Matlamat & Impian

Thursday, August 18, 2011 Sha Khalid 0 Comments


Morning uolss..semlm cuti Nuzul Quran & Alhamdulillah appointment business back to back from morning..bila diingat balik sha bukannya jenis yang mcm ni..mmg biase cuti dah set nak golek2 dgn anak2 or tak pon nak tawaf satu One Utama or The Curve..tp bila berbusiness ni sha rasa mmg byk dah berubah..dan perubahan tu pon sebab sha dah ade Matlamat & Impian yang dah sha set in mind..what ever it is aku mesti capai apa yang aku dah impikan..Alhamdulillah bila kita fokus pada impian & matlamat,  ALASAN mmg tak boleh nak lawan ..so sha nak share good info kat sini utk tatapan semua :)

Matlamat memberi motivasi dan motivasi memberi tenaga kepada kita semua, untuk :

1. Melakukan apa yang mesti kita lakukan

2. Melakukannya ketika ianya patut dilakukan

3. Melakukannya samada kita suka atau pun tidak

Tanpa matlamat yang jelas, tiada apa yang jelas akan berlaku.



Yakin dan percayalah bahawa kita sebenarnya boleh mencapai lebih daripada apa yang kita percaya kita boleh lakukan. Dengan menambahkan sedikit usaha lebih daripada kebiasaan kita akan mencapai hasil yang lebih dari kebiasaan.



Amat penting ialah mulakan usaha-usaha itu sekarang.



Yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang gagal bukanlah kerana yang berjaya meletakkan matlamat yang lebih tinggi berbanding dengan yang gagal. Semua orang ingin berjaya.





Mereka yang berjaya sebenarnya bersungguh-sungguh lebih lama berbanding dengan yang gagal. Mereka berjaya sebab mereka bersungguh-sungguh berusaha sehingga mereka dapat apa yang mereka mahu.

“The secret of getting ahead is getting started. The secret of getting started is breaking your complex overwhelming tasks into small manageable tasks, and then starting on the first one.”
-Mark Twain
*all pic google from here



You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.