My 3rd Anniversary

Friday, November 08, 2013 Sha Khalid 0 Comments

Bulan 11 ini genap 3 tahun Sha dalam bisnes. 3 tahun yang penuh pengalaman pahit dan manis. Cabaran dan pencapaian. Alhamduilillah, syukur sebab banyak yang Sha kecapi dalam 3 tahun ni.

Sha start bisnes ni pada tahun 2010. Masa tu, Sha start dengan produk corset Premium Beautiful. So, kiranya corset Premium Beautiful always Sha punya favourite product. :)

Mengimbas balik masa mula-mula Sha mengenali bisnes ni melalui blog mentor Sha, yang tak asing lagi CDM Hanis Haizi. Masa tu, Hanis baru je naik pangkat CDM, tapi pencapaian dia dah cukup mengagumkan. Sha memang tak pernah kenal dengan Hanis, just follow blog Hanis and teruja tengok apa yang dia kecapi dalam bisnes. Masa tu tak tahan tengok Hanis sakan bershopping, sebab Sha pun kaki shopping jugak. Masa kerja dulu, site-site online shopping ni macam jadi therapy untuk Sha. Hilang segala stress kalo tengok handbag..tu blom beli lagi hehe. Dah jenuh follow blog Hanis, tapi Sha terfikir, apa lagi yang Sha tunggu. Lagi lambat bertindak, usia makin lanjut. Sha kena buat something untuk lebih maju dalam hidup. Dari situ, Sha contact Hanis dan Sha tak toleh ke belakang lagi!

Masa ni first time Sha naik pentas terima anugerah, Diamond Night 2011

First time make up for shooting. Excited sungguh masa ni, first time nak buat video shoot.

Bisnes ni jadi mudah bila gunakan social media as business tools. Yela, kat ofis, kat rumah boleh access Internet. So, daripada buat benda tak tentu arah, baik gunakan untuk generate income, kan. Time kerja update Facebook 2 minit je dah dapat client nak tanya business so dari situ pun Sha dah nampak mudahnya nak buat business.

Dalam 3 tahun ni, Sha realise yang bisnes ni banyak transform diri Sha.

     * Daripada takut kepada berani
     * Daripada berimpian kecil kepada berimpian besar
     * Daripada biasa-biasa kepada luar biasa
     * Daripada tak ada keyakinan diri jadi lebih confident
     * Daripada yang banyak fikir negative kepada yang lebih positif
     * Daripada yang suka golek-golek depan tv jadi rajin ;)


Secara peribadi, Sha banyak berubah. Kalau dulu malu dan takut berjumpa orang atau takut bercakap di khalayak ramai, tapi sekarang Alhamdulillah tidak lagi. Boleh jadi speaker and bagi motivation kepada business partners.

First time jadi speaker masa seminar di Eastin Hotel

Bisnes ni juga ajar Sha untuk bantu bangunkan rakan-rakan kongsi yang lain. Kejayaan Sha bergantung kepada kejayaan mereka! Seronok bila rakan-rakan kongsi pun dapat kecapi apa yang Sha dah capai. Itulah cara Sha tambah nilai diri setiap rakan kongsi.

Kalau dulu, tak terfikir pun nak melancong ke luar negara, sebab tahu ongkosnya bukan sedikit bila melancong oversea. Masa tu pikir, maybe bila dah tua sikit, barulah boleh melancong ke negara orang. Tapi Alhamdulilah, melalui bisnes ni Sha dah merasa melancong ke lapan buah negara berlainan, perasaan bila pergi setiap negara tu susah nak gambarkan. Allah je yang tahu macamana. 

Setiap negara ada kenangan terindah. Masa first time jejak kaki ke Europe masa tu trip Holland/Belgium..sampai airport Schiphol Amsterdam Sha siap nangis..haha nangis gembira sebab memang cita-citaku nak p study ke Europe, tapi apakan daya dapat study kat US (Ulu Sintok, UUM) jewww..haha. Masa buat entry ni pun hati berbunga riang kay..masa trip London/Paris dapat merasa snow and stranded lagi memang sampai sekarang taleh lupe. Yang lagi manis bila melancong ni bila dapat bawa rakan-rakan kongsi bersama. Happy and enjoy dengan rakan kongsi masa melancong sebab masa melancong ni laa kalo 7 hari tu 7 hari la tengok muka yang sama…Honestly if cite part melancong memang tak abis..sebab banyak sangat sweet memories nye…



Bila buat bisnes, baru Sha terfikir untuk besarkan income. Income yang tak pasti boleh tak Sha capai kalau masih bekerja. Segalanya tak mustahil bila buat business. Memang betullah yang 9/10 rezeki adalah dalam perniagaan. Yang penting fokus pada matlamat dan ikut cara yang betul. Syukur.. dulu Sha ambil tindakan buat business, kalo still takut atau malas memulakan langkah, mungkin Sha tak dapat capai seperti tahap sekarang. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati..

Apa yang Sha belajar dari dulu hingga sekarang, Bila kita ada peluang di depan mata, terus GRAB, jangan tunggu lagi! Peluang akan hadir tapi orang yang pandai ambil peluang sahaja akan rasa nikmatnya.


If you look at life...it has been made for you to keep going on and on. Don't look back to what has happened because there's more to come.




You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.