Showing posts with label family. Show all posts

MMG Family Day 2018

Alhamdulillah, our year end activity berjalan dengan lancar dan jayanya. Ukhwah itu barakah. Ukhwah dalam bisnes MMG ni lah yang paling mahal dan rezeki paling berharga pada Sha melalui bisnes ni. Semoga silaturrahim antara kami MMGians akan kekal ke syurgaNYA..

Syukur Alhamdulillah 7-12-2018 kami semua gerak ke PD. We ols pergi berpicnic dulu kat Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. 

First time Sha sampai situ. Not bad pantai dia..tenang, tak kotor, tak ramai orang dan paling best anak-anak pun syok nak mandi manda. Sha ni tak suka crowded, so bila ada pilihan pantai yang aman memang akan ke situ.

Syok juga kat sini sebab ada Pulau Burung. Tapi al pelikk sebab tak de sekor pun burung ..hahha maybe burung persinggahan kot. Alhamdulilllah separuh hari juga la anak-anak berendam dalam pantai. Diorang memang happy gile sebab ada geng-geng ramai.













Our Family Day berlangsung di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Yang bestnya Eagle Ranch ni sebab memang specialist in Team Building. So, aktiviti semua dah tersedia kami just enjoy the moments. Malam ada BBQ, makanan memang superb sedap. Anak-anak pun enjoy dapat main game dan hadiah. Mak-mak pun happy dapat hadiah dari exchange gifts hehehe..

Our BBQ night 

Ni area Tepe
The next day 8-12-2018 before check out ada sukaneka dan acara kuak lentang untuk anak-anak. memang havoc la sukaneka ni haha sebab masing-masing nak tunjuk aksi. We had so much fun!












ALHAMDULILLAH...KITA JUMPA LAGI NEXT YEAR MMG FAMILY DAY DI LEGOLAND, JOHOR BAHRU & DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK. INSHAALLAH













Life : Small Change Big Impact

Salam Lebaran Sha ucapkan kepada semua readers. Rasanya tak terlambat lagi kan still dalam bulan Semoga Syawal. Semoga Syawal ini memberi seribu pengertian buat diri kita.

For sure semua orang ada pengalaman tersendiri Raya ni kan. Cepat betul masa berlalu sekarang. Habis Ramadhan, masuk Syawal. Tak lama lagi masuk Zulkaedah pulak. Pada Sha, bila tiba saat Raya sebenarnya hati rasa sayu sangat-sangat..sebab Sha tau bila bergema je takbir raya roh-roh simati akan pulang ke alam barzakh. Ketika ini lah rindu pada arwah Ayah yang Sha panggil Bak makin menjadi-jadi, tahun ni genap 7 tahun Sha beraya tanpa arwah. 

Actually bila Sha kenangkan dulu ketika arwah masih ada tak banyak yang Sha boleh beri pada beliau..tak kisah laa dari segi harta and kasih sayang. Arwah pergi mengadap Ilahi masa Sha 26 tahun and masa tu baru je khawin, hidup masa tu pun berbudget nak kasi pada dia lebih pun tak mampu. Seriously now bila Sha dah dapat semua ni terasa banyaknya jasa arwah yang Sha tak terbalas lagi. Rasa rugi juga sebab arwah tak dapat tengok kejayaan yang Sha kecapi sekarang.



Sekadar berkongsi dengan my blog readers. Duit memang bukan segala-galanya dalam hidup kita, tapi segala-galanya dalam hidup ni memerlukan duit even nak beli semeter kain kapan pun. Ibu bapa kita memang tak mengharapkan sikit pun duit anak-anak tapi sebagai anak Sha rasa tak salah untuk kita bahagiakan hati ibu & ayah. Sedihkan kalo jadi parents if anak-anak berkira nak bagi duit belanja untuk mereka and end up dorang sendiri bersusah payah untuk sambut hari raya. Nowadays macam-macam kisah kat kampung Sha dengar, adik beradik gaduh sapa nak keluar duit beli daging, sapa nak beli lemang, sapa nak belanja barang dapur and macam-macam lagilaa..and Sha bersyukur di kurniakan rezeki yang boleh dikongsi dengan Mak & adik-beradik. Dan bila difikir balik diorang semua jadi macamni because of diorang sendiri tak ada budget yang cukup untuk berbelanja thats why diorang berkira.

Sha selalu terfikir sendiri, selagi ada umur Mak akan cuba bahagiakan beliau bukan dengan harta tapi dengan kesenangan perasaan. Actually bila tak ada duit perasaan pun boleh terganggu tau..agree?? in shaa Allah selagi ada tulang 4 kerat ni Sha akan terus berusaha & bekerja keras untuk bantu & gembirakan hati Mak selagi ada hayat beliau. Kalau dulu masa arwah Bak ada Sha hanya mampu chip in RM1000 untuk belanja Bak & Mak menunaikan Haji di Mekah now Sha berdoa pada Allah semoga ada rezeki & umur Sha untuk bawa Mak tunaikan umrah bersama-sama pula. In Shaa Allah semoga doa Sha dimakbulkan Allah.

