Advertisement

Hong Kong Trip

Alhamdulilllah, last week our family with Hanis's family went to Hong Kong. Seriously sangat-sangat seronok sebab dapat bawa anak-anak pergi trip ni. Although we only decided at the last minute for this trip, but it was really worth it. Thanks to Hanis and family for being the awesome trip partners. Anak-anak pun really enjoy themselves.

Syukur jugak sebab balik dengan selamat. Actually mula-mula teragak-agak juga nak pergi this trip sebab China dilanda wabak selsema burung, especially kali ni pergi dengan anak-anak. Tapi tawakkal je.

Flight
Sebelum pergi this is the first thing we surveyed. Semua la survey, MAS, Airasia, Japan Airlines, etc. At last dapat flight Cathay Pacific, with quite a reasonable price. To be honest, at first Sha macam underestimate Cathay Pacific, assume macam flight biasa je. But, I was totally wrong! Cathay Pacific is much much better compared to other 5 Stars Airlines yang Sha dah pernah naik ;-)  Seat sangat comfortable, in flight  entertainment menarik, served Muslim food & friendly flight attendance. And the most importantly, Syafi & Syakir selesa boleh belunjur kaki & tidur selesa.. KUDOS to Cathay Pacific!

Syafi n Syakir really enjoyed the flight.

The spacious and cozy Cathay Pacific

Accommodation
Secondly, cari hotel untuk stay sepanjang 6 hari 5 malam di Hong Kong. Disebabkan agenda utama adalah untuk shopping dan visit Disneyland Hong Kong, so we decided to stay 4 nights area town and 1 night kat Hollywood Hotel Disneyland. Semua last minute booking tapi thanks to Hanis sebab recommend The Kowloon Hotel, just walking distance to MRT station, Harbour City, The Peninsular and most importantly easy access to Halal restaurants. Sha dengan Hanis memang tak habis-habis berulang ke Harbour City. Haha best gile... dedua kaki shopping and tak rasa penat berjalan.. tapi seriously enjoy.. balik Malaysia baru rasa lenguh kaki & sakit badan :)

Hollywood Hotel Disneyland pun menariks. Very spacious room and bilik ada theme Mickey. Nak makan pun senang. Ada swimming pool & playground kalo nak bagi anak-anak enjoy kat hotel. Overall rasa tak puas stay kat Hollywood Hotel Disneyland.

The Kowloon Hotel lobby. I like the unique chandeliers.

Our room at Hollywood Disneyland Hotel. Kids really liked it. Overlooking the window was the park. Boleh tengok fireworks dari bilik kalau nak selesa.

Shopping
The best part bila dah sampai Hong Kong ialah SHOPPING!!! Still boleh ingat masa first time jejakkan kaki kat Harbour City 2 tahun lepas memang rasa tak cukup masa. Tapi kali ni memang betul-betul puas. Masa kat Harbour City first yang Sha cari ialah NARS make up, memborong 4 lipstick, 2 eyeshadow, loose powder & foundation. Lepas tu memang plan nak shopping baju raya for both kids & husband. For me Hong Kong is the best place to shop in Asia. GAP, Zara, Club Monaco, Fred Perry, DKNY and many more la semua murah!!! Kalo bawak 10k memang sekejap je habis duduk dalam Harbour City tu haha. Selain Harbour City tempat best nak shopping is Citygate Outlet  Tapi Sha tak sempat pergi just dengar experience from Hanis memang best. InshaAllah next time..


From The Kowloon Hotel to Harbour City, 6 min walk. I LIKEEE. :)

Ocean Park
Ocean Park is a must place to go while in Hong Kong. We all spent one day at Ocean Park. From The Kowloon Hotel naik MRT kat Tsim Sha Shui, only 1 station to Admiralty. And then ada shuttle bus to Ocean Park. From the MRT station, ada sign board ke tempat shuttle bus tu, Citybus Route 629. It was about 20 minutes journey to Ocean Park. Kat Ocean Park, ada 2 area. Boleh naik cable car atau Ocean Express (train) from 1 area to the other. Syafi and Syakir suka sangat sebab masa sampai naik cable car and masa nak balik naik train. The main attraction kat sini adalah aquarium dia. Actually kat sini kalo Syafi & Syakir dah besar lagi best sebab boleh naik semua ride. Sha & Hanis sempat la naik The Rapids dekat Rainforest Park. If dekat sini Sha advise u all makan la dulu kenyang-kenyang sebab susah nak dapat food. From entrance nak ke McD agak jauh we all bawak budak-budak dengan masing-masing dah cranky so letih juga la...

Baru sampai di Ocean Park

Some of the moments kat Ocean Park

Victoria Peak
Lagi satu tempat yang mesti pergi adalah Victoria Peak, salah satu puncak tertinggi di Hong Kong. Nak sampai ke sini, we all took Star Ferry dari Victoria Harbour ke Hong Kong Island. Dari sini, naik teksi ke tram station untuk naik ke puncak. We all bertolak petang, and sampai dalam pukul 6 kat puncak. Naik tram pun another exciting experience, sebab mendaki puncak 45 degrees, so bangunan semua nampak condong. Sampai kat atas, we all waited for the Harmony of Lights that started at 8pm, sambil lepak kat Cafe Deco. If nak masuk Madame Tussaud pun boleh tapi Sha tak masuk pun..just beli souvenirs kat sini.

