Next Free Trip.. Bangkok & Pattaya! Yeayyyy

Thursday, November 21, 2019 Sha Khalid 0 Comments

Salam n good morning uolss..

Alhamdulillah excited ni sebab company baru je bagi invitation trip Bangkok & Pattya. Dijangkakan trip ni bulan Januari tahun depan, so tak lama lagi dahhhh 😍😍. Dah boleh bayangkan keseronokan melancong bersama SHOM.



Bangkok & Pattaya memang tak jauh dari Malaysia tapiiii tak jauh pun Sha pun tak pernah sampai lagi. Sebelum ni rancang jugak dengan hubby nak pegi sendiri Bangkok. Kami ni memang suka travel. Nak tengok tempat orang, rasa makanan berlainan dgn Malaysia, feel duk hotel kat sana, macam2 lagilah nak experience tempat orang. Tapi company dah bagi free trip ni apa lagi. Seronok ganda 10 la kami.

Alhamdulillah Bangkok atau lebih tepat Thailand adalah negara ke-11 trip bersama company. InsyaAllah more to come. 

Company dah bagi itinerary Bangkok & Pattaya. Sooo, ke mana kita?

Joms tengok apa yang menarik kat Bangkok nanti...


Hotel di Kawasan Pratunam

InsyaAllah setakat ni Sha pegi trip company hotel tak pernah mengeciwakan. Sekurang-kurangnya company sediakan hotel 🌟🌟🌟🌟. Memang seronok la duk area ni sebab tempat syurga membeli-belah kat Bangkok. Macam-macam ada kat sini dari branded items sampai la ‘bargained’ items di night market diorang. Kena banyak allocate bajet shopping dah ni... 😍😍

Antara tarikan kat sini adalah Pratunam Market yang buka 24 jam uolss.. Boleh bayangkan kami akan ulang-alik pegi sini. Confirm la kawasan besar kan dan tempat ni boleh dapat harga wholesale! Fuhhh seronoknyee..


Noong Nooch Tropical Garden



Taman ni salah saru tarikan menarik kat Pattaya. Ada persembahan kebudayaan, taman dengan pelbagai tema, pokok bunga dan orkid pelbagai jenis.


Pulau Coral



Ikutkan info yang Sha dapat, maybe ada aktiviti snorkeling kat sini. Seronoknyeeee.. 


Icon Siam



Antara shopping mall terbesar di Bangkok terletak di tepi Sungai Chao Phraya. Ambience, landscape, luxury boutiques, makanan.. wahhhh tak sabar nak pegi sana!


Ratchada Train Night Market



Yang ni salah satu night market terkenal kat Bangkok. Nak merasa suasana kat sini. Maybe boleh jugak grab local products yang jual kat sini kan.


Damnoen Saduak Floating Market



Haa.. kat sini nak tengok dan feel macam mana penjual menjual barangan diorang atas air dalam sampan je. Ni pun pengalaman baru bagi Sha.


Platinum Mall



Tempat bargain shopping dengan harga wholesale. Menarik jugak tempat ni. Nanti kita tengok berapa harga barang-barang kat sini ye.

Itu la so far yang company letak dalam itinenerary. Kebiasaannya, yang company list main places yang akan pergi. Maybe ada tempat lain yang company akan bawak jugak.

Dan tak masuk lagi kami explore sendiri. Wahhh.. tak zabar sangat ni nak pegi. Rasa macam lambat je nak sampai bulan Januari 2020.


You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.