Peluang Berani Berniaga

Wednesday, October 15, 2014 Sha Khalid 0 Comments

Sha nak berkongsi video yang amat bagus daripada Dr Azizan Osman. Macam Dr Azizan beritahu, ramai orang stuck dengan modal bila mula nak berniaga. Sebenarnya, modal bukanlah penyebab utama berjaya dalam bisnes. Yang penting azam dan semangat yang tinggi. Hayati jawapan daripada Dr Azizan untuk soalan yang pertama..


* Soalan 1 : Bagaimana untuk menguruskan syarikat dengan modal hanya RM2,000? *

Jawapan daripada Dr Azizan Osman, menggalakkan menjadi pengedar barangan orang lain seperti ramai dalam team Sha. Tidak perlu buka kedai, jalankan bisnes dari rumah secara online.

Jika anda punya modal sekurang-kurangnya RM 2,000 tapi betul-betul berminat untuk berniaga, jangan tunggu lagi. SMS/Whatsapp Sha  012-2151541.

Apa yang akan anda dapat??

 Income sehingga 4 angka setiap bulan
 
Produk terhangat di pasaran dengan sokongan testimoni-testimoni daripada pengguna sendiri
 
Strategi pemasaran online dan offline
 
Support daripada team yang komited dan terbukti telah berjaya

SMS/Whatsapp SEKARANG untuk buktikan anda berani berniaga!

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

New addition .. Syafa Zulaykha Binti Muhammad Zaer

Tuesday, October 14, 2014 Sha Khalid 8 Comments

Rasa lama plak tak menulis cerita-cerita ringan..hehe selalu menulis berkaitan product or business kan. So arini cam tergerak nak share experience bersalinkan Syafa Zulaykha, my only princess :) nanti Zulaykha dah besar bolehlaa baca blog mamy ni kan ahaks. It will be very longggg entry yeee ..mamy nak syok sendiri nih cerita kat Zulaykha.

Actually, EDD Sha ialah 1.10.2014. Tapi sampai 1.10.2014 pun baby takde tanda-tanda lagi nak keluar dari perut mamy. Aunty fazi cakap baby seronok makan sedap-sedap dok dalam perut mamy. ye laa ujung-ujung nak bersalin tu keje mamy & dedy ialah mencari tempat makan yang sedap-sedap. Kira takde la makanan yang kempunan nak makan..

ok before that just nak share. Actually sha check up sampai 9 bulan kat *j*c, tapi pada suatu malam yang hening ;) ada sorang my fren ni whatapps & bagi link pasal my gynae ni. Hadus gugur jantungku bila baca link blog tu and by malam tu juga Sha & husband decide nak cari gynae lain untuk deliver. Seriously hanya dengan beberapa jam je google sana sini kami decide nak pergi & bersalin dengan Prof Siti Zawiah dari UM Specialist Centre. Tq so much pada blogger2 yang share experience deliver dengan Prof Siti. Sebab we all decide tu pun setelah baca review dari bloggers. UMSC ni ialah PPUM yang private wing, so charges & service memang lain sebab kena pergi check up kat UMSC & ward UMSC di Menara Timur, PPUM. 

Reason Sha & husband cari gynae lain sebab Sha nak deliver normal & hati ni yakin je boleh deliverkan baby ni secara normal. Dan sangat-sangat phobia nak go thru caesarian lagi & that's the reason why we all cari new gynae. 

ok back to story..hehe meh kita buat chronology senang Zulaykha nak baca nanti

1.10.2014 - Rabu

Sepatutnya ada checkup dengan Prof Siti, tapi sebab Prof Siti cuti makanya takde laa appointment. Mamy memang berdoa jangan la deliver sekarang sebab takut orang lain yang entertain mamy bersalin nanti. Hari ni aktiviti berjalan-jalan je bagi check up esok hari at least dah ada 'jalan' buka. sebab risau sangat if jalan tak buka.