View from the top of Victoria Peak. Ada shoplots like mall here.

Another view during the night

Inilah Madamme Tussauds kat atas tu

Cute tak kami.. Heheh. Syafi, Haris and Haikal.

Hong Kong Disneyland
Yeayyy the main attraction if datang Hong Kong of course laaa Hong Kong DISNEYLAND! Dari hotel ada shuttle bus ke Disneyland. Turun je shuttle bus, rasa happy sangat-sangat sebab dapat tunaikan impian Syafi nak datang Disneyland. Syafi sejak we all balik dari Disneyland dulu memang asyik sebut-sebut je nak pegi Disneyland so ni memang peluang yang memang Sha betul-betul gunakan untuk diorang enjoy!! We all masuk semua park tapi again diorang tak cukup tinggi so tak semua ride boleh naik tapi still nampak diorang enjoy sebab dapat jumpa Mickey, Minnie, The Pooh and macam-macam Disney character lagi lah. We all pun sempat tunggu Parade & Fireworks. Yang tak sempat nak explore semua adalah Mystic Point and Grizzly Gulch sebab nak tunggu fireworks. Yang paling diorang berdua enjoy dekat Fantasyland Mickey's Philharmagic and The Many Adventures of Winnie the Pooh. Dekat Adventureland pulak Jungle River Cruise ni dengan Sha sendiri rasa best hihi.. Tomorrowland pun best sebab dapat drive sport car sendiri.. Overall memang happy & penat tapi sangat-sangat puas hati.. Next plan nak pegi Tokyo Disneyland pulak dengan GLAM sisters Insha Allah

We are in Disneyland Hong Kong!!!

Mamy pun nak bergambar jugak dengan Disney characters

Disney Parade.
Colourful Disneyland

Pictures of the magical fireworks...







Food
Sha rasa pegi Hong Kong kali ni superb maybe sebab we all stayed kat area Kowloon. So nak cari Halal food tak susah. Mark & Spencer, 7Eleven, Watson semua dekat situ-situ je so tak ada masalah sangat. First day we all makan kat Lebanese Restaurant sedap gilers Masala Tea dia!! Ada juga makan kat Arabian restaurant, moralnya 5 hari kat city tak de masalah makan. Kebanyakan restoran sepanjang Nathan Road, tak jauh dari The Kowloon Hotel and on the last day tu we all try makan kat ISLAM FOOD kat Lung Kong Road. Anyone yang datang Hong Kong sha really advise datang sini, seriously sedap food dia. We all ordered semua licin nyummmm sedapnyaaaaa. Masa kat Disneyland, makanan tak jadi masalah sebab dalam tu memang ada certified Halal food outlets.

Nyummy nyummy. Our dinner at Lung Kong Road

Ok itu sahaja cerita Hong Kong trip. Hopefully useful untuk you all yang plan nak bercuti-cuti di Hong Kong. Till next entry !







If you like this post and think it would be valuable to your followers, share it for me, would you? ;)
Hong Kong Trip

7 comments:

cathay pemenang world best airlines. hehe http://www.worldairlineawards.com/awards_2012/jclass.htm

Thanks for the info CikPuanTatie.. :)

salam..sy nak tanya psl trip ke hongkong. bab shopping. acct i nak g HK gak for shopping. cuma i confuse sket pasal bab shoppingg ni. i plan nak bawak cash, kad kredit kat kad atm. memandang kan sy tgk awk pn shopping kat sana, so bole cadangkan apakah kaedah pembayaran yang terbaik apabila shopping kat Mall? guna kad kredit ke atau cash? ada extra charge tak kalo guna kad kredit. sy xbercdg untuk bawa HKD yang banyak dr malaysia. kalo bole withdraw dari sana lebih baik.mohon cadangan..

Salam Anonymous.. Letak la nama..hehe

Ok, memang syok shopping kat HK, murah2 banding dengan Malaysia.. Good choice! Sha cadangkan guna kad kredit, lebih mudah. All the shopping complexes accept kad credit. Just, klu nak shopping kat kedai2 biasa then baru guna cash. Kalau nak keluar kat sana, boleh guna ATM card, tapi make sure activate dulu kat Malaysia. Satu lagi, charge keluarkan duit kat oversea lebih kurang RM12 sekali keluar. So, make sure keluarkan sekaligus, kurangkan charge.

Alrite, good luck. Nanti dah balik Msia update Sha ye.. ;-)

thanks for da tips sha,,hehhe...sorry for da anonymous:-ni la kekdah nye bile nak cepat jee..hahahaha-suria_81

Hello there ! Your blog is very informative and gracefully your guideline is very good.
Matt Levine

Thank you James Devid. All the best with you restaurant. I can see that you are building your success now. Good luck!

Post a Comment

Thanks for dropping by. Let me hear from you.