HERBA MAHARANI DAH BERTUKAR WAJAH

Monday, April 20, 2026 Sha Khalid 0 Comments

Assalamualaikum & hi

Lama sha tak sharing tentang produk kat blog sha ni, so harini sha nak share tentang satu produk baru @ boleh dikatakan produk lama juga laa tapi formula dan wajah dah bertukar baru.

If uols familiar dengan herba maharani, ini adalah wajah baru untuk Maharani. Iaitu Bloom Royale Yu Feng Treasure Pills 🌸

Basically, untuk new Maharani atau lebih mesra dengan nama barunya Bloom Royale ni diperbuatdari herba-herba premium yang terpilih. Kalini kita focus kepada plant based ingredients, so that lebih rasa bersih dan selamat. 


Kalau dari Chinese medicine bahan-bahan ni ibarat akar kayu cina laa..dan dorang memang terkenal dengan bahan kesihatan wanita. Sama macam dulu Bloom Royale ni kita focus kepada menstrual atau kitaran haid wanita.

if kitaran haid bulanan kita tak lancar, tak rasa selesa asik kena period pain je dan tidak teratur maka eloklah kalau amalkan Bloom Royale ni sekotak sebulan setiap bulan selepas period.

Rahsia keanggunan dalaman wanita kini bakal menemui anda menerusi produk terbaharu: Bloom Royale Yu Feng Treasure Pills! ✨

✅ Formulasi Herba Tradisional Komprehensif

✅ Membantu melegakan ketidakselesaan senggugut, kitaran haid yang tidak teratur dan ketidakseimbangan hormon

✅ Memberikan sokongan menyeluruh untuk penjagaan dalaman wanita




Untuk info semua juga, Bloom Royale ni pun menjadi salah satu produk yang dipamerkan di Herbal Medicine Symposium 2026. 



You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.