Showing posts with label tips. Show all posts

Tips Persediaan Untuk Hari Bahagia

Salam n good morning uolss..

Harini excited nak share few tips untuk bakal-bakal pengantin. Sha pasti ada yang sedang buat persiapan untuk wedding kan. Atau ada dalam family yang bakal mengikat ikatan yang sah tahun ni. Biasanya sekarang ni tengah rancak buat persiapan sebab tak lama lagi dah nak cuti sekolah. 

Jadi, Sha nak share few tips untuk kelihatan cantik dan menawan di hari bahagia. Biarlah hari bahagia jadi momen paling indah yang akan dikenang seumur hidup.

1. Jaga Kesihatan dan Pemakanan

Walaupun hari bahagia ada beberapa bulan lagi, mesti jaga kesihatan dan pemakanan dari sekarang. Pastikan tidak berlaku masalah kesihatan dah dekat hari yang dirancang. Diet pun mesti jaga. Mesti nak nampak cantik baju terletak masa bersanding nanti kan.

2. Buat Persiapan Awal

Buat list apa yang perlu disiapkan dan tarikh bila nak selesai. Daripada kursus kahwin sampailah tempah tok kadhi jangan tertinggal satu pun. Biasanya tiada perancangan la yang menyebabkan stress dan jejaskan hubungan dengan orang sekeliling.

3. Buat Bajet dan Keep Track

Banyak belanja perlu guna untuk hari bahagia. Jadi pastikan buat bajet untuk semua item dan perbelanjaan. Stick pada bajet supaya tak terlebih belanja. Buat list dalam bentuk spreedsheet untuk jangkaan belanja dan belanja sebenar. If terguna duit untuk satu item, pastikan boleh adjust untuk item yang lain dalam list.

4. Libatkan Semua Orang dalam Persiapan

Jika diri sendiri yang buat semua benda, pasti akan letih kan. Jadi libatkan bakal pasangan dan ahli keluarga bersama-sama. Bahagikan tugas dan tanyalah antara ahli keluarga jika ada yang nak sponsor mana-mana item.

5. Enjoy The Journey

Hari bahagia cuma sehari (atau beberapa hari) tapi persiapan dibuat berbulan-bulan sebelumnya. Jadi, banyak perkara yang perlu dilakukan. Ambil masa untuk berehat dan tenangkan diri antara selang masa persiapan. Masa sehingga hari bahagia sepatutnya lebih merapatkan lagi hubungan antara keluarga, bakal pasangan dan keluarganya. Keep smiling and enjoy the journey.


Sempena meraikan bakal-bakal pengantin, Sha nak bagi offer satu set Premium Beautiful corset. Pastikan nampak cantik menawan di hari bahagia ye.

Premium Beautiful Offer Pengantin

Contact Sha ye untuk dapatkan offer ni
011-37758674

Untuk Readers Yang Disayangi

Salam uolls,

Sepanjang Sha berblogging ni Sha jumpa ramai orang sama ada secara online atau di alam nyata. Sha amat berterima kasih pada anda kerana meluangkan masa membaca segala tulisan Sha, yang kadang-kadang mengarut ntahapehapentah. :) Masa korang amat Sha hargai.

Sebagai menghargai korang semua, Sha create satu page, so korang boleh 'promote' diri sendiri atau blog korang. Pergi ke page ini, Sha letakkan instruction macam mana untuk 'promote' macam yang Sha bagitau. Happy blogging, and semoga kita semua dapat kenal lebih rapat lagi.

Love Pop




Sharing the secret ;-)

Wahhhh secret la sangat ko nyahhh...saje je kasi gempak sket tajuknya kann..arini kita cite bab kecantikan plak..bukan kecantikan badan tp muka yee...ewahhhh..actually ade yg tanya, ape skin care yg sha guna pastu nak mms gambar kt insan itttew asik la kebizian...sorry ye yang..sha upload kat sini je la eh kita tgk ramai2 ..hehe

Sha ni jenis suka tukar2 skincare ...jap rasa dah busan or rasa cam dah immune tukar yang lain..tak pon kalo terpedaya dgn iklan pegi beli yg lain hehe so product ni sha baru je pki dalam 5 bln camtu sbb b4 ni mak tak mampu uolss..Alhamdulillah skrg ni mampu la skekk... ok meh layan ape yg sha pakai.


