Ads

Advertisement

Dilema isteri : Antara suami dan kerjaya

Assalamualaikum & selamat bekerja semua 💞

Harini Sha nak share sikit ilmu dari buku yang Sha baru baca. Actually lama dah beli buku ni tapi tak habis-habis baca sebab menghayati gitew heheh..Sha ni memang jenis suka beli buku banyak-banyak pastu akan baca sikit-sikit. Kira bukan abiskan satu buku then baca lagi satu buku hehe sebab sejenis perangai tak sabar so nak tau semua isi setiap buku. ok cerita panjang plak..

Orite berbalik pada tajuk kat atas tu, ni antara topik yang ada dalam buku yang Sha baca ni..ok jom sha share 

"    Ramai dalam kalangan para isteri pada zaman ini, tidak menafikan karier memainkan peranan penting walaupun pada masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai isteri. Mereka masih beranggapan, walaupun hebat mana pun jawatan yang disandang, ia tidak akan mengganggu tugas sebagai isteri.

Tetapi dalam hal ini, mungkin ramai isteri yang terlupa, ketika berhadapan dengan ALLAH S.W.T di akhirat kelak, mereka akan ditanya sejauh manakah mereka melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai isteri?

Mana satukah yang lebih penting, mengutamakan karier atau melaksanakan hak terhadap suami? Berdasarkan situasi sekarang ini, mereka akan mengatakan kedua-duanya sama penting. Cuba perhalusi apakah pesanan Rasulullah SAW kepada kaum wanita ini:

'Wahai para wanita, kalaulah kalian mengetahui hak suami ke atas kalian, nescaya salah seorang kalian akan sangup menyapu debu yang ada pada kedua-dua telapak kaki suami menggunakan kemuliaan kulit mukanya.'- HR Ibn Hibban dan Al-Bazzar

Berdasarkan pesanan Rasulullah SAW ini, diharapkan kaum wanita segera menyedari perkara ini. Tidak dinafikan ada juga wanita yang berjaya dalam kerjaya tetapi gagal dalam menguruskan rumah tangga dan hak terhadap suaminya.

Tetapi apalah makna kejayaan itu sekiranya suasana rumah tangga tidak terurus. Mereka lebih berkiblatkan kerjaya berbanding menguruskan rumah tangga sedangkan tugas sebagai ibu dan isteri yang baik itulah yang dituntut oleh agama.

Wanita solehah sentiasa sedar tanggungjawabnya terhadap rumahtangga. Meskipun berjawatan tinggi dan berpengaruh tetapi itu hanya di tempat kerja. Manakala apabila berada di rumah, mereka tetap sebagai ibu dan isteri yang perlu memberi perhatian kepada keluarga dan tidak menyerahkan sepenuhnya kepada pembantu rumah.

Wanita bekerjaya wajib meletakkan suami dan rumahtangga di tempat teratas kemudian barulah kerjaya di tempat kedua. Namun yang penting setiap wanita yang bekerjaya, meniatkan segala apa yang dilakukan untuk mendapat redha  ALLAH S.W.T dan suaminya.

Jika mereka mendapat redha kedua-duanya, masalah tidak akan timbul dan ALLAH SWT akan memberikan jalan keluar penyelesaian apabila berhadapan dengan sebarang masalah."


okeh tu je hehehe copy paste je..so ni apply untuk kita semua kot sebagai isteri dan dalam masa yang sama still kerja or buat bisnes. Peringatan untuk Sha juga, sama-sama la kita buat yang terbaik. If korang nak baca banyak lagi pesanan Rasulullah pada kita sebagai wanita. Boleh cari buku ni, memang sangat touching bila baca. Kadang kita rasa susah dengan ujian sebagai wanita tapi nasihat dan wasiat Rasulullah pada kita ni boleh jadi penyedap hati kita inshaAllah 😘



ok selamat berpuasa & happy reading uols



If you like this post and think it would be valuable to your followers, share it for me, would you? ;)
Dilema isteri : Antara suami dan kerjaya

0 comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by. Let me hear from you.