Showing posts with label Bisnes Premium Beautiful. Show all posts

FREE trip ke Istanbul Turki : Business Achievement

Assalamualaikum & Salam 4 January 2023 

Syukur Alhamdulillah penutup 2022 dapat berita gembira daripada SHOM (Sahajidah Hai-O Marketing) yang Sha salah sorang dari qualifiers trip percuma ke Istanbul, Turki.

Alhamdullillah...

Untuk yang baru jadi pembaca blog Sha, actually free trip ni antara salah satu benefit yang kita akan dapat sebagai seorang usahawan SHOM. Kalo sebelum pandemic dulu 2 kali setahun SHOM akan bagi free tiket melancong ke luar negara ni. Dan last trip yang Sha pergi before pandemic ialah Bangkok & Pattaya. Lepastu dah pkp 2 trip Sha qualified iaitu CLUB MED Cherating & Jeju Island. 

Ok back to cerita Istanbul ni, inshaAllah kami akan terbang ke Istanbul pada 10 Februari 2023. So, nanti ada kesempatan Sha akan kongsi moments di Istanbul ye inshaAllah

Mengikut plan SHOM, di bawah ni antara tempat-tempat yang akan kami lawati nanti ...tengok poster yang company share ni pun dah rasa sangat-sangat teruja..mana taknya trip ni memang fully sponsored dari tiket flight, hotel, makan, dan semua aktiviti termasuk hot air balloon. Memang bawak duit poket untuk shopping kat Istanbul je...Alhamdulillahhh 

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak engkau dustakan?" -Surah Ar-Rahman

Sebab tu Sha memang sangat-sangat bersyukur dengan peluang berbisnes dengan SHOM ni, nikmat melancong percuma tengok bumi ciptaan Allah...Subhanallah Allahuakbar memang sangat menakjubkan


Yang Sha sangat teruja ialah nak bermalam di Cave Hotel 

Hot air balloon ni antara tarikan Cappadocia, dan semua ni termasuk dalam pakej tak perlu keluar duit utk bayar tiket Allahuakbar

Hagia Sophia, Blue Mosque, Topkapi palace & Bosphorus cruise

InshaAllah semoga Allah izikan Sha & suami dan SHOMpreneurs semua untuk sampai ke Istanbul February, 2023 nanti.

Yang memang kaki travel, next free trip ialah ke Bandung Indonesia surgaaa shopping untuk para wanita ni ...jommmss korangg mula langkah pertama 2023 dengan buat extra income dan dapat FREE TRIP ke BANDUNG INDONESIA, yang penting bisnes TANPA MODAL & TANPA SIMPAN STOK. Boleh Wassap Sha anytime nanti Sha boleh kongsi details untuk uols mulakan bisnes ok - 01137758674

Latest Testimoni Premium Beautiful

Assalamualaikum & good morning semua.

Harini Sha nak share beberapa testimoni Premium Beautiful yang Sha dapat dari customers yang beli corset PB ni.

Alhamdulillah untuk segala feedback yang positif yang dapat dari mereka. Semoga testimoni ni juga menjadi pendorong untuk yang nak pakai corset Premium Beautiful ni.


Alhamdulillah kakak ni dah pakai 1 set sebelum ni, cari Sha untuk beli set ke 2 dan dah pun booking untuk set ke 3. Yup..uols boleh booking dulu untuk dapatkan harga 50% tu sebab bulan ni dah last promo.



Adik ni kurus kecil je, cari Sha sebab nak pakai corset Premium Beautiful ni lepas keguguran. Masa Sha jumpa dia ni baru nak check up sebab ada bleeding. Alhamdulillah tau je keguguran terus pakai PB ni untuk support rahim. Semoga diizikan Allah adik ni berjaya pregnant lagi.



Customer ni pun jenis tak gempal sangat. Suami memang suruh dia konsisten pakai PB ni. Suami suka isteri cantik bergaya gitu.



Ni customer cum biz partner. Ex-stewardess, memang menjaga penampilan. Dah biasa pakai corset, cuma sekarang baru cuba corset Premium Beautiful. 

