Seminar Bangkit Berani 2018 Memang Awesome!

Tuesday, September 18, 2018 Sha Khalid 0 Comments

Alhamdulillah Sabtu & Ahad lepas (15 & 16 September 2018) kami #MMGgroup telah adakan Seminar Bangkit Berani 2018. Seminar ni khusus untuk semua usahawan MMG baru dan lama. Alhamdulillah Sha syukur sangat sebab ramai muka-muka baru yang attend seminar ni. Mereka nilah pelapis pemimpin dalam MMG.

Sesuai dengan tajuks seminar ni, kami mahu semua yang hadir bangkit lebih bersemangat dan berani menaikkan ekonomi diri dan keluarga. Seminar 2 hari di Pacific Regency Suites Hotel ni memang amat awesome, lokasi yang bagus, hotel bertaraf 5 bintang dengan bilik dan fasiliti amat memuaskan.

Seminar ni membariskan 5 speaker hebat MMG dengan kombinasi pengalaman lebih 20 tahun dalam bisnes.

Mudah Menjemput Rezeki (MMR) 
CDM Hajjah Hamisah Alias

Penetapan Impian & Matlamat
DDM Muhammad Zaer Mohammed Ali

Berani Berkongsi 
CDM Haji Badrol Hisham Beram

Media Sosial #BusinessStyleMMG
CDM Nor Hafizsha Mohd Khalid

#ProjekRM1000Sehari
CDM Nur Azmina Kamaruddin

The Power of Networking
CDM Nur Zakiah Abu Bakar

#MMGRoadToKunming
CDM Hajjah Hamisah Alias

Setiap orang speaker berkongsi dengan penuh semangat dan berikan yang terbaik untuk semua usahawan MMG yang hadir. Lepas seminar Alhamdulillah ramai yang dapat ilmu baru dan ada idea untuk bertindak.

Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan seminar ni.





















































You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.