Kesilapan Berniaga

Monday, August 28, 2017 Sha Khalid 0 Comments


Assalamualaikum & happy monday uols 💖

Harini Sha nak share sikit ilmu or knowledge yang Sha dapat masa attend Millionaire Marketing Mastery (MMM) last year. Dah lama dapat ilmu ni baru berkesempatan nak share hehe. 

Now Sha rasa semua orang dah ada kesedaran nak berniaga, even masa Sha started business Premium Beautiful ni dulu pun dah ramai orang buat business tapi tak serancak sekarang. Sekarang semua yang bekerjaya nak buat side income dari business. Untuk ada income kedua ni dah kira tahap terpaksa dah memandangkan kos hidup kat Malaysia ni dah terlalu huhuhu sangat. Tapi dengan second income ni juga la akan menjadi first income. Macam Sha dulu pun tak terpikir untuk resign dan buat fulltime business. Sebab minda rasa wajib kena makan gaji sampai lupa yang rezeki tu Allah SWT yang beri . Bila minda dan hati dah setkan rezeki tu dari Allah makin lama makin yakin untuk jadikan side income ni sebagai main income. Yang penting usaha, doa dan tawakal pada Allah.

Orite so ni Sha nak share info yang berguna untuk yang baru berfikir-fikir nak buat business, saya ni pun baru juga masih tidak hebat tapi inshaAllah semoga ilmu ni bermanfaat untuk kita semua. Actually untuk yang bakal usahawan kena aware 10 kesilapan yang biasa orang buat semasa mula berniaga. 

  1. Nak kaya cepat : dalam apa jua keadaan kita tak boleh nak gelojoh especially if kita baru lagi dalam berniaga. Sebab bisnes ni ada proses yang kita kena lalui
  2. Nak berniaga terus besar : Tak perlu keluar modal sampai beratus ribu untuk berniaga. Tak perlu nak terus set up butik, sewa kedai or hire staff. Start online dengan diri sendiri dulu.
  3. Nak terus jadi jutawan : big no! jangan terjebak dengan skim cepat kaya ok.
  4. Tak nak belajar : yup ilmu wajib kena ada!! Sha dulu masa start bisnes premium beautiful ni setiap rabu dan sabtu pergi kelas. Siap ada orang kutuk bisnes larut malam ke apa tah lupa..haha tapi Sha nampak dengan ILMU yang Sha dapat tu Alhamdulillah membantu untuk Sha bertahan dalam business. Dan ilmu tu tak stop sampai situ je belajar lagi dengan orang lain. Sifu-sifu Najib Assadok & Azizan osman adalah antara mentor saya.
  5. Tak nak atur langkah satu persatu : berniaga kena ada sistem. One step at a time. Macam bisnes yang Sha buat ni bermula dengan Sales Manager dan seterusnya in one year ke pangkat paling atas Crown Diamond Manager. It takes sweat & tears. tapi syukur Alhamdulillah
  6. Tak nak bermula dengan apa yang ada di tangan : buat je apa yang ada dulu. if now dah pakai premium beautiful start dengan promote and share info product dengan kawan-kawan. tak perlu pening-pening nak cari bombastic products. Yang ni Sha selalu cakap dengan my premium beautiful client. You dah pakai product ni dan dah nampak kesan rugi kalo tak share sebab dengan product ni je boleh dapat income ribu-ribu setiap bulan. If yang pakai Bio Seleza or Min Kaffe pun sama just berkongsi. Sharing is loving kan ;-)
  7. Nak cipta produk ajaib : yesza tak perlu pening 20 hari 20 malam kay hehe
  8. Tak yakin diri walaupun dah ada ilmu : keyakinan diri itu penting. Takde siapa yang kenal diri kita selain dari kita sendiri. Just do it bebeh yang penting ilmu dah ada
  9. Sikap pekerja dibawa menjadi usahawan : Kena betulkan mind set. dulu kerja ibaratnya semua nak kena suruh, tak suruh tak buat. Dah biasa boss bagi arahan. Dah buat bisnes ni semua perkara A-Z kita yang uruskan, tak buat bisnes takde la income
  10. Tak nak untung sikit tapi konsisten : bila bisnes peningkatan kena reasonable. Setting target maybe 50k income dalam masa 6 bulan. Bukan untung banyak tapi dapat sekali je. Biar la sikit tapi konsisten inshaAllah senang hati
Diharap info ni berguna untuk semua yang dah bermula bisnes atau masih ragu-ragu nak berbisnes. Bila dah terfikir nak buat bisnes tu just do it je..inshaAllah Allah nampak usaha kita yang penting jangan lupa Allah 💋


You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.