FAQ - Premium Beautiful

Tuesday, September 05, 2017

premium beautiful q & a

Assalamualaikum & morninggg semua..

Harini Sha nak share beberapa soalan lazim (frequently asked questions) yang customers selalu tanya mengenai Premium Beautiful Corset. Sha listkan di sini. Hopefully dapat menjawab beberapa persoalan yang maybe readers pun tertanya-tanya. Jika ada soalan mengenai Premium Beautiful, Sha alu-alukan contact Sha 011-3775 8674, emel ke sha@shakhalid.com atau isi form di menu Contact Me di atas.


premium beautiful full set

Soalan Umum

1. Saya gemuk..bila pakai Premium Beautiful boleh ke kurus?

Bergantung kepada tahap kegemukan dan lemak yang ada pada badan. Yes memang ada yang mampu kurus tapi memang beliau jaga pemakaian premium beautiful dan pemakanan. Pakai corset premium beautiful secara konsisten dan dalam masa yang sama juga kena jaga pemakanan. If makan tak kontrol memang tak akan kurus. Lagi bagus kalo uols ada balance life style. Makan banyak dan dalam masa yang sama work out. Jogging pun dah ok. Yang penting Premium Beautiful ni untuk body shaping. Ada orang badan besar tapi cantik je shape sebab premium beautiful membantu untuk kemaskan bentuk badan kita.


2. Tak panas ke pakai Premium Beautiful?

Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa. Experience Sha sendiri masa travel time panas dan winter dua2 tak de masalah. Best lagi travel kalo pakai corset sebab badan jadi sedap macam dipeluk hehe


3. Saya pregnant boleh ke beli Premium Beautiful sekarang untuk pakai dalam pantang?

Boleh selagi tak masuk 8 bulan. Normally akan ada customer nak beli time offer dan masa tu dorang tengah pregnant. Actually takde masalah untuk beli time pregnant sebab bila deliver nanti tak muat corset tu boleh tukar size as long as uols tak kotorkan set Premium Beautiful tu dan tak basuh lagi. Ramai je so far customer Sha grab offer masa tengah preggy then tak muat Sha tukarkan size. 

Sha cadangkan supaya membuat ukuran badan paling lewat pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar.

Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin


4. Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?

Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda.

Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa. 


5. Perlu ke pakai fullset?

Perlu. Dah kira jatuh tahap wajib. hehe sebab lemak kat bahagian badan kita ni ada di merata tempat. So kalo pakai certain piece je kesan memang tak akan dapat. So bila kita pakai fullset lemak tu akan cantik je beralih ke tempat yang sepatutnya. Bentuk badan pun akan jadi lebih sempurna. Actually bila tak pakai fullset memang jadi tak selesa.


6. Long Bra Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?

Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.


7. Bila boleh pakai Premium Beautiful selepas bersalin?

Untuk mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 5-10 hari selepas bersalin. Ikut pada luka uols, macam Sha start dengan pakai Waist Nipper dulu. Bila dah ok luka jahitan Sha terus pakai fullset. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. 

Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan rahim ke tempat asal.


8. Lelaki boleh pakai Premium Beautiful?

Boleh pakai Waist nipper untuk kaum lelaki. Bukan je elok untuk perut yang buncit. Tapi elok untuk sakit pinggang. Ramai je lelaki dah dapat kesedaran pakai waist nipper sekarang ni.


9. Long girdle Premium Beautiful sangat ketat dan susah untuk dipakai, apakah cara yang betul untuk memakainya?

Pertama, anda harus memilih saiz long girdle yang sesuai untuk anda. Untuk memastikan keselesaan anda apabila memakainya untuk jangka masa yang panjang dan membentuk kontur bahagian pinggul, perut dan paha yang cantik. Namun, cara pemakaian long girdle tidak sama dengan cara anda memakai seluar dalam di mana anda terus menariknya. Tindakan ini akan merosakkan fabrik long girdle dan menyebabkan bentuk pinggul berubah. 

Cara pemakaian long girdle yang tepat adalah seperti berikut:

1. Pakaikan seluar dalam.
2. Tarik dengan perlahan sehingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik. Selaraskan seluar dalam.
3. Tumpukan lemak yang mengalir ke sekitar bahagian paha ke dalam cawan pinggul.

Ingat! Sekiranya tangan anda tidak dapat memasuki long girdle, ini bermakna ia terlalu ketat. So, make sure size betul



10. Kalau Premium Beautiful tak muat boleh repair?

Premium Beautiful ni memang ada lifetime warranty service. Warranty ni hanya untuk kerosakan pada set premium beautiful sahaja. Tak kisah la berapa lama uols pakai if rosak hantar je repair for free. Ambil masa dalam 2 minggu - sebulan. Tapi, if nak kecilkan size or nak besarkan memang tak boleh. Kalo dari size badan kita L pakai corset turun jadi S so maknanya berkesan kan?baik beli baru lagi selesa untuk pakai.



11. Macamana nak pastikan Premium Beautiful tahan lama?

Pertama, masa fitting corset kena betul. Make sure bila pakai tu cangkuk pertama. So, bila kurus ada lagi 2 cangkuk lagi korang boleh guna. If fitting amik size besar nanti kurus dah longgar plak kan. Kedua, kena basuh guna tangan dengan pencuci premium beautiful atau pun guna sabun mandi yang kita guna. Just cuci pada tempat sensitif, tanpa memerah dan sidai jangan direct matahari. If dah kering air just boleh keringkan guna aircond or kipas. Amaran keras : Jangan sesekali machine washkan Premium beautiful anda .. hehe Sha dah pakai 6 tahun corset ni memang still kebabom kualiti 

You Might Also Like

0 comments

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

Like us on Facebook

Subscribe