2.10.2014 - Khamis

Bangun pagi berdebar-debar sebab harini ada check up dengan Prof Siti. Setelkan few things pagi ni & around 2pm dah ada kat UMSC. Serious berdebar masa ni..gile takut sebab tau confirm kena VE. Menda paling tak suka time dah nak bersalin ni ialah VE. haihhh.. tunggu & tunggu turn dah sampai untuk jumpa Prof. Masuk-masuk je Prof tengok muka Sha dah kenal dah then dia tengok report.  'eh..tak bersalin lagi ni? macamana ni?' hah gitu soalan dia..tak ke tambah berdebar.. maka bermula episode dia scan baby & nak buat VE. ok selesai je procedure semua tu terus dia cakap kat husband 'Baby kamu ni nak tunggu wukuf ni, belum lagi ni..Nak masuk 2 jari pun tak boleh lagi' huwaa...debar weh debar time tu!! then duduk balik. Prof bagi kalendar 'Ok, boleh la pilih tarikh kita induce, kira 7 hari dari EDD' so Prof suh masuk wad terus 8.10.2014 untuk induce. Tapi we all mintak nak Isnin 6.10.2014. Jeng jeng jeng lepas check up solat, makan dulu kat cafe & dalam hatiku ni berdebar-debar memikirkan nak kena induce. Luahan perasaan suami isteri haha sebab Sha ni memang sangat-sangat penakut if nak kena induce.

Dipendekkan cerita, Sha memang buat semua natural ways to induce labor. Check it out here if korang pun dah overdue & nak try. Actually it helped me a lot. tak tipu! heheh ada step2 dalam tu yang memang menjadi to me. Sebab balik dari check up Sha buat one of the step tu. Kalo nak tau step apa boleh PM kay :)


3.10.2014 - Jumaat

2am - Terjaga perut memulas nak membuang. Buang air besar macam biasa

4am - Bangun lagi buang air besar. Padahal dinner sebelum tu makan sikit gile tapi minum sirap bandung sedap gilesss lol

6am - Perot rasa memulas, macam sengugut pon ada. Cakap kat husband..ni macam rasa contraction. Sebenarnya dah rasa tak selesa since jaga kol 2 am tu. tapi still cam ragu-ragu lagi tu contraction.

7.30am - Contraction every 5 minutes. Sha siap monitor macam dah 5-1-1. Tapi husband boleh cam tak caya. Dia ingat kita sakit perot nak berak..haishh...so boleh lagi pergi breakfast & hantar Syakir p GA. dan yang paling best boleh lagi pergi morning walk!! hah gituuuu kental tak??? sebab takut kalo p hospital baru buka 2cm-3cm..gigih giless..so pergi la morning walk dan round ke-2 tu Sha muntah!! muntah gile-gile punye muntah tu hadoi..dengan rasa contraction dah kerap dan muntah lagi. terus ajak husband balik. Balik umah je sementara nak siap-siap tu, Sha muntah lagi! rasa tak bermaya dah time tu. Terus decide nak p ward. dan sempat lagi cari air kelapa.. minum 2 teguk & muntah lagi dalam kereta.. what an experience!! pengalaman mengandung & bersalin Zulaykha ni banyak betul drama. then sampai je ward UMSC Sha bole gigih lagi tanak naik wheelchair sebab konon kalo jalan nanti banyak lagi 'jalan' buka..haha lawak gile kalo ingat :(

11am - admitted & nurse check 'jalan' baru 3cm.. Sha rasa macam.. hahhh 3cm?? aku rasa macam dah 7cm je 

12.30 - contraction makin kuat & Sha rasa macam plop something meletup plak. Cakap kat husband 'air ketuban pecah ni!' & nurse check memang betul. phewww masa tu lega gile laa sebab imagine tak lama lagi bersalin ni. Masa ni nurse dah drip air sebab dah bagitau dia yang Sha muntah-muntah dah 3 kali.

2.30 pm - Prof Siti sampai ward & check. huhu masa tu Prof muka garang gile.. sebab dia check Sha demam. Prof bebel sebab datang lambat sebab badan Sha dah panas gile. Bila mak demam baby pun sama akan effect. Babyku dah stress & heart beat tinggi around 180 above. Masa tu Sha just cakap kat Prof 'Prof bagi je la antibiotik ke ubat apa-apa ke' huhu memang risau gile & at the same time rasa sakit contraction tu jadi kuat. Masa tu Prof suggest suh amik Epidural, tapi Sha tanak so just amik gas & mintak petadine. Lepas tu nurse drip antibiotic & Sha sempat gak tido jaga tido jaga laa..means still boleh tahan lagi contraction tu

