Ads

Advertisement

Cabaran dan Impian

Siapa yang tidak hadapi cabaran dalam hidupnya? Ada, mereka yang tidak seperti manusia biasa (siuman) atau tiada roh (mati).



Selagi hidup, cabaran sentiasa mengusik kita.



Pada anda yang hadapi apa saja cabaran dalam hidup, 'rise to the occation', pasakkan kaki di bumi dan terus melangkah. Langit tidak selalunya cerah, tapi tidak selamanya mendung.



Cuba bayangkan pelayar di lautan, kadang-kadang dilanda ombak dan badai. Ada kalanya menggunung tinggi. Mestinya terasa begitu kerdil dikelilingi lautan yang amat luas. Ditambah lagi ombak yang memukul-mukul badan kapal. Tapi apa yang membuatkan pelayar terus menempuh rintangan itu? Dia tahu di hadapannya ada daratan yang ingin dituju. Dia tahu apa yang dingininya ada di hadapan.



Kita juga begitu, bila ditimpa cabaran, ingatlah matlamat yang ingin dicapai. Cabaran ni cuma sementara, bayangkan riak wajah kepuasan apabila matlamat dalam genggaman. Dan masa tu, kita akan percaya cabaran hari ini adalah kecil kerana kepuasan yang bakal kita kecapi akan melenyapkan segala kepayahan ini.





Kerna itu, tabahkan hati dan terus maju ke hadapan.






If you like this post and think it would be valuable to your followers, share it for me, would you? ;)
Cabaran dan Impian

0 comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by. Let me hear from you.