Rupanya dia share dengan Sha, stewards or stewardess memang kena pakai corset or anything yang boleh support rahim tu. Sebab troli yang dorang tolak tu sangat berat. Her friend masa bertugas tengah tolak troli tu rahim tu jatuh Allahuakbar memang horror sangat kan. 

Bila fikir macam2 risiko kerja yang kita tak tau kan. Tapi elokla kita perempuan ni yang angkat benda berat atau buat kerja berat pakai laa corset or something yang tampung bahagian rahim kita. Long girdle PB ni inshaAllah boleh membantu.

If nak free fitting & untuk dapatkan ukuran boleh wassap Sha ye. Masih sempat lagi untuk grab promo 50%




Sha Khalid

Melbourne Penuh Memori Manis

Alhamdulillah Sha dan team dah selamat sampai Malaysia. 

To be honest trip Melbourne ni memang sangat2 best, terlalu best. 

Bila di throwback balik. Rezeki Allah bagi kat Sha peluang melancong percuma ni melalui corset Premium Beautiful 8 tahun yang lalu. Dan Alhamdulillah masih lagi bersama corset Premium Beautiful.



Premium Beautiful di Kota Melbourne 🇦🇺


InshaAllah next post Sha akan share places yang Sha pegi semasa di Melbourne. Mungkin membantu untuk uols yang memang nak ke Melbourne. 

Sha juga nak ajak sahabat2 yang memang minat travel untuk join this beautiful journey. InshaAllah with the right team, right guidance you won’t regret.

Now ada free trip ke Bangkok-Pattaya. Dan trip ni memang khas untuk new comers. Let’s have a chat mana tau ni peluang untuk uols pulak coz we never knew our destiny 😘

If ada soalan regarding PB boleh wassap Sha yek 
wasap.my/601137758674/pb

I Will Be Away On Melbourne, Australia Trip

Assalamualaikum & good morning everyone 😘

Alhamdulillah harini Sha & MMG team akan berangkat ke Melbourne, Australia 🇦🇺 

Yeeaaaayy actually Melbourne ni memang trip yang Sha tunggu2 sangat sebab nak tengok penguins 🐧 hahaa Alhamdulillah




Free trip ni actually memang reward yang company bagi & fully sponsored dari flight ticket, accommodations & semua laa even duit shopping pun  dapat dari monthly bonus bisnes.

Ok untuk yang nak beli Premium Beautiful dengan Sha jangan risau, uols still boleh WhatsApp Sha. Tak lama pun Sha pegi seminggu je. Dan inshaAllah untuk  customers tersayang ada special gift dari Melbourne untuk uols 💋





Orite anything do wassap Sha 
wasap.my/601137758674/pbpromo untuk dapatkan promo 50% off tu ye

Bengkung Berpantang Premium Beautiful less 50%

bengkung premium beautiful


Alhamdulillah berita baik untuk ibu-ibu yang nak berpantang, ini masa yang terbaik untuk grab Korset Premium Beautiful sebab ada 50% less untuk Premium Beautiful sehingga 30/6/2019 ni 😍

The best thing is kalo uols masih pregnant 🤰 dan nak grab offer sekarang, takde masalah, sebab kita boleh tukar size kemudian. Once uols deliver & try, size tak betul either ketat or longgar boleh tukar ke size yang sesuai dengan badan uols sekarang.

Ni contoh customer Sha yang dah grab offer sebelum ni dan dah deliver. Alhamdulillah. Bila try Premium Beautiful dah longgar. So, just pulang pada Sha dan Sha tukarkan size baru. 

testimoni berpantang premium beautiful

So, ibu2 mengandung boleh wasap Sha kay untuk grab offer ni. Memang mudah & lebih berkesan kalo kita berpantang dengan Premium Beautiful corset.

Sha sendiri dulu Berpantang Dengan Premium Beautiful. If nak tahu, klik pada link tu ye. Sha ada share experience kat situ.

Anyway uolss, nak dapatkan offer ni terus call/whatsapp Sha ye.

