 46 tahun. Dan corset tersebut ialah Premium Beautiful corset! hah just imagine dia antara orang pertama yang pakai corset PB ni tau. Dan lepas pakai PB tu dah 6 corset lain dia tukar pakai tapi dia cakap tak de satu pun yang boleh sorok lemak macamana PB buat. 

Korset yang akak tu tunjukkan harga RM1800 tau

Betul korang, kalo corset lain yang 2 piece or 1 piece actually lemak korang memang tak sorok dan tak akan beralih ke tempat yang sepatutnya..tapi bila pakai corset Premium Beautiful korang akan nampak kesan 5 minit yang luar biasa. Ini memang feedback kebanyakkan orang yang beli corset. 

Dan kakak ni tunjuk pada Sha corset paling latest dia beli harga RM1800 tapi bila pakai perut jadi macam pregnant 3 bulan sebab lemak berkumpul bahagian perut. Actually kalo material yang ala2 stretch macam stokin ni memang sangat memberi kesan kepada lemak-lemak pada badan sebab dia mengumpulkan lemak dan menonjolkan lemak tersebut. So hati-hati kalau pilih material corset.

Bukan nak puji corset Premium Beautiful ni sebab Sha jual, tapi sebab diri sendiri puas hati dan nampak customer yang dah tak pakai, tukar corset lain but still akan kembali ke PB sebab kesan dan warranty service lifetime yang PB ada tapi tak ada pada corset lain.

Tambah-tambah sekarang dah 0% GST dan ada rebate cash back RM50 memang harga Premium Beautiful ni sangat worth it dan mampu milik untuk semua orang 

Yang teringin nak pakai Premium Beautiful dan nak upgrade or tukar beli yang baru nak khidmat nasihat percuma dari Sha boleh whatsapp anytime kay wasap.my/601137758674.

Premium Beautiful pujaan ramai

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

Menawannya Infinence X Fazura

Monday, June 25, 2018 Sha Khalid 0 Comments

Assalamu'alaikum dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua pembaca blog shakhalid.com  😚

Uols pernah tak dengar Infinence X Fazura? if ada yang tak pernah dengar lagi Sha dah share sikit info terbaru ni di sini 

Infinence X Fazura ni terdiri daripada koleksi kasut dan juga handbag. Dan istimewanya kasut dan handbag ni ianya semua diperbuat dari Premium Leather dan Handmade. Dan untuk kasut pulak ada Energy Padding, which is padding ni bagi pemakai rasa selesa bila pakai heels. So takde la rasa sakit belakang or sakit kaki. Alhamdulillah macam Sha sendiri memang dah pakai heels Infinence ni memang rasa sangat-sangat selesa.

So kat post ni Sha nak share koleksi Handbag dan kasut yang available if korang nak order or ada yang nak jadi Agent pon boleh. Range harga dari RM700 untuk handbag dan RM600 untuk kasut. Sangat berbaloi untuk yang 100% leather.

Infinence Bags

Infinence Adele Bag
Infinence Adele Bag

Infinence Ivy Bag
Infinence Ivy Bag

Infinence Kimberly Bag
Infinence Kimberly Bag

Infinence Mable Bag
Infinence Mable Bag

Infinence Mable Bag
Infinence Mable Bag

Infinence Paula Bag
Infinence Paula Bag

Infinence Pearlyn Bag
Infinence Pearlyn Bag

Infinence Shoes

Infinence Aliz Shoes
Infinence Aliz Shoes

Infinence Claire Shoes
Infinence Claire Shoes

Infinence Hilda Shoes
Infinence Hilda Shoes

Infinence Laura Shoes
Infinence Laura Shoes

Infinence Lynn Shoes
Infinence Lynn Shoes

Infinence Riley Shoes
Infinence Riley Shoes

Infinence Valerie Shoes
Infinence Valerie Shoes


0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

Tips Turunkan Berat Badan Sempena Hari Raya

Wednesday, June 13, 2018 Sha Khalid 0 Comments

Designed by Freepik
Haa.. Raya dah tak lama lagi kan.. Masa ni la nak bedal semua makanan yang sedap-sedap. Ketupat, rendang, nasi minyak, lemang, beraneka biskut dan macam-macam lagi la kan. Ko rasa ada effect tak kat berat badan? Sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, seluar pun dah rasa longgar skit. Nak maintain dan teruskan ke dak.. hehe

Ok la, paham-paham. Makan dan minuman tu semua menggoda qolbu kan. Qadha sebulan punya puasa. Tapi kan elok kalau berat yang turun tu dapat dikekalkan. Kalau naik pun tak la mendadak sangat.

So ada few tips yang boleh diamalkan masa beraya ni. Orang Malaysia ni beraya sebulan so kena ingat cabaran makanan ni pun sebulan jugak.

TIPS 1: Kurangkan minuman bergula.

