L l F E

Thursday, August 22, 2013

Sha terpanggil nak buat entry ni because terbaca satu status friend dalam my Facebook.

Ia berkaitan dengan Kejayaan. For me tak kisah laa apa kita buat, kerja, business, perkahwinan dan sebagainya semua berkait dengan kejayaan. Ada orang Allah anugerahkan rezeki untuk berjaya dalam pekerjaan, tanpa perlu buat side income mereka dah mampu untuk tolong family, shopping dan capai impian.

Ada orang kahwin sekali je kekal sampai bila-bila. Ada orang kahwin baru 2 tahun dah bercerai-berai. Makanya yang kahwin sekali & bahagia selamanya tu BERJAYA la beliau dalam alam perkhawinan & sebaliknya. Ada orang masa sekolah dulu pandai, pelajar cemerlang tapi bila dewasa tak jadi apa-apa.

As for me Allah tunjukkan Sha jalan dalam business ni untuk Sha bantu family & capai impian yang Sha nak. Sha juga pernah makan gaji dulu and rasa pengalaman sebagai pekerja. Kadang-kadang rindu saat-saat masa bekerja dulu sebab hubungan dengan colleagues sangat rapat tapi Sha buat business ni fulltime bila TANGGUNGJAWAB dah semakin besar dalam business ni. Sha still bukan dalam kategori orang yang dah capai sepenuhnya KEJAYAAN but Alhamdulillah berkat Usaha yang Sha buat selama ini banyak memberi impact dalam diri. 

Moral of the story, dalam apa jua yang kita lakukan. Doa, Usaha, Tawakal & Ikthiar. Orang berjaya dalam kerja confirm diorang Workholic untuk sampai ke tahap tertentu begitu juga dengan orang buat business pasti mereka juga Usaha tanpa jemu untuk capai kejayaan dalam business. Allah bagi kita kudrat untuk berusaha terpulang pada kita apa yang nak kita buat & berusaha lah sehingga berjaya sesungguhnya KEJAYAAN takkan datang bergolek jika hanya bertawakal dan KEJAYAAN juga tidak datang jika hanya berusaha tanpa BERDOA dan BERTAWAKAL kepada Allah. After all, apa jua yang kita lakukan di muka bumi ini semua atas qada' & qadarNya


Exactly ;)





Percayalah dengan janji Allah, sesiapa yang BERUSAHA pasti akan BERJAYA.



*pic googled



You Might Also Like

0 comments

Thanks for dropping by. Let me hear from you.

Like us on Facebook

Subscribe