Newly Promoted CDM Zaer Ali - Tribute to Our Late Sifu CDM CS CHAN

Monday, April 12, 2021 Sha Khalid 0 Comments

Alhamdulillah penutup Mac, 2021 dengan berita gembira. Saat-saat yang dinantikan akhirnya menjadi kenyataan. My beloved husband now officially a CROWN DIAMOND MANAGER (CDM)

Btw, CDM ni ialah pangkat tertinggi di dalam bisnes SHOM yang Sha buat ni. Dengan sales RM2juta dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syarikat Alhamdulillah it's now official.

First of all, Sha nak ucapkan setinggi TAHNIAH untuk my beloved husband CDM Zaer Ali, Alhamdulillah akhirnya bergelar CDM di bulan Mac, 2021 sempena dengan birthday i (tetap nak amik kredit 😊)



Alhamdulillah tahniah juga di hari Jumaat (9/4/2021) bonus masuk dengan Bonus 41% (CDM).  

To be honest CDM untuk husband ni bukanlah satu target yang kami nak sangat-sangat. Cukuplah Sha sorang CDM dan husband sebagai back up pada mulanya. 


Tetapi, semua tu berubah 100% bila kami sentiasa duduk semeja, sembang dan setting our business target dengan our late sifu. Sifu selalu ingatkan, "u kena jadi pasangan CDM. Banyak privilege yang u akan dapat, U have to fight for it, U kena upgrade untuk capai apa yang  u nak".

Dan the list of bebelan dari sifu goes on and on (which is i really missed it now  😢)





Inilah insan yang banyak push ourselves, but jauh di sudut hati kami, kami sedih sebab he cannot witness yang Zaer dah jadi CDM.  "Sifuuu ..Zaer dah siap CDM 😭")


Betul la orang cakap, jasa bakti sesorang itu yang kita akan ingat sampai bila2. Beliau yang tarik tangan kami ketika kami jatuh, yang percaya yang kami mampu buat yang terbaik walau sekarang masih belum terbaik inshaAllah kami akan cuba buat lagi baik, yang sentiasa ingatkan kami yang kami pernah berada di atas cuma sekarang kami kena lalui fasa turun untuk naik semula ke puncak yang lebih tinggi inshaAllah. (Seriously, i am crying typing this...)


Ya Allah ...terima kasih meminjamkan kami hambaMu yang sangat2 baik ini. InshaAllah kami cuba buat yang terbaik untuk bisnes partners kami sepertimana yang sifu dah didik kami selama kami bersamanya. Sifat yang baik & mulia inshaAllah kami akan sentiasa ingat dan ikuti.


For us perjalanan bisnes ni baru bermula, inshaAllah dengan pengalaman yang kami ada lebih kurang selama 10 tahun dalam bisnes ni inshaAllah kami akan bantu untuk siapkan pula bisnes partners yang lain inshaAllah. Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan bisnes kami, biar ianya menjadi benih2 pahala untuk kami di akhirat kelak inshaAllah.



You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.