Kalo mlm sha remove make up guna ni, cleansing water best sgt sejukkk je rasa

Pic googled sbb foam ni dlm toilet ;-) after remove make up pakai ni pagi & mlm 


Then apply Super Serum..dah 30an ni mmg kena pki serum.  Serum ni pon apply pagi & malam
Lps tu pki essence ni plak..yg ni pon bila apply kt muka rasa sejuk jee.. Sha suka dior sbb tak melekit so muka tak rasa rimas. Yg ni pon blh pakai pg & mlm.

yg ni moisturizer..pki siang je ..mlm kena pki night cream..tp sha tak bli pon sebab bkn sempat nak tempek muka mlm2 hihihi


Pastu Sha apply sunblock, ade 2 jenis tapi yg sha guna ni Translucent. Kalo kita jenis selalu outdoor sila pki sunblock k..kalo tak muka cepat nmpk kusam.

So before apply foundation, Sha pki ni Prep+Prime..bestt sgt sbb rasa cam flawless je.. auuww kossehh..
Pastu apply la segala foundation ke, bedak segala yg tu mak tak tunjuk la..kata pon skincare kannn hehe..sha apply semua2 ni dalam amount yg sikit je..tp so far mmg nmpk la kesan2 jerawat masa darjah 1 dulu pon dah takde..Super Serum tu yg plg best & berkesan..So sha akan bertahan dgn diorsnow ni insyaAllah smpi abes lepas tu sha dah plan nak pki Dior jugak tp yg range Capture Totale. Sbb sha dah try aritu yg Capture Totale mmg bestttt... ;-)

ok penutup ;) Just nak share Collagen yang sha baru try. Sbb my ofismate makan ni mmg nmpk kulit dia glowing je..mak ni suka tgk org kulit muka cantek2 ni..haha terus la terpedaya..yg ni sha dah try mmg rasa dia sedapppp..

Just nak share Siapa yang harus mengambil Collagen?

  • Berusia 30 tahun & ke atas  - yes
  • Sering terdedah di bwh sinaran UV - 50/50
  • Sering mengembara - ermmm ye kot ;)
  • Sering tidur lewat - yes
  • Bekerja syif malam - 80%
  • Penggemar minuman alkohol - owh no!!
  • Merokok - tak rasanya..haha
  • Penggemar kopi - ye jugakk
  • Selalu berada dalam suasana berhawa dingin - yes


So kesimpulan mmg kena amik collagen supaya kekal jelita haha..So ini la hasilnyaa....jommm kita try ramai2..kat farmasi area ofis sha RM129 satu box ni..kalo kat tempat lain RM159 kot..hehe 



Motivasi : Bangkit dari Kegagalan



Jom tgk video di atas..renungan utk kita bersama. Sha dapat dari facebook my top leader CDM Azlan Deraman..



"kegagalan bukanlah jalan buntu, bukanlah juga jalan sempit, tapi ia menjadi jalan menuju kejayaan"


Tips Murah Rezeki & Jauhi Kesulitan



Bangun pagi ni..mcm2 perkara bermain kt fikiran ni..aku mmg jenis camni...bgn tido je sure dh terpikir ape nak buat kat ofis karang..ape nak setelkan utk harini..aku ni mmg jenis suka pk sket..kdg2 menda remeh pon leh jagi menda besar...hehe..ok laa hari ni sha nak share tips utk murah rezeki & jauhi kesulitan..yelaa dlm hidup kita ni kena saling ingat-mengingati... :)

Pernahkah anda terasa suatu hari yang malang? Pernahkah anda mengalami kesulitan yang tidak berkesudahan?
Adakah anda rasa gaji anda tidak pernah mencukupi? Adakah anda rasa perniagaan anda tidak membuat keuntungan? Adakah anda letih berusaha tetapi tidak pernah berhasil?
 Sekiranya anda pernah mengalami salah satu situasi di atas, kisah berikut mungkin sesuai untuk dijadikan tips supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan oleh Allah s.w.t.
Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,
“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”
Tuan Guru menjawab sederhana,
“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”
Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.
Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasiannya juga selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum mesra. Air mukanya berseri.
Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, tanda-tanda di awal sesuatu pekerjaan yang berhasil adalah air muka yang ramah dan penuh senyuman.
Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula dengan perhubungan suami isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.
Tidak ada masalah yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Sebaliknya dengan hati yang tenang, fikiran yang segar dan wajah yang ceria, insya-Allah segala masalah dapat diatasi.
Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Wallahu a’lam.