Alhamdulillah bila teringat kenangan di Istanbul ni hati rasa berbunga-bunga riang. Mana taknya Istanbul ni one of my dream places yang Sha nak sangat pergi. So, here it goes my story in Istanbul for Day 2.
Kami check in satu malam di Pullman Istanbul Hotel & Convention Center. 5 Star hotel yang fully sponsored by SHOM. Tak yah nak fikir apa kalau pergi trip dengan SHOM ni. Bawa RM200 pun inshaAllah boleh enjoy the trip 😊
The next day tu, kami call time awal. Bersiap breakfast dan aktiviti harini kami akan menikmati Bosphorus cruise. Then petang kami akan ke airport untuk ke Cappadocia dengan local flight.
Kami enjoy our Bosphorus Cruise dalam sejam macamtu, sejuk gile dengan angin dan masa ni pun tengah winter. Ada yang enjoy makan megi cup. Kami enjoy ambil gambar je laa.
Best sangat Bosphorus Cruise sebab kami belayar menyusuri Selat Bosphorus. Selat Bosphorus ni memisahkan bahagian Turki yang terletak di benua Eropah dan Asia. Dari atas cruise ni kami boleh menikmati keindahan senibina negara Eropah & Asia. Memang amaze gile la..bila tengok balik handphone banyak gile gambar haha..so Sha dump sini laa je laa sebagai memory hihi..enjoyy
Turun dari cruise, kita try makan 'simit'. Istanbul version of bagel. kena makan masa panas baru sedap.
Lunch.. sedap tapi tak ingat dah nama restoran.
Yang ni kat area restoren yang kami makan lunch.
After lunch kami terus ke airport untuk fly ke Cappadocia. We flew using local flight ke Cappadocia. It took 2 1/2 hours from Istanbul Airport - Kayseri Airport. Alhamdulillah sampai je Cappadocia check in 2 hari 2 malam di cave hotel. Our hotel House 1938 Hotel. Superb dan unique sangat cave hotel ni. TQSM SHOM for the hospitality. Memang enjoy sangat our stay dan trip di Cappadocia ni. Nanti next entry Sha share kay .
Sejurus sampai di airport, suasana agak suram sikit. Sebab masa kami datang tu baru sahaja beberapa hari berlalu peristiwa earthquake di Gaziantep.
Alhamdulillah perjalanan kami semuanya lancar. Sampai airport bas kami pun dah sedia menunggu, cuaca memang sejuk time tu. Cakap pun berasap mulut and honestly sangat bersyukur and at the same time excited sebab dah sampai Istanbul 😁
First destination kami di bawa ke Hagia Sophia & Blue Mosque. tapi sedih sebab Blue Mosque tengah under construction time tu. So, hanya dapat bergambar dari jauh sahaja.
beautiful Istanbul
nak habaq ni sepanjang jalan kat area Hagia Sophia & Blue Mosque ni penuh dengan anjing yang besar-besar. fuhhhh iols dah la takut anjing, dengan anjing turkiye yang besar gile memang jauh beza dengan anjing Malaysia ye ( selingan hihi) Dan banyak jugak stall yang jual Jagung Bakar & chestnuts.
Actually kami plan nak solat zuhor-asar di Hagia Sophia, tapi memandangkan waktu asar pun dah nak habis dan ramai gile orang beratur nak masuk so kami pergi cari masjid yang berdekatan untuk solat jama' zuhor-asar. FYI, untuk masuk ke Hagia Sophia tu kena beratur dan biasanya Q teramat la panjang.
latarbelakang Blue Mosque
dua masjid ni bertentangan sahaja..
latar belakang Hagia Sophia
nampak tak bendera tu, dari situ start Q
Kami datang semula untuk masuk ke Hagia Sophia for maghrib, time ni orang dah tak ramai. Masa ni maghrib so dorang tutup untuk masuk ke bahagian dalam tu. Sha dapat ambil kat sini je.
Hagia Sophia ni sangat-sangat cantik dan unik dan pastinya penuh dengan sejarah. Bermula sebagai sebuah gereja ketika zaman Byzantine. Selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyah, Sultan Muhammad al-Fatih telah menukar Gereja ini menjadi masjid. Selepas tu dijadikan muzium oleh kerajaan Republik Turki. Dan Alhamdulillah akhirnya pada tahun 2020 ianya dijadikan semula sebagai Masjid.
Cuma rasa tak puas duduk dalam ni sebab kami nak ke destinasi seterusnya untuk dinner.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga siapkan entry trip ke Istanbul ni. Simpan memori Istanbul ni dalam my blog selagi masih fresh di ingatan setiap kenangan. Actually Istanbul ni sponsored trip dari SHOM untuk semua usahawan berjaya capai target sebagai reward. Alhamdulillah tercapai juga impian Sha & husband nak ke Istanbul. Istanbul ni salah satu wishlist negara yang kitaorang nak pergi.
we are in bus B : Majestic Istanbul
Our flight is on 10.2.2023 (EK343 KUL / DXB (0145-0505). We flew by Emirates, transit 5 jam di Dubai airport. Dan flight ke Istanbul EK123 DXB / IST (1015-1425)
Awalnya nak keluar la pegi Burj Khalifa. Tapi we all cancel la last minit sebab macam tak sempat nak keluar dari airport. So, Sha booked G-Force Health Club untuk mandi dan bersiap sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul. $31.54 untuk berdua. Actually dalam airport Dubai ni banyak private shower facilities. so dah fresh tu baru la we ols jalan2 dan makan sementara tunggu our flight to Istanbul
G-Force Health club.
