Cara Pakai Therapants Dengan Betul: Panduan Bergambar, Pilih Saiz dan Tips Selesa
Tak pasti cara memakai PB360 Therapants? Sha sediakan panduan bergambar langkah demi langkah, cara pilih saiz dan tips supaya Therapants selesa serta terletak kemas.
Pernah rasa Therapants terlalu ketat, susah ditarik atau tidak terletak sekata? Kemungkinan besar bukan kerana saiz sahaja, tetapi cara pemakaiannya. Therapants perlu dipakai secara perlahan dan disarung dari kaki hingga ke pinggang supaya fabrik tidak berkedut dan tubuh terasa lebih selesa. Therapants ni juga perlu ditarik tinggi (high waist)
Step 1 — Pilih saiz yang betul
Ambil ukuran pinggang dan pinggul dalam centimeter. Jangan sengaja memilih saiz terlalu kecil kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa.
Step 2 — Kumpulkan fabrik
Pegang bahagian pinggang dan kumpulkan fabrik sehingga ke bahagian kaki.
Step 3 — Duduk di atas kerusi
Masukkan sebelah kaki secara perlahan ketika duduk. Tarik sehingga ke atas lutut sebelum memasukkan kaki sebelah lagi.
Step 4 — Tarik dan pastikan tidak bergulung
Tarik sedikit demi sedikit pada bahagian kiri dan kanan sehingga sampai ke pinggang.
Step 5 — Ratakan fabrik
Pastikan tiada lipatan atau bahagian yang terkumpul. Kemaskan kawasan paha, pinggul dan pinggang.
Kesalahan Biasa Ketika Memakai Therapants:-
- Memakai ketika badan masih berpeluh
- Menarik terus dari bahagian pinggang
- Menarik fabrik terlalu kuat dengan kuku
- Tidak meratakan kain di bahagian lutut dan paha
- Memilih saiz terlalu kecil
Therapants Sesuai Dipakai Dengan Apa?
- Therapants bawah baju kurung dan dress
- Therapants untuk pakaian pejabat
- Therapants untuk majlis
- Therapants untuk perjalanan jauh
Boleh pakai Therapants setiap hari?
Ia boleh dipakai mengikut tahap keselesaan individu. Pastikan saiz sesuai dan beri perhatian jika terasa kebas, sakit atau terlalu ketat.
Berapa jam perlu pakai Therapants?
Mulakan secara berperingkat supaya badan dapat menyesuaikan diri. Biasanya 8 jam sehari sudah memadai.
Kenapa Therapants susah dipakai?
Kebiasaannya kerana fabrik tidak dikumpulkan terlebih dahulu, badan berpeluh atau teknik menarik tidak dilakukan sedikit demi sedikit.
















0 comments:
Thanks for dropping by. Let me hear from you.