Love,

Sha Khalid




Tips Pilih Korset Untuk Sihat & Shaping

Assalamualaikum & happy working uols ❤️

Baru-baru ni viral posting kat twitter keburukan memakai korset. Sebenarnya posting tu lebih kepada pemakaian bengkung yang melibatkan masalah:

1. Susah bernafas
2. Radang kulit/rashes
3. Pedih ulu hati disebabkan asid daripada perut
4. Lebam
5. Kebas

Secara amnya, masalah-masalah di atas boleh berlaku sebab pemilihan saiz yang salah. Setiap kita mempunyai bentuk badan yang berbeza-beza. Sama ada kita ada saiz yang besar atas, tengah atau bawah. Itu sebab wujud kategori bentuk badan pear, rectangle, inverted triangle, hourglass dan round. Sebab tu, penting untuk pakai korset yang ikut bentuk badan kita.

Jadi, macam mana untuk pilih bengkung/korset untuk elakkan masalah pada kesihatan? Kat sini Sha share beberapa tips:




1. Jangan Pilih Bengkung Yang Terlalu Ketat

Fungsi utama korset  (terutamanya Premium Beautiful) pada permulaannya adalah untuk alihkan lemak-lemak ke tempat-tempat yang sepatutnya. Pada orang yang baru pakai korset bukan untuk terus nampak ramping. Alihkan dulu lemak-lemak supaya tidak menggelebeh. Selepas sebulan pakai korset, lemak-lemak akan lebih kejap dan tidak menggelebeh.

Sebab tu pada customer yang baru, Sha akan advise jika rasa susah nak bernafas atau rasa terlalu ketat, tukar kepada saiz yang lebih besar sedikit.

2. Pilih Bengkung/Korset Yang Boleh Laras

Sebelum beli apa-apa bengkung/korset tengok dulu ada cangkuk yang boleh adjust ikut saiz yang semakin mengecil. Buat permulaan, cangkukkan pada cangkuk bahagian luar. Lepas rasa semakin longgar, boleh alih kepada cangkuk lebih dalam. Biasanya cangkuk ni pada bahagian belakang atau tepi bengkung/korset.

3. Pilih Bengkung Yang Ada Support Belakang

Bengkung yang bagus akan support tulang belakang si pemakai. Ciri ni amat-amat bagus untuk bagi postur badan yang tegak yang dalam jangka panjang menjaga tulang belakang dan elakkan sakit belakang. Biasanya dalam bengkung tu akan ada tetulang yang tak mudah patah.

4. Pilih Korset Yang Shaping Seluruh Badan

Kesilapan pemakai korset bila hanya pakai bengkung sahaja. Bila macam ni, lemak akan tertolak ke bahagian atas dan bawah. Hasilnya bahagian breast dan punggung menjadi besar dan shape badan tak seimbang. Tak cantik kan bila shape badan tak sekata disebabkan lelemak yang membonjol.

5. Pilih Korset Untuk Kesihatan Bukan Semata-mata Sebab Harga Murah

Buat research dulu. Pilih korset yang ada ciri-ciri kesihatan. Elakkan pilih disebabkan harga yang murah. Sebabnya badan kita nak guna jangka masa yang lama. Jika pilih yang murah tapi bagi kesan buruk memang tak berbaloi pada diri sendiri. Korset yang terlalu murah tidak akan menekankan kebaikan jangka panjang, kesihatan, reka bentuk, dan material yang digunakan. Salah satu tanda sesuatu korset tu baik ialah dah ramai yang memakainya tanpa sebarang masalah yang serius dan dah lama bertahan dalam pasaran. 

Itu saja yang Sha nak share untuk Tips Pilih Korset Untuk Sihat. Hopefully bermanfaat untuk uolss semua. Apa-apa pun sebelum buat sesuatu keputusan, ambil masa dan buat research dulu.

If ada sebarang persoalan boleh drop komen atau contact/whatsapp je Sha ye.

Sha Khalid

Premium Beautiful Petaling Jaya

Alhamdulillah harini dapat jemputan dari sahabat Instagram untuk nak beli Premium Beautiful. Maka duduklah kami di pantry untuk fitting dan share tentang Premium Beautiful kepada 2 orang sahabat ni.