I'm back after 8 years, 2015 masa p Hungary pun transit Dubai
Kalini honeymoon trip dengan husband
Alhamdulillah after 4 jam 40 minit kami selamat sampai di Istanbul. inshaAllah Day 1 in Istanbul next entry Sha sambung.
Syukur Alhamdulillah penutup 2022 dapat berita gembira daripada SHOM (Sahajidah Hai-O Marketing) yang Sha salah sorang dari qualifiers trip percuma ke Istanbul, Turki.
Alhamdullillah...
Untuk yang baru jadi pembaca blog Sha, actually free trip ni antara salah satu benefit yang kita akan dapat sebagai seorang usahawan SHOM. Kalo sebelum pandemic dulu 2 kali setahun SHOM akan bagi free tiket melancong ke luar negara ni. Dan last trip yang Sha pergi before pandemic ialah Bangkok & Pattaya. Lepastu dah pkp 2 trip Sha qualified iaitu CLUB MED Cherating & Jeju Island.
Ok back to cerita Istanbul ni, inshaAllah kami akan terbang ke Istanbul pada 10 Februari 2023. So, nanti ada kesempatan Sha akan kongsi moments di Istanbul ye inshaAllah
Mengikut plan SHOM, di bawah ni antara tempat-tempat yang akan kami lawati nanti ...tengok poster yang company share ni pun dah rasa sangat-sangat teruja..mana taknya trip ni memang fully sponsored dari tiket flight, hotel, makan, dan semua aktiviti termasuk hot air balloon. Memang bawak duit poket untuk shopping kat Istanbul je...Alhamdulillahhh
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak engkau dustakan?" -Surah Ar-Rahman
Sebab tu Sha memang sangat-sangat bersyukur dengan peluang berbisnes dengan SHOM ni, nikmat melancong percuma tengok bumi ciptaan Allah...Subhanallah Allahuakbar memang sangat menakjubkan
Yang Sha sangat teruja ialah nak bermalam di Cave Hotel
Hot air balloon ni antara tarikan Cappadocia, dan semua ni termasuk dalam pakej tak perlu keluar duit utk bayar tiket Allahuakbar
Hagia Sophia, Blue Mosque, Topkapi palace & Bosphorus cruise
InshaAllah semoga Allah izikan Sha & suami dan SHOMpreneurs semua untuk sampai ke Istanbul February, 2023 nanti.
Yang memang kaki travel, next free trip ialah ke Bandung Indonesia surgaaa shopping untuk para wanita ni ...jommmss korangg mula langkah pertama 2023 dengan buat extra income dan dapat FREE TRIP ke BANDUNG INDONESIA, yang penting bisnes TANPA MODAL & TANPA SIMPAN STOK. Boleh Wassap Sha anytime nanti Sha boleh kongsi details untuk uols mulakan bisnes ok - 01137758674
I'm in love with Beto Kusyairi ..haha statement tak boleh blah kan. hehe tengok title je sure korang ingat Sha nak buat review pasal filem Istanbul Aku Datang ni kan..hehe. Ramai yang dah tengok cite ni so tayah nak review-review meh kita cite pasal menda lain ;-)
pic google
Movie ni memang Sha bagi rating 5/5, first sebab ada Beto Kusyairy hero pujaan hatiku...
cool gile kot tengok Beto dalam movie ni..terus feeling-feeling gitu.
Pastu plak sebab Lisa Surihani yang cantek & kiut..
Lisa ni cute gile laa ape dia pakai semua cantek..
so Sha declare Lisa Surihani artis kedua pujaan hati selepas Scha Alyahya *wink*
pic google
Masa tengok movie ni terus mr husb cakap 'jom kita plan pegi Istanbul' sebab memang menarik sangat tempat yang dorang shooting. Confirm ramai orang pegi Istanbul tahun ni. Maka dengan ini kitaorang pun telah membuat plan mahu mengumpul duit untuk terbang ke Istanbul ;-)
Salah satu tempat dorang shoot ialah dia Hagia Sophia
'Hagia Sophia is a former Orthodox patriarchal basilica, later a mosque, and now a museum in Istanbul, Turkey. Wikipedia'
cantek sangat macam mercu tanda Istanbul kot sebab bangunannya yang tersergam indah..
pic google
interior dalam Hagia Sofia..unique kan pic google
Sha if tengok movie memang suka tengok negara yang building dia unique. Especially kt Europe country, most of their buildings memang unique. Bila tengok movie ni memang terimbau je kenangan masa kt Holland & Belgium, kenangan yang memang Sha takkan lupa kan sampai bila-bila. Seriously sangat indah kenangan kat Holland & Belgium dah la first time dapat jejakkan kaki kat Negara Eropah & its FREE!! Allah je la yang tau my feeling masa tu sampai sekarang still terasa lagi.
Meh kita layan jap gambar masa trip Holland & Belgium ehh ;-)
Masa ni kat Belgium..pakai baju 3 lapis still menggigil lagi
ni also kat Belgium
ni kat Dam Square Amsterdam..happening kat sini ..nak pegi lagi!!!!
Owh teringat daku kenangan bagi makan burung ni hehe.. with Naa & Ain
In Sha Allah my DREAM nak pegi Istanbul akan tercapai tak lama lagi ;) Sekarang ni nak focus untuk pergi London/Paris dulu in March, 2013 In Sha Allah.
“Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are
still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be
born.” – Dr. Dale E. Turner
IT Engineer turned full time entreprenuer. Loves travelling around the world. Mobile: 011-3775 8674 E-mail: sha@shakhalid.com
My Business Journey
I am really grateful for being in this Premium Beautiful dan Therapants business. In
this business I learn to push myself to the limit. Here are my
achievements ...