2020 Penuh Kenangan

Saturday, January 16, 2021

Assalamu'alaikum & morning uolss... How are things? Hope everything is working fine and great for everyone.


Dah masuk 2021 ni kan dan dah lebih seminggu 2020 meninggalkan kita. How was your 2020? Sha pasti 2020 adalah tahun yang amat berbeza buat kita semua kan. Cabaran Covid-19 adalah yang terbesar buat kita semua. Anyhow apa sahaja cabaran yang kita semua hadapi Sha doakan we all will go thru stronger than ever.

Sha memang biasa akan reflect balik tahun sebelumnya, apa yang telah dicapai dan apa yang Sha belajar. Selain tu, peristiwa2 besar yang terjadi dalam hidup Sha. Sha letak kat sini moga tersimpan dan boleh revisit balik pada tahun-tahun akan datang. Maybe buat bacaan anak2 kemudian hari kan.. ;)

CDM Conference 2020 - 7 & 8 Januari 2020

2020 dibuka dengan penuh meriah. Kami semua SHOM CDMs ramai2 berkonferens di Bangi Resort Hotel. Memang happening dengan penglibatan semua CDMs dari seluruh negara. Dan masa ni yang paling best ialah dapat duit bonus 2% dari company.

Terima berita baik.. Alhamdulillah

Bersama sahabat-sahabat CDM MMG


Bangkok-Pattaya FREE Trip - 10 Januari - 13 Januari 2020

Alhamdulillah qualify lagi free trip dengan company. Walaupun Bangkok tak jauh mana, tapi Sha tak pernah sampai tau. Asbab bisnes la dapat sampai sana. Bukan je Bangkok tau, kitorang dibawa juga ke pantai peranginan terkenal kat Thailand iaitu Pattaya. Kami pergi dengan penerbangan MH782 & pulang dengan penerbangan MH775. Memang seronok dapat tengok budaya orang, shopping kat Bangkok, tengok pertunjukan gajah, first time naik speed boat, lunch kat pulau, dan banyak lagi lahhh..yang pastinya setiap free trip dari company semuanya ada kenangan manis tersendiri untuk Sha.

Wajib la bergambar dgn tuk tuk uolss :D

Salah satu yang sangat excited tiap kali trip adalah check-in dengan passport dan luggage.. hihi..

Masa ni kat Coral Island. Kami naik speed boat dalam setengah jam tau nak sampai sini..

Kat sini la yang ada pertunjukan gajah tu

Menariks uolss shopping sambil naik sampai kat Mekong River ni



Diamond Seminar - 8 Februari

Seminar untuk Diamonds MMG, Alhamdulillah every year memang ini antara aktiviti wajib untuk kami para Diamonds. Diamonds ni yang achieve 120,000 sales tau. Dan the last physical seminar yang sempat kami buat in 2020.

Dengan sahabat-sahabat CDM MMG

Berani berimpian!! Sama-sama kita work for it ya.


Keluarga Sunnah - 9 Februari

First time Sha & husband pergi seminar Ustaz Ebit Lew ni. Subhanallah ramai sangat orang datang seminar ni dan sangat-sangat luarbiasa vibes dia. Dan pengalaman baru yang Sha dapat masa seminar ni ialah dengar LIVE macamana ustaz mengislamkan sahabat2 baru. Allahuakbar memang pengalaman yang sangat-sangat indah melihat mereka kembali ke agama fitrah. Dan Sha kagum dengan cara Ustaz Ebit Lew lakukan, semoga Allah sentiasa kurniakan kita hidayah Iman dan Islam ni sehingga kita mati inshaAllah..

Humble sangat Ustaz Ebit. Kata-katanya lembut tapi terkesan di hati..

Group photo satu.. :D


Family Trip : Cameron Highland - 1 Mac

Sha memang suka Cameron Highland. Seronok sebab sejuk kot, hehe dan biasanya kalo datang Cameron ni paling utama nak makan scones. Uols try la makan kat KHM Strawberries cafe tu. So far Sha memang suka pergi kat situ.

Tempat wajib bila sampai Cameron Highland. Diorang pun suka walaupun kena naik tangga tinggi.

Untu peminat scones, Sha recommend sangat kat Taman Sedia, Tanah Rata


Covid-19 - PKP 1.0 - 18 Mac 2020

Kita semua dikejutkan dengan wabak yang melanda seluruh dunia pada awal tahun 2020. PM annouce akan ada PKP start 18 Mac 2020 - 31 mac 2020.

Seriously pengalaman baru untuk Sha dan semua rakyat Malaysia. First time kena PKP tak boleh keluar rumah. Panic juga masa ni, fikir bisnes dan macam-macam la. Tapi Alhamdulillah bisnes tetap on Allah permudahkan segala urusan bisnes. Alhamdulillah paling tidak disangka-sangka sales masa PKP meningkat. Antara yang Sha belajar ialah sebagai orang bisnes zaman sekarang, kena kuatkan online presence dan online marketing. Masa PKP orang duk rumah, so orang akan spend lebih masa online.

