Sekadar perkongsian

Wednesday, November 28, 2012 Sha Khalid 0 Comments

assalamualaikum & morning

harini sha terpanggil nak buat entry ni, sebab dalam sebulan ni ramai sangat private message sha tanya experience macamana sha boleh buat business and dalam masa yang sama ada kerja hakiki, ada anak dan tak ada bibik. So, instead of sha nak reply kat sorang-sorang memang rasa-rasanya tak terlayan kot (eh statement kalah retis..hehe) , makanya sha just share kat sini je la eh..pengalaman sha ni  hanya sekadar perkongsian sahaja tidak lebih dari itu


ok, sha started this business memang takde perancangan apa-apa..gamble!! masa tu just fikir aku kena buat business! aku kena cari side income! hutang makin banyak tapi gaji tak naik banyak.. tu je yang sha fikir. Memang sebelum sha start this business pernah discuss dengan husband nak buat business online..dah ada proposal semua dah tapi tak ada MODAL dan takde siapa yang guide. Husband sha siap beli buku-buku Irfan Khairi lagi nak belajar cara nak buat business ONLINE..tapi beli buku jela business tak pon start DAN mungkin ini lah KETENTUAN & REZEKI yang Allah nak bagi pada sha & keluarga bila hati ni tergerak nak email Hanis Haizi dan tanya about this business.. maka bermulalah episode BARU dalam hidup sha bila dah start join dalam business ni


first step sha into this business perasaan TAKUT memang ada, tapi satu perasaan yang sha tak ada is RAGU-RAGU. Sha YAKIN boleh buat business tapi Sha takut boleh ke aku BERJAYA. Masa tu sha just put 100% TRUST to my mentor iaitu cdm hanis haizi. Segala apa yang hanis suruh sha just follow tanpa banyak soal, sebab apa yang sha yakin dengan business ni ianya business mentoring. Ada MENTOR yang akan guide every steps kita in this business dan ada orang yang akan ada bersama dengan kita masa susah & senang. So just BUAT je ikut apa yang disuruh, sebab Sha tau if 'Nak Berjaya Kena Ikut Orang Yang Dah Buat Dan Berjaya', dan apa yang sha pegang masa tu ialah if aku USAHA confirm aku akan dapat HASIL.


Sha buat business ni bukan terus-terus dapat income 5 figures setiap bulan tapi Alhamdulillah after 5 months buat business income 5 figures every month sha dapat terus consisten. Dan untuk dapat semua ni memang perlukan pengorbanan tanpa berkira. Tak kira dari segi MASA & TENAGA. Tapi dari pengalaman sha sendiri its all worth it!


Sha nak share pengalaman sha sikit. Sha ni boleh dikategorikan antara insan-insan bertuah, sebab dapat practical kat big company juga di Selangor after habis degree, then terus je absorbed jadi associate software engineer dengan gaji yang sha rasa banyak untuk seorang fresh graduate tanpa perlu susah payah cari kerja..Alhamdulillah.

Tapi, walau macamana hebat pun kerja kita if kerja dengan orang still kena ikut telunjuk orang, as a software engineer atau nama manjanya 'programmer' memang akan pecah otak nak pikir coding. Sha siap boleh nak berak pun pikir cemana aku nak bagi sistem ni jalan eh ..hah sampai tahap macam tu and my first job tu sha just resign dari company tanpa pikir panjang and time tu sha plan nak khawin!! memang rasa gile sebab gaji tak ada & komitmen dah ada.

Masa tu bermula la episode cari kerja apa je yang ada tanpa pikir qualification yang ada..Sha pernah jadi lecturer kat Informatic College dengan gaji yang lagi rendah!  pastu tak puas hati Sha resign lagi & masuk la company yang lagi gergasi lah dari my first job dan sejarah lama berulang kembali kena kerja sampai pukul 5 pagi and ada masa round the clock TAK TIDO!!! gaji tak naik, workload bertambah, pangkat tak naik officially tapi kena pulak jadi LEAD kena tanggung semua on my shoulder.. time kerja kat company tu menangis memang perkara biasa. Sedih juga bila tengok rakan-rakan seperjuangan dah dapat kerja government.