Dalam kita mencari rezeki jangan lupa sentiasa minta Mak or Ayah doakan kejayaan kita, selagi mereka masih ada. Ini kerana doa ibu bapa sangat-sangat mustajab dan tiada hijab. Mudah-mudahan dengan berkat doa Ibu Bapa kita berjayalah kita di Dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. In shaa Allah..amin




I'm a Proud Mommy

Salam Ramadhan

How's your Puasa so far? In shaa Allah semoga semua urusan kita dipermudahkan.. harini nak share about my son, Syafi..for sure all mommies out there yang anak-anak dah umur 5 tahun ke atas dah start ajar puasa kan? Sha baru je ajar Syafi this year, which is umur dia 7 tahun la..last year try ajar.. tapi tak berjaya maybe more to kesian kot..sebab still pre-school and school provide food so takut dia meleleh ayaq liuq hehe

So, this year Syafi dah start puasa and Alhamdulillah dah 10 hari puasa baru missed 2 kali tu pon because of Mommy :(( haish..i donno nak describe feeling loser tu macamana..tapi yes im felt like loser bila tak jaga sahur and Syafi tak dapat puasa...masa tak jaga sahur tu Syafi siap nak puasa lagi and dia berjaya abiskan 1/2 day but after came back from school dah melepek...and my hubby pun suruh je dia buka...pity him.. huhu

Syafi & Syakir
Experience first dia puasa agak mencabar actually, memang nampak dia letih gile & fighting..we all memang tak buat pendekatan nak bagi duit raya or whatnot sebab husband Sha tak bagi ...kalo ikot Sha ok je heheh...dia just semangat nak puasa sebab tengok Upin & Ipin puasa haha pengaruh cartoon sungguh...ok back to story, kebetulan first day puasa tu cuti sekolah agama then balik rumah dari sekolah rendah memang tidur jeee...and BEHAVE..haha Syafi bukan jenis yang reti nak duduk diam..tapi actually for me Puasa ni memang sangat-sangat bagus untuk budak yang aktif..So far bila Syafi puasa dia akan behave, tak melompat-lompat, tak kacau adik, makan pun banyak and rajin siapkan homework awal..Alhamdulillah..

Tunggu mommy shopping masa kat Hong Kong

One thing bila Syafi dah puasa mommy pun bertukar sifat hehe..Sha jenis yang garang compared to husband yang cool. So bila dia puasa ni pun jadi kesian nak garang so mendidik diriku juga jadi cool haha..in shaa Allah..and the best part masa buka puasa. Syafi akan makan banyak compared to normal day. Syafi is not the type of budak-budak yang pemakan, tapi bila dia buka memang akan makan banyak so buat kita as a mom rasa happy & sedih..ke aku sorang yang touching tatau laa..but tu yang Sha rasa..Rasa proud dia boleh habiskan satu hari puasa, dia boleh makan banyak apa yang Sha masak and dia akan behave seharian bila puasa...and bila jadi macam ni memang Sha akan make sure boleh buka sekali dengan dia and tanak dia buka puasa kat Taska sebab tau keadaan dekat situ macamana...



Yeah 20 days to go and hopefully Syafi boleh abiskan puasa hingga ke akhirnya & Mommy kena make sure dia bangun for sahur in Shaa Allah...and I'm sure all mommies out there pun bangga dengan anak masing-masing yang dah start puasa & tak ponteng puasa lagi...in shaa Allah semoga kita boleh menjadi mommy yang terbaik untuk our kids...







Hong Kong Trip

Alhamdulilllah, last week our family with Hanis's family went to Hong Kong. Seriously sangat-sangat seronok sebab dapat bawa anak-anak pergi trip ni. Although we only decided at the last minute for this trip, but it was really worth it. Thanks to Hanis and family for being the awesome trip partners. Anak-anak pun really enjoy themselves.

Syukur jugak sebab balik dengan selamat. Actually mula-mula teragak-agak juga nak pergi this trip sebab China dilanda wabak selsema burung, especially kali ni pergi dengan anak-anak. Tapi tawakkal je.

