Pengajaran Daripada PRU 14

Wednesday, May 16, 2018 Sha Khalid 0 Comments




Alhamdulillah Pilihanraya ke 14 telah pun berakhir dengan selamat. Dan rata-rata rakyat Malaysia semua memanjatkan rasa syukur di atas kejayaan Parti Harapan yang menjadi pucuk pimpinan terbaru Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir.



Sebenarnya banyak natijah yang boleh kita dapat dari PRU ke 14 ni. Especially Sha yang berada dalam bisnes SHOM ni memang banyak boleh kami amik pengajaran. Contohnya semangat Tun yang dah berusia 92 tahun tetapi gigih lagi nak memperjuangkan Negara Malaysaia bertuah ini. Kalo kita tengok orang biasa-biasa kalo diusia macamtu memang tak larat dah, tapi beliau masih lagi bersemangat.

So, kalo Sha kaitkan dalam bisnes ni macam tu juga, ada orang yang Sha jumpa bila cerita nak ada duit bisnes, tapi alasan utama dia 'Saya ni bukan rajin sangat Sha', 'Saya ni malas la nak update Facebook', 'Saya ni kalo bab berniaga ni memang malas' ini memang antara jawapan popular yang Sha biasa dapat dan kebanyakan jawapan ni dapat dari mereka yang berusia antara 25 tahun ke 40 tahun. Masih muda lagi. Actually bila dapat jawapan macamni memang Sha tak boleh buat apa lah. Sebab ianya datang dari diri orang tersebut. Macam mak Sha selalu cakap dulu, takde ubat untuk orang malas ni 😁

Point seterusnya ialah bekerjasama dalam kumpulan untuk dapatkan result terbaik, macamtu juga kami terdidik dalam bisnes ni dari awal Sha buat bisnes ni sampai la tahun ke 7 ni Alhamdulillah tak pernah buat sorang-sorang. Memang sentiasa ada kumpulan untuk kami berpaut. Sebab bila kita lakukan sorang-sorang memang sukar berbanding kita berganding tenaga buat bersama-sama untuk setiap perkara. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. I LOVE MMG!

Dan yang paling Sha terkesan dari PRU 14 ni ialah semangat. Semangat semua pemimpin yang bertanding. Sebab bila takde semangat memang akan terus mengalah dan mengaku kalah.

Paling Sha kagumi ialah semangat Dr Wan Azizah dan juga Nur Izzah.  Mereka berjuang untuk tuntut pembelaan dan nak buat Reformasi terhadap kepimpinan di Malaysia ni dan akhirnya Allah bagi kejayaan kepada mereka setelah 20 tahun berjuang. Orang berjuang ni Sha faham sangat-sangat. Sebab dah biasa berjuang dalam bisnes. Tapi mereka lagi dasyat, siap masuk keluar penjara, kalo kita ni berjuang masih mild lagi heheh. Bukan mudah jadi mereka, confirm ada tangisan dan kekecewaan dalam setiap perjuangan. Tapi apa yang Sha nampak dorang ni sentiasa Redha, bangkit dan bersangka baik dengan Allah, akhirnya kejayaan milik mereka. Inilah antara nilai-nilai murni dari mereka yang kami dalam bisnes ni boleh ikut inshaAllah

Alhamdulillah inilah hikmat dari PRU 14 yang Allah bagi pada kita rakyat Malaysia dan boleh kami apply di dalam perjalanan bisnes kami. Sentiasa Sabar dan Redha, Bersemangat, jangan cepat putus asa, sentiasa bersangka baik dengan Allah, umur bukan pengukur kejayaan sebab semua orang ada peluang untuk ubah nasib mereka, jangan riak dan angkuh sebab dunia Allah yang punya dan sentiasa berputar seperti roda ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah. Dan banyak lagi kalo kita amati. Malaysia dah berubah sekarang giliran kita pula berubah ke arah yang lebih baik Aminnnn

Keluar Barisan masih ada HARAPAN
Tetapi di dalam bisnes ni wajib masuk Barisan supaya sentiasa ada HARAPAN


Joms ubah hidup. Nak tau macam mana buat bonus besar RM5,000 sebelum raya contact Sha ye.

011-37758674
atau message kat Contact Form

You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.