Gua Hira', Jabal Nur - Umrah Mac, 2022

Wednesday, October 26, 2022 Sha Khalid 0 Comments

Assalamualaikum untuk semua yang sedang membaca blog Sha ni

Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Dan Sha doakan juga untuk yang membaca ni dijemput Allah SWT untuk menjadi tetamuNya yang paling istimewa untuk menunaikan ibadah umrah & haji inshaAllah 💖 

Punya laaaaa lama Sha tertangguh nak share tentang perjalanan umrah Sha aritu. Tapi inshaAllah ada kelapangan ni nak kongsi juga kat blog ni untuk kenangan peribadi dan rujukan untuk sahabat2 pembaca..wahh skema gitteww hehehhe

Kalini Sha terfikir nak kongsi tentang ziarah kami ke Gua Hira' di Jabal Nur. Actually masa our first Umrah back in 2016 kami tak berkesempatan nak naik Jabal Nur disebabkan masa tu Sha tak berapa sihat. Dan untuk umrah kalini Sha dah niat dari awal lagi nak juga naik ke Gua Hira' ni sebab nak rasa pengalaman Rasulullah SAW (اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ)

Alhamdulillah Allah permudahkan untuk kami naik. Semuanya dengan izin Allah, sebab kalo diingat balik if dengan kudrat kami memang tak sampai Sha ke Gua Hira'.

Mengikut kata mutawif, menjadi kebiasaan jemaah Malaysia ni akan naik malam sebab cuaca sejuk so tak rasa sangat naik atas tu. 

Bermula laa perjalanan kami lebih kurang pukul 10.30malam (15 Mac 2022). Berjalan dari hotel ke parking bas tu dekat je tapi dah rasa sejukk yang amat. Sha dengan selambanya berjubah je takde pakai sweater kononnya naik bukit nanti panas 

Kami naik bas dari kota Mekah ke Jabal Nur, Sha ingatkan turun bas tu terus daki bukit rupa-rupanya kami kena naik van kecik untuk ke kaki bukit. Van tu sikit punya lap, dah la kena naik bukit. Menjerit kitaorg dalam tu dah macam naik roller coaster. Korang yang penah naik ke Gua Hira' ni mesti penah experience benda yang sama kot. Tak sempat Sha nak snap gambar masa tu, hilang pahala dok menjerit sebab seriau. kenangan sungguh laa


ni kat bawah sebelum naik van roller coaster tu

Dah sampai di kaki bukit tu baru kami tunggu jemaah yang lain. Sempat la Sha dok beli tongkat nenek tua kat sini hihi. Buat bekalan kononnya nak daki Jabal Nur nanti.

Bila semua dah sampai maka bermulalah pendakian kami, tingginya Jabal Nur ni sekitar 642 meter, Alhamdulillah dah dimudahkan dengan adanya tangga. 600 anak tangga juga katanya.

masa ni gigih lagi..dengan kak yus dan kak lily. Kak lily ni power laju gile dia naik atas tu.

Happyyyy ..dengan tongkat nenek tua tu😃

Honestly, memang sukar nak naik tu. Tak boleh nak bayang macamana Rasulullah dulu naik di usia baginda 40 tahun. Saidatina Siti Khadijah pun naik untuk hantar makanan pada Rasulullah. Allahuakbar besar sungguh pengorbanan Rasulullah untuk kita. Sebab tu Sha nak experience sangat naik. Walaupun Sha tau tak sama dah dengan adanya tangga dan naik pulak dalam cuaca yang sejuk nyaman je..Semoga kita sentiasa menjadi umat Rasulullah yang sentiasa berselawat kepada baginda inshaAllah 

bukitnya menegak, so memang terasa lelah tu

Jabal Nur - bukit yang sentiasa bercahaya

Alhamdulillah lebih kurang 45 minit kami mendaki tu sampai la kami ke puncak Jabal Nur. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar, gembira tak terkira Allah je yang tahu. Tak sangka boleh sampai atas tu, walaupun sejuk dan berpeluh tapi puashati sangat2. Alhamdulillahh



perasaan yang sukar digambarkan



Pemandangan dari atas Jabal Nur

burn la segala calories nasi arab

Bukan hanya pendakian tu je mencabar, nak turun tu pun sangat mencabar. Sha masih ingat sampai sekarang, masa nak turun kaki ni jadi longlai, lembik rasa tak boleh nak melangkah, sangat tak bermaya dan sebab bukit tu menurun curam. Tapi, Alhamdulillah Allah bagi sihat, kekuatan mental fizikal dengan berpaut pada lengan husband dan tongkat masa tu tah ke mana dah, mampu seret kaki je sampai juga ke bawah.

Sha memang galakkan sangat-sangat untuk seesapa yang nak pergi umrah wajib naik Jabal Nur ni, inshaAllah pasang niat kerana Allah  pasti Allah bagi izin.

You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.