Flight
Sebelum pergi this is the first thing we surveyed. Semua la survey, MAS, Airasia, Japan Airlines, etc. At last dapat flight Cathay Pacific, with quite a reasonable price. To be honest, at first Sha macam underestimate Cathay Pacific, assume macam flight biasa je. But, I was totally wrong! Cathay Pacific is much much better compared to other 5 Stars Airlines yang Sha dah pernah naik ;-)  Seat sangat comfortable, in flight  entertainment menarik, served Muslim food & friendly flight attendance. And the most importantly, Syafi & Syakir selesa boleh belunjur kaki & tidur selesa.. KUDOS to Cathay Pacific!

Syafi n Syakir really enjoyed the flight.

The spacious and cozy Cathay Pacific

Accommodation
Secondly, cari hotel untuk stay sepanjang 6 hari 5 malam di Hong Kong. Disebabkan agenda utama adalah untuk shopping dan visit Disneyland Hong Kong, so we decided to stay 4 nights area town and 1 night kat Hollywood Hotel Disneyland. Semua last minute booking tapi thanks to Hanis sebab recommend The Kowloon Hotel, just walking distance to MRT station, Harbour City, The Peninsular and most importantly easy access to Halal restaurants. Sha dengan Hanis memang tak habis-habis berulang ke Harbour City. Haha best gile... dedua kaki shopping and tak rasa penat berjalan.. tapi seriously enjoy.. balik Malaysia baru rasa lenguh kaki & sakit badan :)

Hollywood Hotel Disneyland pun menariks. Very spacious room and bilik ada theme Mickey. Nak makan pun senang. Ada swimming pool & playground kalo nak bagi anak-anak enjoy kat hotel. Overall rasa tak puas stay kat Hollywood Hotel Disneyland.

The Kowloon Hotel lobby. I like the unique chandeliers.

Our room at Hollywood Disneyland Hotel. Kids really liked it. Overlooking the window was the park. Boleh tengok fireworks dari bilik kalau nak selesa.

Shopping
The best part bila dah sampai Hong Kong ialah SHOPPING!!! Still boleh ingat masa first time jejakkan kaki kat Harbour City 2 tahun lepas memang rasa tak cukup masa. Tapi kali ni memang betul-betul puas. Masa kat Harbour City first yang Sha cari ialah NARS make up, memborong 4 lipstick, 2 eyeshadow, loose powder & foundation. Lepas tu memang plan nak shopping baju raya for both kids & husband. For me Hong Kong is the best place to shop in Asia. GAP, Zara, Club Monaco, Fred Perry, DKNY and many more la semua murah!!! Kalo bawak 10k memang sekejap je habis duduk dalam Harbour City tu haha. Selain Harbour City tempat best nak shopping is Citygate Outlet  Tapi Sha tak sempat pergi just dengar experience from Hanis memang best. InshaAllah next time..


From The Kowloon Hotel to Harbour City, 6 min walk. I LIKEEE. :)

Ocean Park
Ocean Park is a must place to go while in Hong Kong. We all spent one day at Ocean Park. From The Kowloon Hotel naik MRT kat Tsim Sha Shui, only 1 station to Admiralty. And then ada shuttle bus to Ocean Park. From the MRT station, ada sign board ke tempat shuttle bus tu, Citybus Route 629. It was about 20 minutes journey to Ocean Park. Kat Ocean Park, ada 2 area. Boleh naik cable car atau Ocean Express (train) from 1 area to the other. Syafi and Syakir suka sangat sebab masa sampai naik cable car and masa nak balik naik train. The main attraction kat sini adalah aquarium dia. Actually kat sini kalo Syafi & Syakir dah besar lagi best sebab boleh naik semua ride. Sha & Hanis sempat la naik The Rapids dekat Rainforest Park. If dekat sini Sha advise u all makan la dulu kenyang-kenyang sebab susah nak dapat food. From entrance nak ke McD agak jauh we all bawak budak-budak dengan masing-masing dah cranky so letih juga la...

Baru sampai di Ocean Park

Some of the moments kat Ocean Park

Victoria Peak
Lagi satu tempat yang mesti pergi adalah Victoria Peak, salah satu puncak tertinggi di Hong Kong. Nak sampai ke sini, we all took Star Ferry dari Victoria Harbour ke Hong Kong Island. Dari sini, naik teksi ke tram station untuk naik ke puncak. We all bertolak petang, and sampai dalam pukul 6 kat puncak. Naik tram pun another exciting experience, sebab mendaki puncak 45 degrees, so bangunan semua nampak condong. Sampai kat atas, we all waited for the Harmony of Lights that started at 8pm, sambil lepak kat Cafe Deco. If nak masuk Madame Tussaud pun boleh tapi Sha tak masuk pun..just beli souvenirs kat sini.

View from the top of Victoria Peak. Ada shoplots like mall here.

Another view during the night

Inilah Madamme Tussauds kat atas tu

Cute tak kami.. Heheh. Syafi, Haris and Haikal.