Ni tips killer untuk semua. Gula ni high calorie so cuba kurangkan minuman bergula. Nak minum minuman bergula tu boleh. Minum la secawan-dua, pastu sulam la dengan air putih. Air putih pun elok untuk penghadaman makanan kan. Gula ni pun tak elok dalam jangka masa panjang. Satu lagi, Haramkan Air Bergas/Dalam Tin!! Kandungan gula macam nak terus potong kaki.

TIPS 2 : Kurangkan makanan berminyak

Ni memang la pantang.. tengok kan. Cer tengok kebanyakan makanan masa raya ni terutama rendang dan lemang. Memang masak berasaskan minyak. Dah elok-elok nyahkan lemak-lemak tepu masa Ramadhan, kembali ternak di bulan Syawal. Tak ke naya tu. Nak makan makanlah tapi ambil dalam kadar sedikit. Kata orang asalkan rasa. Tapi kalau breakfast, tengah hari, tea, supper bantai rendang tu bukan rasa dah tu ye. Makan pagi atau tengah hari dalam kadar sedikit cukup la. Pastu pegi beraya rumah sedara mara tu tayah la capai lagi makanan berminyak. Agak-agak nak jaga hati tuan rumah jamah la sejemput dua.

TIPS 3 : Jangan ulang ke meja makan

Dah jadi adat time raya ni makanan tu dah sentiasa terhidang kat meja makan. Tu untuk tetamu yang datang. Bukan untuk kita ulang-alik ke meja tu sejam sekali. Tu yang payah tu. If tiap kali lawat meja makan sesuap je takpe la tapi tiap kali tu penuh pinggan. Acaner tu? Anggap la meja makan tu macam kawasan larangan yang penuh jerangkap samar. hehe

TIPS 4 : Banyakkan berjalan

Masa raya ni ada ke orang pagi-pagi sarung kasut joging pastu joging keliling kampung? Tak pernah orang buat kan. So nak maintain exercise hari raya ni banyakkan la berjalan. Kalau parking kereta nak beraya tu parking la jauh sikit. Bagi kaki tangan tu bergerak skit secara tak langung bakar lemak-lemak rendang dengan lemang tu. Berjalan pegi solat raya dan ziarah kubur pun boleh jadi aktiviti membakar lemak.

TIPS 5 : Sarung la Premium Beautiful

Haa.. ni favourite tips Sha. Sarung je InsyaAllah boleh control makan di Syawal yang mulia. Premium Beautiful ni especially waist nipper tahan bahagian perut tu. So perut tak besar sangat yang sebabkan rasa nak makan nak makan nak makan. Jangan tak tau ye, bila kita banyak makan perut kita akan expand. Next time kita rasa perlu makan lagi banyak. Dah berlarutan macam tu ko rasa? Macam mana la perut kalau macam tu kan.


Designed by Freepik

TIPS 6 : Cepat-cepat Puasa Enam

Selain dapat kelebihan dan pahala puasa enam ni dapat la bantu control nafsu makan tu. Nak ziarah raya la, nanti orang datang la tu alasan je. Ingat, syaitan dah lepas ye lepas Ramadhan.


Hopefully ada tips-tips kat atas yang uolss boleh amalkan ye. Kalau tak semua satu pun yang boleh diamalkan Alhamdulillah syukur.

Di kesempatan ni Sha nak mintak maaf pada semua especially pada readers blog Sha ni kalau ada yang terasa ke sepanjang Sha berblogging ni. Ada yang tersinggung ke, terlaser ke, terover ke. Minta maaf ye…

P/S: Nak nampak kurus slim di hari raya dengan Premium Beautiful? Meh contact Sha sekarang. Whatsapp 011-37758674 (wasap.my/601137758674/PBRaya). Harga istimewa sempena Syawal.

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

MMG Iftar Bersama Anak Yatim & Asnaf 2018

Monday, June 04, 2018 Sha Khalid 0 Comments

Alhamdulillah, minggu lepas (2 Jun 2018) kami daripada MMG group bersama dengan penghuni dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia berbuka puasa di Kajang Perdana Avenue.

Alhamdulillah makanan sedap dan banyak variety. Tempat ni bawah kelolaan D'Saji Felda. Memang recommended untuk berbuka puasa atau apa saja event.

Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia ni terletak di Kajang. Ada lebih kurang 40 orang anak-anak yatim dan asnaf yang bernaung di bawah pertubuhan ni. Jika ada sesiapa atau mana-mana organisasi/syarikat yang nak menderma atau infak amat-amatlah dialu-alukan.

Boleh hubungi:

Pn. Siti Salmiah
017-2137313, 013-2416313
Maybank
5624 1400 6411 (PERIBADI MULIA)

Sementara tu layan gambar-gambar masa event ni.































0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

PREMIUM BEAUTIFUL 0% GST SALE

Friday, June 01, 2018 Sha Khalid 0 Comments

premium beautiful gst sale

Effective 1 Jun 2018, harga Premium Beautiful adalah 0% GST tau. So sekarang adalah masa terbaik nak beli satu set ye.

Cepat-cepat Whatsaapp Sha untuk dapatkan harga baru ni. InsyaAllah Confirm puas hati.

Psst.. sempat lagi nak beraya dengan Premium Beautiful ni..

