Cara Pakai Korset Yang Betul

Wednesday, February 20, 2019

Salam n good morning uolss...

Harini Sha nak share Cara-cara Pakai Korset Yang Betul. Di bawah ni Sha bagi beberapa tips cara-cara yang betul:

1. Pastikan Saiz Yang Betul

Amat penting untuk ambil ukuran dulu sebelum pakai sesuatu korset. Korset yang bagus ada banyak jenis saiz/ukuran ikut saiz badan si pemakai. Elakkan beli korset yang free size sebab akan rasa tak selesa dan memudaratkan.

Bentuk badan kita juga tak sama antara satu sama lain. Ada yang besar bahagian atas, kecil bawah. Ada yang kecil atas, bawah besar. Ada yang staright size. Nampak tak kepentingan korset ni mesti ikut saiz yang berbeza-beza.

Bentuk-bentuk Badan Setiap Kita Berbeza (Pic kredit: www.sizecharter.com)

2. Jangan Terlalu Ketat

Sebenarnya tak betul tau korset yang bagus tu mencengkam sampai pinggang jadi ramping serta-merta. Sepatutnya korset yang bagus akan membentuk bentuk badan dalam jangka panjang. Korset yang bagus juga boleh laras ikut perubahan saiz badan. Selalunya lepas konsisten pakai korset, lemak-lemak akan berkurangan dan pinggang akan makin mengecil. Masa inilah gunakan pelaras untuk kecilkan saiz.


3. Konsisten

Sesetengah orang yang dah ada korset tak mahu pakai korset berterusan atau dalam kata lain selalu skip pakai. Sebab tu, susah untuk dapatkan bentuk badan yang cantik. Untuk si pemakai mesti pakai korset secara konsisten setiap hari selama 8 jam sehari. If uolss pilih saiz yang betul, akan rasa selesa walaupun pakai dalam jangka panjang.


4. Pilih Korset Yang Membentuk Seluruh Badan

Ini juga satu faktor yang penting memilih korset yang baik. Kebanyakan korset yang ditawarkan di pasaran hanya membentuk bahagian pinggang. Kesannya, bentuk badan akan jadi tidak sekata. Bahagian atas dan bawah akan membesar sedangkan hanya pinggang mengecil. Kan tak cantik macam tu!

Carilah korset yang juga membentuk bahagian atas badan (breast & chest) dan bahagian bawah (pinggul dan paha). Barulah bentuk badan jadi cantik dan kelihatan normal.

Oklah.. Hopefully beberapa perkongsian Sha ni bagi idea kepada uolss dalam membuat pilihan korset yang terbaik. If nak Sha share lebih lanjut, boleh terus contact/whatsapp Sha ye..

You Might Also Like

0 comments

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

Like us on Facebook

Google Search

Subscribe