I Love Theme Park ~ next will be Universal Studio Japan

Tuesday, August 04, 2015

Sapa suka theme park? Mostly kanak-kanak suka theme park kan. dan kalo kita nak bawak anak-anak bercuti pun akan pilih tempat yang ada theme park sebab confirm dorang akan enjoy the most tempat-tempat sebegitu.

But believe it or not bila Sha travel with SHOM every time pergi theme park, that was the most enjoyable place yang Sha, husband & kawan-kawan akan enjoy sekali. Maybe because during company trip tak bawak anak-anak so memang all out la jadi kanak-kanak riang sebab tak de sapa nak distract..hehe tapi still masa kat sana tu akan ingat anak-anak dan terus akan plan nanti nak bawa diorang pulak hehe tu I la memang akan cakap kat husband ..'bang next time kita bawa dorang pulak datang sini kay' hehe

Alhamdulillah termakbul juga doa kami, sebab first time with company Sha dapat Free trip ke Hong Kong Disneyland, dan ni lah theme park pertama yang pernah kami suami isteri jejakkan kaki. Memang tersangat la enjoy & Alhamdulillah berkesempatan jua bawa anak-anak. 

HONG KONG DISNEYLAND

Sha recommend sangat if u all pergi Disneyland HK ni, eventho dah pergi 2 kali still rasa nak pergi lagi. Masa dengan anak-anak stay kat Hollywood hotel, seronok sebab hotelnya berkonsepkan Mickey. Semua kelengkapan dalam hotel ada konsep Mickey. Kalo stay 2 hari memang confirm boleh cover semua park dalam Disneyland. Hong Kong pon best untuk shopping dan kalo nak ke sana ke mari naik je train senang sangat! So Hong Kong Disneyland is still in my list hehe inshaAllah kali ni dengan Zulaykha pulak :-) Ameeen


 kenangan dengan business trip & dengan family kat Hong Kong Disneyland


LOTTE WORLD, SEOUL KOREA

2nd theme park masa ke Korea. Best sangat Lotte World ni sebab ada Indoor Park, Outdoor & Water Park. Tapi yang tak bestnya sebab masa kami dalam Lotte World ni singkat sangat so tak banyak yang kami boleh explore. Pastu kalo nak spend masa kat Lotte World ni memang kena amik 2 hari baru habis dan puas hati. 


Lotte World, Seoul Korea

MOVIE WORLD & SEA WORLD, GOLD COAST AUSTRALIA

Kalo Movie World ni lebih kepada roller coaster dan sesuai kalo anak-anak dah cukup ketinggian. Macam Sha masa pergi sini tengah pregnant 4 months so memang la tak dapat nak naik segala rides yang ada..hanya mampu tengok je.. even masa masuk Movie World pon just bergambar dengan characters cartoon yang ada je. Tapi confirm la best kan bila tunjuk gambar-gambar characters tu kat anak-anak. Boleh breakfast together dengan cartoon characters. Memang best!!

Pada Sha Sea World lagi best compare to Movie World. Maybe sebab boleh tengok show dolphin kot. Best tau Dolphin show ni. pastu Sea World pon ada roller coaster. Memang siap basah lencun la dorang yang naik rides tu. Masa kat Sea World ni memang jelesss je tengok dorang naik rides! wajib kena repeat pergi lagi dengan anak-anak..

Sea World, Gold Coast

Movie World, Gold Coast

UNIVERSAL STUDIO, SINGAPORE 

Yang ni pergi short trip je, dapat spend sehari kat USS. Rasanya kesilapan teknikal masa ni sebab tidur hotel kat area Orchard Road so jauh gak la nak ke USS. Masa ni pergi Singapore naik flight so transport masa kat Singapore we all naik train. InshaAllah next time kalo nak semata-mata ke USS better tidur hotel area USS so lagi convenience. Masa pergi USS ni Syafi tak cutup ketinggian so kesian dia banyak ride tak nak naik hehe...pastu sekarang ni sibuk ajak mamy pergi lagi sebab nak balas dendam.


face painting ni memang favourite dorang la haha

Alhamdulillah memang sentiasa looking forward untuk dapat pergi lagi segala theme park kat negara-negara lain pulak..dan sekarang ni memang menunggu nak pergi UNIVERSAL STUDIO OSAKA (USJ) hahaha sebab USJ ada The Wizarding World of Harry Potter heehee bestnyaa... 

jommm kita explore Universal Studio Japan ;-)














P/S: Sesiapa yang memang suka pergi theme parks macam Sha, sekarang ada pakej trip ke Osaka. Mintak-mintak la, Universal Studio Japan dalam itinerary pulak kan, InsyaAllah.. If sesapa yang berminat, contact Sha, nanti Sha share pasal trip Osaka ni. Trip ni FOC tau, segalanya ditanggung.. ;)

You Might Also Like

0 comments

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

Like us on Facebook

Subscribe