Sha 011-37758674

atau isi form kat Contact Me

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

Premium Beautiful Membantu Ibu Dalam Pantang

Friday, June 01, 2018 Sha Khalid 0 Comments



Salam uolsss

Dalam salah satu post Sha sebelum ni ada share experience melahirkan si puteri Syafa Zulaykha. Alhamdulillah si kecik tu dapat lahirkan normal. Takut jugak masa tu sebab yang no 2 Zaim Syakir bersalin czer. Entry ni Sha nak share experience pakai Premium Beautiful dalam pantang. Yang Sha rasa sangat berpantang dengan Premium Beautiful ni, rahim cepat mengecut, peranakan lagi cepat naik & cepat keluar semua darah kotor.

Sha start pakai Premium Beautiful hari ke-2 masa berpantang & masa hari ke-5 tu la mak bidan start datang untuk urut dan segala procedures semasa berpantang dilakukan. wah skema gitu..hehe Alhamdulillah bila deliver normal ni banyak sikit aktiviti berpantang boleh dilakukan. Antara dalam pakej yang Sha ambil untuk berpantang ni berurut, bertangas, mandi herba, bertungku & berbengkung. 

Part paling Sha suka sangat-sangat ialah bertungku & berbengkung. Actually bila kita dalam pantang ni satu benda yang paling penting ialah kecutkan rahim ke size asal. So mak bidan memang akan focus untuk kecutkan rahim. 

OK berbalik pada experience Sha. Normally untuk mak-mak lepas bersalin ni perut memang confirm akan buncit ye, takde lahir-lahir anak perut flat. haha tak mungkin! sebab rahim still tak kecut lagi so effectnya perut kita akan boncet macam ada sorang lagi baby dalam perut. So from day 2 berpantang tu Sha dah start pakai Waist Nipper sahaja dan bila bidan datang hari ke-5 tu dia sendiri puji rahim dah semakin mengecil sebab perut tak mengelebeh & lebih firm. Actually Sha sendiri perasan perubahan tu sebab nampak beza dari lepas deliver sampai hari ke-5 perubahan perut kita tu. Alhamdulillah memang kesan sangat-sangat menakjubkan dan nasib baik Sha waist nipper tu awal. Kalau lambat maybe lagi lambat kesan tu. 

So hari ke-5 tu sampai la sekarang Sha terus pakai Long Girdle & Waist Nipper KONSISTEN. Sebab hanya dengan konsisten je kita dapat kesan cepat. Reason why tak pakai Long Girdle awal sebab ada jahit so cam ngeri-ngeri gitu. Tapi takpe if u all jenis takde jahit pakai je terus. Bila dah pakai Long Girdle tu memang rasa lain macam darah nifas tu keluar, ni from my experience darah tu keluar berketul-ketul & perut memang rasa memulas macam contraction. Tapi bagus sebenarnya bila rasa macamtu sebab darah nifas keluar sebersih-bersihnya. Long Girdle ini peranan dia sama lebih kurang macam bertangas, if bertangas pun kita akan rasa darah tu keluar mencurah-curah. So if takde orang pandai nak buatkan tangas untuk kita pakai je Long Girdle inshaAllah darah nifas pun akan mudah keluar. 

Bila pakai Waist Nipper tu plak, yang Sha nampak dari perut yang flabby & buncit sebelum ni ialah perut lebih firm. Memang perut lagi flat berbanding before pregnant, betul la orang tua cakap dalam pantang ni la kalo betul-betul nak jaga badan. Dan honestly & sincerely Premium Beautiful banyak bantu Sha untuk semua proses ni. Banyak memudahkan & banyak kesan yang Sha dapat. FIR yang ada pada Premium Beautiful ni banyak membantu untuk proses pulihkan badan selepas bersalin. 

Kot ada yang tanya nape tak pakai Long Bra, reason sebab cup yang ada tak muat ;) haha susu badanku Alhamdulillah banyak so cup memang kena tukar size. But, if pakai Long Bra actually ianya akan bantu untuk bengkak susu & boleh banyakkan lagi susu ibu. So at the meantime Sha just pakai breastfeeding bra je dulu.

premium beautiful full set - long bra, waist nipper, long girdle

So, ibu-ibu yang dalam pantang or yang nak deliver baby soon & terfikir-fikir nak beli bengkung apa untuk dalam pantang, Sha really advise pakai Premium Beautiful because ni experience Sha sendiri. Mudah & sangat-sangat membantu dari segi kesihatan. Dan bukan je kita pakai masa dalam pantang but boleh pakai sepanjang masa sampai la bila-bila rasa nak pakai sebab Premium Beautiful ni ada Lifetime Warranty. So if koyak, cangkuk tercabut, besi bra patah or apa-apa berlaku boleh hantar untuk repair service for FREE. So memang investment untuk orang perempuan. Biasa kita ni orang perempuan bila badan dah back to shape makanya kita lagi confident.. betul tak? bukan untuk siapa pun, tapi untuk kepuasan diri sendiri & suami ;-)

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.