Alhamdulillah ramai pakat nak grab Promosi Premium Beautiful Ramadhan & Raya Sale ni. Sebab uols akan jimat 50% untuk Long Girdle Premium Beautiful. 

Untuk uols yang nak promo ni, Sha boleh datang your office or rumah untuk free fitting dan free consultation. So, boleh la pakat dengan kawan-kawan yang nak Premium Beautiful ni dan Sha akan consult apa size yang sesuai dan pakej mana yang sesuai. InshaAllah bayaran secara Cash, Credit Card & Ansuran Sha sediakan. Jangan risau tau sebab ready stocks semuanya. Bayar je uols terus dapat corset.


Boleh klik link wassap untuk direct wassap Sha ye wasap.my/601137758674/nakPBoffer

Short Bra Premium Beautiful

Hi

Harini Sha nak share latest testimoni customer yang dah pakai Short Bra Premium Beautiful. Alhamdulillah positif feedback 😊

“Br**** terletak elok, ko gerak macamana pun maintain je tak gegar” - Pengguna puashati pakai Short Bra

Seronok sangat sampai bulan ni nak order yang pakej Combo 2 Short Bra + 1 Long Girdle (50%)

Serious tak tipu yang tak penah pakai Short Bra PB ni wajib tau beli. Harga setanding Triumph, Xixili tapi kualiti & service lifetime.  Value for money  💵 



Yang tak pernah pakai lagi PB Short Bra ni wajib beli tau. Memang puas hati sangat-sangat. Macam pengalaman Sha sendiri kalau bra memang sedap pakai xixili je tapj harga ya Ampun jugaa.. tapi Alhamdulillah sejak pakai short bra PB ni memang tak beli dah Xixili.

Apa yang best Short Bra PB ni?
✔️Full cup - tak ada lagi masalah breast terkeluar dari paksi bagi wanita yang mempunyai daging dan isi yang banyak kat bahagian dada..🙂

✔️Melekap di badan dengan bahagian tepi menampung lebihan lemak bawah ketiak. Takderlah menggeleber je isi dada sampai melempah ke tepi.

✔️Tali bra yang lebar - fuhh!!! rasa confident jer kalau melompat bagi yang aktif bersukan sebab ia menampung KUAT jika berlaku gegaran. Hehehe...betul! selesa untuk pakai masa jogging dan aktiviti lompat2!!

✔️Lace yang cantik menampilkan ciri-ciri ekslusif bra ini untuk penampilan anggun seorang wanita.

✔️Fabrik kuasa serapan optimum menyerap peluh dan telus udara. Konfem tak panas dan boleh pakai seharian. Ini terbukti sebab bila  express breastmilk tapi tidak melekit dan tidak busuk

✔️Lifetime warranty service so sangat berbaloi-baloi

✔️Function FIR sama seperti fungsi Long Bra

Yang nak beli Short Bra ni sama juga macam Long Bra kena ukur dulu, nanti bagi Sha ukuran Upper Breast & bawah 
breast

Salam Ramadhan 1440H

Assalamualaikum 

Dikesempatan yang ada ni Sha ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua yang membaca blog sha ni :) 

Ampun maaf jika ada tersalah tulis. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih berkualiti dan semua amalan2 baik kita diterima oleh Allah SWT. Amiin



Sempena dengan bulan Ramadhan ni Sha ada buat special price untuk Premium Beautiful corset. InshaAllah nanti Sha akan share di next post ye. 

Selamat Berpuasa semua 🥰

Kenapa Sha Pilih Bisnes Premium Beautiful

premium beautiful bisnes sha khalid

Assalamu'alaikum n good morning uolss...

Harini nak share pengalaman bisnes Sha sendiri. Hopefully boleh jadi panduan untuk uolss ye. Sha percaya ramai kat luar sana yang terfikir-fikir nak buat bisnes especially yang masih bekerja. Tak kira la apa sebab masing-masing. Ada yang teruja tengok orang lain berbisnes. Ada yang percaya boleh buat duit lebih banyak dengan berbisnes. Ada yang nak cari extra income untuk family.

