Tips Pilih Korset Untuk Sihat & Shaping

Thursday, June 20, 2019

Assalamualaikum & happy working uols ❤️

Baru-baru ni viral posting kat twitter keburukan memakai korset. Sebenarnya posting tu lebih kepada pemakaian bengkung yang melibatkan masalah:

1. Susah bernafas
2. Radang kulit/rashes
3. Pedih ulu hati disebabkan asid daripada perut
4. Lebam
5. Kebas

Secara amnya, masalah-masalah di atas boleh berlaku sebab pemilihan saiz yang salah. Setiap kita mempunyai bentuk badan yang berbeza-beza. Sama ada kita ada saiz yang besar atas, tengah atau bawah. Itu sebab wujud kategori bentuk badan pear, rectangle, inverted triangle, hourglass dan round. Sebab tu, penting untuk pakai korset yang ikut bentuk badan kita.

Jadi, macam mana untuk pilih bengkung/korset untuk elakkan masalah pada kesihatan? Kat sini Sha share beberapa tips:




1. Jangan Pilih Bengkung Yang Terlalu Ketat

Fungsi utama korset  (terutamanya Premium Beautiful) pada permulaannya adalah untuk alihkan lemak-lemak ke tempat-tempat yang sepatutnya. Pada orang yang baru pakai korset bukan untuk terus nampak ramping. Alihkan dulu lemak-lemak supaya tidak menggelebeh. Selepas sebulan pakai korset, lemak-lemak akan lebih kejap dan tidak menggelebeh.

Sebab tu pada customer yang baru, Sha akan advise jika rasa susah nak bernafas atau rasa terlalu ketat, tukar kepada saiz yang lebih besar sedikit.

2. Pilih Bengkung/Korset Yang Boleh Laras

Sebelum beli apa-apa bengkung/korset tengok dulu ada cangkuk yang boleh adjust ikut saiz yang semakin mengecil. Buat permulaan, cangkukkan pada cangkuk bahagian luar. Lepas rasa semakin longgar, boleh alih kepada cangkuk lebih dalam. Biasanya cangkuk ni pada bahagian belakang atau tepi bengkung/korset.

3. Pilih Bengkung Yang Ada Support Belakang

Bengkung yang bagus akan support tulang belakang si pemakai. Ciri ni amat-amat bagus untuk bagi postur badan yang tegak yang dalam jangka panjang menjaga tulang belakang dan elakkan sakit belakang. Biasanya dalam bengkung tu akan ada tetulang yang tak mudah patah.

4. Pilih Korset Yang Shaping Seluruh Badan

Kesilapan pemakai korset bila hanya pakai bengkung sahaja. Bila macam ni, lemak akan tertolak ke bahagian atas dan bawah. Hasilnya bahagian breast dan punggung menjadi besar dan shape badan tak seimbang. Tak cantik kan bila shape badan tak sekata disebabkan lelemak yang membonjol.

5. Pilih Korset Untuk Kesihatan Bukan Semata-mata Sebab Harga Murah

Buat research dulu. Pilih korset yang ada ciri-ciri kesihatan. Elakkan pilih disebabkan harga yang murah. Sebabnya badan kita nak guna jangka masa yang lama. Jika pilih yang murah tapi bagi kesan buruk memang tak berbaloi pada diri sendiri. Korset yang terlalu murah tidak akan menekankan kebaikan jangka panjang, kesihatan, reka bentuk, dan material yang digunakan. Salah satu tanda sesuatu korset tu baik ialah dah ramai yang memakainya tanpa sebarang masalah yang serius dan dah lama bertahan dalam pasaran. 

Itu saja yang Sha nak share untuk Tips Pilih Korset Untuk Sihat. Hopefully bermanfaat untuk uolss semua. Apa-apa pun sebelum buat sesuatu keputusan, ambil masa dan buat research dulu.

If ada sebarang persoalan boleh drop komen atau contact/whatsapp je Sha ye.

Sha Khalid

You Might Also Like

0 comments

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

Like us on Facebook

Google Search

Subscribe