5-5.30 pm - masa ni dah rasa semakin kuat contraction & badan pun rasa cam kuat sikit. Alhamdulillah maybe sebab bantuan antibiotic juga demam pun redha & nurse dok 2-3 kali masuk bilik tanya. 'u takde rasa nak push ke?' tapi time tu memang takde rasa lagi tapi lepas kali ke 3 tu Sha cakap kat husband 'Abang..orang rasa nak push!!' terus la dia panggil nurse hah kauuu kelam kabut laa dorang nak set up segala menda.. haha pandai tanya tapi dok lengah-lengah tak prepare apa-apa. Sha sedar time tu Prof Siti pon dah ada & dia pun bebel2 sebab nurse tak prepare lagi segala selipar & baju dia.. Sha time tu memang push je fuhhhh lega kayy sebab Prof cakap u push je bila rasa tu. syok laaa kan sebab nak ilangkan sakit memang push je. sampai Prof suh stop 'jangan push lagi' baru laa ku tahan. Pastu memang Sha rasa cam ada taik keras nak keluar! bila prof suh push je dengan 1 nafas ku terus je pushhhh!! pastu Prof cakap 'very good push' pastu dengar plak husband cakap 'dah jangan push lagi, baby dah keluar' hahhhh terkejut okkk sebab tiba-tiba dah keluar??? ya Allah memang terkejut. Sebab rasa sakit contraction tadi Allah je la tau tup2 cakap tayah push dah hahaa & masa tu Prof Siti dah lari bawa baby ke nursery tanpa sempat pun skin to skin sebab nak bagi baby oksigen. Sha pun masa tu pikir yang penting baby selamat dan satuuuu je nak tau time tu baby apa?? 

Prof Siti masuk balik bilik, cakap baby u semua ok, Prof lim dah bagi oksigen & dia suh husband pergi tengok baby. Sha boleh tanya Prof 'boy ke girl?' haha Prof cakap i tak tengok pun huwaa.. Sha berdebar lagi time tu kekke maklomla scan tak nampak kan.  eh bohong masa 4d scan sekali je nampak kata gegirl. tapi still rasa yakin tak yakin. Prof pun memulakan aktiviti dia menjahit & husband masuk. Soalan yang sama lagi Sha tanya haha & husband cakap 'girl laa ..' haha terus rasa ok lega..kekeke teruk betol mamy ni

Bila dah selesai semua procedure untuk Sha, Prof pun reveal something. 'I masukkan u 7 botol air, botol yang ke 6 baru u kencing. u tau tak.. if u datang lagi lambat hospital u akan dapat kidney failure' huhu dia bebel la semalam jumpa sihat walafiat harini boleh plak demam haha..and dia bebel sebab makan luar or food kotor sebab tu bawa ke muntah-muntah. Tapi yang pelik baby nak keluar je mamy terus sihat tak demam dah. Kuasa Allah kan..dia merancang yang sangat terbaik untuk Sha & baby. Yang buat tambah syahdu bila Prof cakap 'I sempat solat asar tadi, i doakan u je selamat' touching ok! sebab Sha baru sempat check up dengan Prof 3 kali & terus deliver tapi rasa macam dah kenal dia lama. Layan kita macam anak-anak dia.. memang kena bebel tapi usaha dia untuk Sha deliver normal tu buat Sha rasa sangat-sangat terharu. Sha tau kalo certain tempat confirm dah kena czer sebab heart beat dah tak stabil, mamy demam & before ni Sha czer. Tapi Alhamdulillah doa ku termakbul dapat juga VBAC. Syukur..

Dan masin juga cakap Prof Siti baby nak tunggu wukuf. 

Tepat jam 5.30PM 3-10-2014 Baby Syafa Zulaykha lahir ke dunia. 

'Wukuf di Arafah untuk tahun ini jatuh pada tanggal 3-10-2014 bertepatan dengan hari Jumaat waktu Malaysia 5.10pm-11.07pm'

Alhamdulillah semoga Puteri mamy & dedy Syafa Zulaykha membesar jadi anak yang beriman, solehah, berjaya cemerlang dunia & akhirat Ameeen

baru je beberapa minit dilahirkan


Syafa Zulaykha umur 1 hari

p/s Harini dah 12 hari berpantang. Dan first time berpantang dengan Premium Beautiful. Seriously amazing experience betul pakai corset Premium Beautiful ni. Rahim cepat sangat kecut. Seminggu berurut & pakai corset perut cepat sangat kempis. InshaAllah Sha will share cara berpantang in next entry kay. Stay tune. muahss

8 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.