Sharing Session : Bisnes Dengan Blogging

Tuesday, June 19, 2012

Ramai yang tahu Sha buat business Premium Beautiful ni secara part time. My kerja hakiki ialah Software Engineer yang boleh dikatakan 8 jam kat office tu adalah mengadap lappy. Walaupun kerja mengadap notebook setiap hari & kadang-kadang tu sampai kena stayback kat office tapi Sha tak pernah rasa berminat nak create blog sendiri.. Pernah la dulu buat blog tahun 2006 ;-) Tapi Sha privatekan sebab malu nak buat entry kat blog & orang akan baca. But after jumpe CDM Hanis & dia share macamana dia buat business & boleh berjaya hanya dengan melalui blog, terus masa tu berkobar-kobar sebab terfikir sure senang tayah nak jual or jumpa orang secara manual.

Dan Alhamdulillah from day one Sha involve dalam business ni terus publickan blog yang dah ada tu. And tatau la  mana datangnya kreatif nak buat entry blog yang boleh dikatakan everyday pasti ada je entry baru.. Mungkin inilah namanya bila kita ada PASSION tentang apa yang kita buat semua akan jadi mudah. So, bila dah ada business partners ni tanggungjawab yang Sha perlu tunaikan ialah ajar business partners buat blog. Kebiasaannya yang ajar ialah my husband sebab dia lagi arif bab-bab technical ni. 

So last month untuk business partners baru & existing business partner yang ada Sha buat bengkel how to create an effective blog. Just buat in small group je so dorang boleh discuss & tanya anything yg technical to my husband. Bengkel ni Sha buat kat Armada Hotel, Petaling Jaya di samping belajar buat blog boleh juga kenal-kenal mesra sesama sidelines

Premium Beautiful testimonial
semua khusyuk & focus

Premium Beautiful business
Sessi ramah mesra ke?haha

Premium Beautiful testimoni
Serious dengar cikgu ajar

Premium Beautiful
bawak notebook so boleh terus apply je apa yang diajar

Premium Beautiful sha khalid
Ilmu dah penuh di dada..so tinggal nak apply je yee

Premium Beautiful testimonial
Group photo before balik!!

InsyaAllah Sha akan cuba bagi yang terbaik untuk semua business partners. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan business kita bersama-sama, sentiasa merahmati usaha kita untuk merubah kehidupan kepada yang lebih baik lagi untuk masa depan kita & keluarga. Dan semoga rezeki kita semua sentiasa berkat & mencurah-curah. Ameen.. 



You Might Also Like

0 comments

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

Like us on Facebook

Subscribe