Advertisement

Masuk dan Keluar

Apa pulak tu ye yang masuk dan keluar? :-)

Actually Sha nak kongsi mengenai ilmu kewangan yang belajar kat kelas

Lepas raya ni ramai yang complain duit dah banyak keluar. Itu memang dah kelaziman, sebab raya ni istimewa buat kita semua, so dari segi kewangan pun terlebih la istimewa. Banyak kena keluar belanja, baju raya, kelengkapan rumah, mak kat kampung, duit raya anak2 buah dan macam2 lagi. Dan ramai jugak yang ambil personal loan untuk persiapan hari raya. Sha ada kawan kat bank dan mengikut experience diorang time bln puasa adalah time yang paling banyak kena proses loan. Tapi kalau pikir2 balik personal loan yang kita buat untuk belanja tu akan hangus camtu je. Unless kita buat personal loan untuk business sebab kita guna duit untuk buat duit.



Okla, mari kita semak kenapa tiap2 kali raya ramai yang hadapi masalah kewangan. Antara sebabnya:

1. Tak buat perancangan
Pernah dengar kan jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal. Samala dengan kewangan kita. Ambil contoh belanja raya, apa kata start bln Syawal tahun ni kita dah buat perancangan untuk Syawal tahun depan. Listkan belanja2 untuk raya dan start saving dari sekarang. Ada yang akan kata, pasti ke kita hidup lagi Syawal tahun depan, tapi mana lebih baik, bersedia dari sekarang atau sampai masanya terpaksa hutang keliling pinggan. Cuba renungkan...

2. Yang masuk kurang dari yang keluar
Yang masuk adalah income kita dan yang keluar tu belanja kita. Pernah tak kita buat list perbelanjaan 'ideal' kita. 'Ideal' ni maksudnya belanja yang 'sepatutnya' kita buat setiap bulan. Ok cuba listkan..

- belanja dapur
- hutang-piutang (credit card, kereta & rumah)
- belanja makan minum hari2
- yuran anak sekolah
- belanja untuk orang tua
- insurans diri sendiri, pasangan dan anak2
- saving  untuk safety net
- saving untuk vacation


Masa buat list ni pastikan belanja2 tu adalah yang sepatutnya kita belanjakan, bukan yang kita mampu.. Lepas tu, listkan income kita

  • income diri sendiri
  • income pasangan
Lepas tu tolak total income dengan perbelanjaan 'ideal' kat atas. Jika positif, tahniah sebab income anda dapat tampung semua belanja yang sepatutnya. Kalau negatif, then option yang kita ada:-

1. Kurangkan perbelanjaan 'ideal'
Ramai yang terpaksa sacrifice saving, vacation atau seumpamanya

2. Berhutang
Sebab nak penuhi keperluan, then terpaksa berhutang, sama la macam situasi raya kita.

3. Tambahkan income
Tambahkan yang masuk supaya lebih daripada yang keluar.

Kalau pilihan kita 1 atau 2, berapa lama akan bertahan. So, kena lah pilih yang ke tiga..

Actually Sha cakap melalui experience jugak. Eventho husb & Sha keje gaji pon OK, syukur seadanya.tp bila ade peluang dalam bisnes why not Sha cuba. bak kata pepatah kalo tak dipecahkan ruyong manakan dpt sagunya. ye lah 8 tahun sha kerja tapi nak saving susahnyaa, if ada pon tp kalo terdesak tgh2 bulan terpaksa la korek blk..penat je  buat potongan tabung haji tiap2 bulan ;) tapi Alhamdulillah bila Sha buat business ni mmg boleh tambah saving, saving utk vacation, safety net & utk tabung haji. Sebab Sha yakin, 9/10 rezeki mmg datang dari bidang perniagaan.



So, renung-renungkan...

*all pic googled




If you like this post and think it would be valuable to your followers, share it for me, would you? ;)
Masuk dan Keluar

0 comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by. Let me hear from you.