Advertisement

Katakan TIDAK Pada Diri Anda

Salam uolls..

Harini Sha nak share sedikit ilmu mengenai bisnes yang Sha buat sekarang. Ada kaitan dengan diri Sha sendiri, especially sebelum Sha mula terjebak dengan bisnes. Sha percaya perkara yang sama boleh apply dalam bidang-bidang yang lain.

Sha pernah dengar beberapa pepatah seperti 'we are our biggest enemy', 'nak berjaya, tak perlu bersaing dengan orang lain, atasi diri anda sendiri'. Memang relevan sebab sebelum Sha mula bisnes, ada beberapa halangan dalam diri yang Sha rasai. Bila diingat-ingat balik, semua yang Sha pikirkan masa tu, cumalah alasan yang Sha berikan pada diri sendiri. Sebab utama kenapa alasan-alasan tu keluar actually sebab takut nak keluar daripada zon selesa walaupun sebenarnya masa tu tak la selesa mana pun sebab ada kekangan dari segi kewangan. 


Apa alasan-alasan yang Sha berikan pada diri sendiri?

  • Malu Nak Jumpa Orang

Ini yang paling Sha takut sebab Sha bukanlah jenis yang suka-suki bergaul dengan orang. Yang biasa dengan Sha cuma circle of friends yang rapat-rapat. So, memang terasa sangat sebab tahu bila buat bisnes Sha kena jumpa ramai orang. Sebenarnya, tak sesusah mana bila dah buat sebab yang penting adalah ilmu. Bila dah belajar ilmu bisnes, Sha lebih pandai approach orang.. dan kita hanya perlu cakap apa yang perlu, bukan cakap tanpa arah.


  • Tak Ada Modal

Ini satu lagi alasan biasa bila nak mulakan bisnes. Actually, apa saja bisnes perlukan modal. Yang biasa orang nampak adalah modal wang. Sha bertuah sebab masa nak start bisnes modal masa tu hanya untuk produk. Tak memodalkan pekerja, equipment, kedai dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Hakikatnya, ini semua adalah kos overhead yang tak perlu. Kita boleh mulakan bisnes dengan diri kita sendiri. Bila dah ada produk, kita dah boleh bertapak dalam bisnes. Yang paling-paling penting adalah modal diri - kesungguhan, azam yang tinggi dan impian yang ingin kita capai. Jika ada modal wang sejuta ringgit pun, kalau takde modal diri, bisnes kita takkan ke mana. 
    • Tak Pandai Bisnes

    Apa saja yang kita buat perlukan permulaan. Macam seorang bayi, dia tak terus-terus pandai berlari. Sedikit demi sedikit kita belajar dan improve diri sendiri. Jangan fikir untuk terus pandai berbisnes. Mulakan dulu, dan belajar dalam perjalanan. Sha bertuah juga sebab dalam bisnes, ramai mentor-mentor yang ingin kita berjaya dan mereka adalah proven mentors. Mereka dah lalui selok-belok dan jatuh bangun dalam bisnes. Daripada merekalah Sha belajar untuk berjaya lebih cepat dan elakkan kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lalui. Alhamdulillah now Sha pula dah jadi mentor untuk business partners Sha but still banyak lagi kena menuntut :)
      • Tak Ada Masa

      Setiap kita diberikan masa yang sama - 24 jam. Lihat usahawan-usahawan yang berjaya, adakah mereka ada 40 jam sehari? Pada Sha yang penting adalah - tahu matlamat dengan jelas, set your priorities dan disiplinkan diri. Sha bermula sebagai part timer selama lebih kurang 2 tahun. Tetapi matlamat Sha masa tu nak cepat-cepat resign sebab malas nak kerja makan gaji so Sha betul-betul prioritikan masa & disiplin ikut planning yang mentor dah tetapkan, Alhamdulillah itu lah yang mengekalkan Sha dalam bisnes sampai sekarang hampir 4 tahun. 
        • Tak Nak Ambil Risiko

        Ni pun alasan Sha masa tu, tapi sebenarnya apa jua kita buat ada risiko. Kita tatau pun masa kita jalan elok-elok nak pegi lunch tapi tup-tup terpeleot masuk longkang?? Hidup macamana pun penuh dengan risiko tapi serahkan atau tawakal sepenuhnya pada Allah. Allah nampak kesungguhan & usaha kita inshaAllah bila kita betul-betul yakin denganNya tiada risiko atau bahayanya buat bisnes. 



        Jangan sabotaj diri kita sendiri sedangkan setiap dari kita Allah dah jadikan ada keistimewaannya tersendiri. Jika kita boleh kata tidak pada orang lain, kena juga KATAKAN TIDAK pada diri sendiri yang banyak berikan alasan untuk berjaya. 

        opss! Just nak share something yang pernah mentor Sha share "kita selalu doa untuk Allah murahkan rezeki, tapi bukan lah terus dapat duit atas sejadah. Tapi Allah convertkan rezeki tu dalam bentuk peluang. So, gunakan lah peluang yang ada untuk kita terus berusaha mendapatkan rezeki yang diredhaiNya inshaAllah"

        Moga anda lebih berjaya mencapai impian anda!



        If you like this post and think it would be valuable to your followers, share it for me, would you? ;)
        Katakan TIDAK Pada Diri Anda

        0 comments:

        Post a Comment

        Thanks for dropping by. Let me hear from you.