Tapi, Sha syukur sebab Sha tak putus asa & mengharap pada husband. aku stress keje tu aku cari lagi kerja lain & Alhamdulillah berjumpa juga dengan kerja idaman hatiku hehe, moralnya if kita tak putus asa insyaAllah ada jalannya. Alhamdulillah sha tak pernah rasa menyesal dengan apa yang dah Sha lalui masa kerja tapi rasa bersyukur sebab semua tu pengalaman manis yang buat sha jadi lagi kuat. Sebenarnya bila kita kerja dengan orang KEPUASAN tu ada tapi kita takkan dapat 100%. Compare to business sendiri tak kisah la business apa pun tapi KEPUASAN tu kita dapat 100% untuk diri kita. And talking about this business PENGORBANAN tu memang perlu tapi berkorban sejajar dengan NIKMAT & HASIL yang kita dapat.


Antara elemen penting lain yang sha dapat dari business ni ialah ISTIQAMAH, buat je berterusan dan jangan cepat PUTUS ASA. Sentiasa bersangka baik dengan rezeki yang Allah bagi, percaya yang setiap dari kita pasti ada rezeki yang Allah dah tetapkan. Bukan nak jadi Ustazah plak, tapi Sha memang percaya Rezeki, Ajal, Maut, Jodoh semua di tangan Allah. Ada orang memang lahir-lahir dah senang, dapat suami kaya, anak orang kaya. Tapi macam Sha sendiri memang dari keluarga sederhana cuma apa yang membezakan Sha dengan orang lain ialah IMPIAN.

Impian Sha besar tapi kemampuan Sha kurang sebab tu Sha kena usaha lebih. Apa yang membuat Sha keep moving ialah Sha letak impian Sha kat depan, tolak segala ALASAN & MASALAH ke tepi. Pedulik apa orang nak cakap tapi fikir hubungan kita dengan Allah & suami sahaja, sebab bila dah khawin ni redha suami memang sangat-sangat penting. Sha selalu je dapat ayat camni dari orang "Ko tak penat eh Sha, siang kerja, malam buat business, pastu weekend ni business lagi" DULU memang terasa sedih bila orang cakap camtu, rasa macam LOSER tapi sebenarnya lagi kita kuat usaha lagi tu Allah nak bagi lebih. Sebab afterall apa yang kita buat untuk family kita juga ;-) Alhamdulillah dulu nak bagi mak 5% dari gaji pun berkira sebab takut tak cukup duit sampai hujung bulan but now Alhamdulillah 30% dari gaji pun boleh bagi. Cuma apa yang sha rasa terkilan sebab arwah ayah tak dapat rasa semua ni tapi takpe selagi umur mak ada sha akan buat beliau gembira tak kira apa pun terjadi. Mak antara penguat semangat Sha, nak beri yang terbaik untuk mak & IMPIAN sha sekarang ni nak pimpin tangan mak untuk buat umrah bersama-sama. Tips dari Sha juga kena sentiasa minta mak doakan semoga perjalanan business or kerja kita dipermudahkan. Sebab doa seorang ibu sangat-sangat mustajab.


Sha rasa dah banyak sha share antara tips-tips sha buat business ni. Sekadar perkongsian bukan nak tunjuk pandai sebab sampai di tahap sekarang sha still lagi belajar. Belajar dari orang yang dah berjaya dan tunjuk bukti iaitu my mentor cdm hanis & cdm razz. Dan sentiasa cuba untuk jadi yang lebih baik dari semalam.

Sha sentiasa bersyukur ditemukan jodoh dengan leader & business yang sha buat sekarang dan sentiasa berdoa semoga Allah limpahkan rahmat dan rezeki untuk sha majukan lagi business bersama-sama dengan business partners Sha semua..aminnnnnn and GOOD LUCK to all of you yang dah ada business tak kira lah SIDE INCOME or MAIN INCOME.  Sebab 9/10 rezeki adalah dari PERNIAGAAN.. 


'when we help others cross the road, the Almighty creates people to help us cross the road one day, or saves us from that need completely'


lovee!!


You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.