Percayalah Sha pernah alami apa yang uolss rasa. Sha sendiri bermula bisnes Premium Beautiful ni secara part time. Masa tu masih bekerja kat IBM sebagai Quality Engineer. Basically kerja Sha masa tu adalah perform testing untuk software yang developed by software development team. Team kitorang la bagi greenlight sama ada satu-satu piece software tu boleh release atau tidak.

Rutin harian Sha akan dapat notification daripada development team untuk perform testing bila ada build release. So kena la setup environment yang sesuai untuk testing build tu. Satu-satu piece tu berlainan testing environment, biasanya operating system (OS) dan version ikut yang diminta oleh development team.

Tu kisah lebih kurang 4 tahun lepas tapi still boleh ingat lagi hehe..

Actually Sha start bisnes masa still bekerja la so kena bahagi masa antara kerja dan bisnes part time. Apa yang Sha buat ialah setting minda kerja 9 to 5 adalah untuk kerja. Lepas tu adalah masa untuk bisnes. Kena la korban masa sebab dalam tempoh ni adalah masa untuk develop bisnes. Modal paling berharga untuk sesiapa yang buat part time adalah MASA. So kena pandai manage masa yang ada. 

Masa mula-mula bisnes memang biasa balik malam pukul 10-11 malam dan spend masa weekend untuk bisnes. Macam Sha cakap kat atas, memang kena korban masa. Tak boleh macam orang lain sebab Sha ada impian Sha sendiri yang Sha nak capai melalui bisnes.

Masa mula-mula bisnes Sha syukur sangat sebab husband memang bagi support. Jadi nak bergerak ke mana-mana memang mudah.

Sha juga bersyukur sebab Sha bermula bisnes gunakan blog dan followed by social media facebook dan Instagram. Bisnes jadi mudah sebab Sha boleh capai lebih ramai orang, tak limited oleh lokasi. Sha boleh capai satu Malaysia dengan mudah. Sebab tu kena manfaatkan blog dan social media untuk semua usahawan kat luar sana.

Sha bermula dengan produk Premium Beautiful dan masih dengan produk ni sampai sekarang.

Premium Beautiful sudah lebih 20 tahun dalam pasaran. Carilah sesuatu produk yang sudah bertahun-tahun dalam pasaran dan masih bertahan. Itulah produk terbaik untuk berbisnes. Boleh kita mula dengan produk yang baru, memang tempting, tapi adakah produk telah teruji dalam pasaran? Sesuatu produk juga alami kesan turun naik ekonomi. Jika lebih 20 tahun bertahan dengan turun naik ekonomi, itu adalah produk yang bagus.

Ilmu dan support juga amat penting. Sejak mula bisnes Sha memang diterapkan dengan ilmu cara bagaimana untuk kembangkan bisnes dan ilmu mengenai produk. Apa yang kita belajar di universiti dan apa yang kita belajar di tempat kerja tak sama. Kedua-dua tempat ni ajar kita untuk BEKERJA bukan untuk JADI USAHAWAN. Jadi sesiapa yang nak berbines mesti sanggup untuk belajar selok-belok bisnes. Ilmu bisnes ni tak susah sebab Sha ada mentor-mentor yang dah terbukti berjaya. Mereka ni sudah lebih 10 tahun dalam bisnes. Yang penting Sha ada tempat untuk rujuk. Lebih cepat untuk berjaya bila kita ada mentor.

Hopefully apa yang Sha share ni bagi manfaat untuk uolss. Sha recap apa formula untuk berjaya dalam bisnes ikut pengalaman Sha sendiri:

MANFAATKAN ONLINE
KORBAN MASA
CARI PRODUK YANG TERBUKTI
KUATKAN ILMU
CARI MENTOR

Ok la uolss. Selamat berjaya dalam apa yang diceburi. If uolss nak tahu lebih lanjut mengenai bisnes Sha terus je Whatsapp ye 011-37758674 (wasap.my/601137758674) atau fill up je Contact Form.