Bisnes tetap on walaupun PKP


1 Ramadhan - 23 April

Pertama kali Ramadan tanpa Pasar Ramadan, tanpa solat terawih, tanpa buka bersama keluarga di kampung sebab rentas Negeri tidak dibenarkan. Allahuakbar tahun 2020 memang sangat berbeza. Tapi inilah pengalaman kami satu family jemaah terawih bersama di rumah, berbuka dan bersahur dengan sangat jimat sebab tak de dah nak pergi Param semua. Dan tahun mencabar untuk peniaga Param tapi rezeki Allah tu sangat2 luas sebab masa ni laa khidmat Food Panda dan Grab Food betul-betul digunakan.

Masa nila keluar macam-macam resepi.. Dah penah masak, tapau jela uolss


Perginya Seorang Sifu - 25 April 

Kehilangan yang memberi kesan. Kehilangan seorang insan yang cukup istimewa buat Sha. Seorang sifu tempat rujuk yang amat Sha hormati. Beliau la yang Sha kenal daripada awal2 bisnes lagi. Beliau yang banyak bagi semangat dan tunjuk ajar pada kami. Sha dan husband adalah antara orang terakhir bersama sifu pada malam PKP. Malam tu seperti biasa beliau tak berhenti bagi semangat pada kami. Apa yang sifu tunjuk ajar kami, InsyaAllah akan kami turunkan pada semua business partners.

Mendiang CDM Chan yang terlalu banyak berjasa pada kami

Malam sebelum PKP.. Hantar kami sampai ke pintu stokis..


1 Syawal - 24 May

Penting tarikh ni sebab pertama kali kami beraya di perantauan tanpa pergi solat raya. Sederhana sangat Aidilfitri semua rakyat Malaysia tahun ni. Masih dalam tempoh PKP so banyak perkara yang kami tak boleh buat. Tapi Alhamdulillah ini semua pengalaman untuk kami.

Tahun beraya dengan small family kami

Simple je menu Hari Raya uolss


Wishlist unlocked - iWatch 28 May

iWatch ni lama dah berangan nak beli. Alhamdulillah beli juga akhirnya. Small reward untuk diri sendiri untuk berbisnes lebih gigih lagi inshaAllah.

Alhamdulillahh..


Rumah idaman - 100% loan dengan payslip bisnes

Alhamdulillah, another achievement melalui bisnes. First time Sha apply loan besar dengan hanya guna payslip SHOM. Sebelum ni hanya beli kereta je dengan payslip SHOM. Alhamdulillah syukur sangat, tanpa masalah 3 hari je bank approvedkan loan. Sha kongsi ni sebagai penguat semangat untuk semua business partners yang tengah buat bisnes dengan Sha ni untuk terus gunakan peluang yang ada ni. InshaAllah walaupun kita tak bekerja tapi ada peluang untuk beli rumah/kereta sebab SHOM bagi kita payslip yang sah untuk digunakan bila apply loan.

Alhamdulillah...


Qualify Trip ClubMed

Sepanjang tahun lepas kan kita semua tak boleh fly luar negeri. Tapi dah jadi salah satu benefits dalam bisnes adalah free trip. Jadi company offer trip dalam negeri pakej ClubMed. Bila tahu tu, woww seronoknya. Sha tak pernah pergi lagi ClubMed Cherating. Yang bestnya company nak sewa satu resort tu untuk  kami semua qualifiers selama 3 hari 2 malam. Gunalah apa saja facilities dan join la apa saja aktiviti yang ada kat sana. Seronokkk kan. Anyhow, sebab C19 masih tak reda jadi company postpone dulu trip ni. InsyaAllah tahun ni!

Tiap tahun company buat trip 2 kali.. Tahun 2020 terpaksa adapt dengan situasi..


Family Trip - Avani Sepang Gold Coast - 4 Oktober 2020

Disebabkan masa ni dah takde PKP dan lama terperuk anak-anak kat rumah, so kita bawa la diorang berjalan. Nak pergi jauh-jauh tak berani, so kitorang decide menginap kat Avani Sepang. Alhamdulillah, anak-anak enjoy trip ni. Nak review sikit hotel ni, kitorang ambil bilik Superior atas laut. So merasa la anak-anak duduk bilik atas laut. Kat sini ada private beach, so lebih privacy dan tak crowded.

Cantik sangat uolss Avani Sepang ni..


Itula serba sedikit coretan kenangan 2020. There will be ups and downs, but we have to keep moving ya. Sha doakan moga 2021 jadi tahun yang lebih untuk kita semua.

Love,

Sha Khalid

You Might Also Like

0 comments

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

Google Search

Subscribe