Hong Kong Disneyland
Yeayyy the main attraction if datang Hong Kong of course laaa Hong Kong DISNEYLAND! Dari hotel ada shuttle bus ke Disneyland. Turun je shuttle bus, rasa happy sangat-sangat sebab dapat tunaikan impian Syafi nak datang Disneyland. Syafi sejak we all balik dari Disneyland dulu memang asyik sebut-sebut je nak pegi Disneyland so ni memang peluang yang memang Sha betul-betul gunakan untuk diorang enjoy!! We all masuk semua park tapi again diorang tak cukup tinggi so tak semua ride boleh naik tapi still nampak diorang enjoy sebab dapat jumpa Mickey, Minnie, The Pooh and macam-macam Disney character lagi lah. We all pun sempat tunggu Parade & Fireworks. Yang tak sempat nak explore semua adalah Mystic Point and Grizzly Gulch sebab nak tunggu fireworks. Yang paling diorang berdua enjoy dekat Fantasyland Mickey's Philharmagic and The Many Adventures of Winnie the Pooh. Dekat Adventureland pulak Jungle River Cruise ni dengan Sha sendiri rasa best hihi.. Tomorrowland pun best sebab dapat drive sport car sendiri.. Overall memang happy & penat tapi sangat-sangat puas hati.. Next plan nak pegi Tokyo Disneyland pulak dengan GLAM sisters Insha Allah

We are in Disneyland Hong Kong!!!

Mamy pun nak bergambar jugak dengan Disney characters

Disney Parade.
Colourful Disneyland

Pictures of the magical fireworks...







Food
Sha rasa pegi Hong Kong kali ni superb maybe sebab we all stayed kat area Kowloon. So nak cari Halal food tak susah. Mark & Spencer, 7Eleven, Watson semua dekat situ-situ je so tak ada masalah sangat. First day we all makan kat Lebanese Restaurant sedap gilers Masala Tea dia!! Ada juga makan kat Arabian restaurant, moralnya 5 hari kat city tak de masalah makan. Kebanyakan restoran sepanjang Nathan Road, tak jauh dari The Kowloon Hotel and on the last day tu we all try makan kat ISLAM FOOD kat Lung Kong Road. Anyone yang datang Hong Kong sha really advise datang sini, seriously sedap food dia. We all ordered semua licin nyummmm sedapnyaaaaa. Masa kat Disneyland, makanan tak jadi masalah sebab dalam tu memang ada certified Halal food outlets.

Nyummy nyummy. Our dinner at Lung Kong Road

Ok itu sahaja cerita Hong Kong trip. Hopefully useful untuk you all yang plan nak bercuti-cuti di Hong Kong. Till next entry !





Real Kids Concert - Convocation Day

Dah hujung tahun 2012 kan..sekejap sangat masa berlalu sekarang ni..Rasa macam baru je masuk May, 2012 hantar Syafi & Syakir kat Real Kids. Tup tup dapat surat invitation untuk konsert & convocation day.

Sangat-sangat teruja nak pergi tengok Syafi & Syakir perform..paling teruja nak tengok Syakir la sebab dia ni jenis tak mingle dengan orang sangat..konsert ni dorang buat kat Dewan Sivik MBPJ pada 20 October 2012, kalo tengok muka parents masing-masing semua teruja..seronokkan tengok anak-anak dah membesar dengan bijak & sihat. Sedih pun ada gak sebab lepas ni no more baby-baby dah..sob sob sob...

ok meh tengok gambar masa konsert aritu..


premium beautiful
sessi make up..siap pakai lipstick uolss
premium beautiful 1
muka monyok je..suka buat hal dia sendiri

premium beautiful 3
sessi bergambar solo, koboi ;)

collagen
teacher yang sporting

collagen
pandai jugak anak mamy menari hihihi... lagu Berjuta Batu untuk 4 years 

premium beautiful 4
Syafi perform lagu koboi..lupa plak apa title 

premium beautiful 6
ok budak kecit ni nak berkepit dengan mamy 

premium beautiful 34
mamy kena iring Syafi amik scroll...sorry la gambo shacking..

collagen
dah besar my big boy..sedih plan :(

Seronok & sedih pun ada masa konsert ni .tp I kan macho hehe..sedih sebab sekejap sangat dorang ni dah membesar..belum puas gomol-gomol, manja-manja...macamni la kot mak kita rasa dulu kan..bila anak dah besar, lepas tu masuk U, kerja , khawin..pastu khawin, then 3 bulan sekali baru balik kampung..owhh tanak jadi camtu kan..Happy sebab dorang membesar dengan sihat & bijak..semoga dapat beri yang terbaik untuk Syafi & Syakir sampai akhir hayat ku ..Aminnnn