FAQ - Premium Beautiful

premium beautiful q & a

Assalamualaikum & morninggg semua..

Harini Sha nak share beberapa soalan lazim (frequently asked questions) yang customers selalu tanya mengenai Premium Beautiful Corset. Sha listkan di sini. Hopefully dapat menjawab beberapa persoalan yang maybe readers pun tertanya-tanya. Jika ada soalan mengenai Premium Beautiful, Sha alu-alukan contact Sha 011-3775 8674, emel ke sha@shakhalid.com atau isi form di menu Contact Me di atas.


premium beautiful full set

Soalan Umum

1. Saya berbadan besar..bila pakai Premium Beautiful boleh ke kurus?

Bergantung kepada tahap kegemukan dan lemak yang ada pada badan. Yes memang ada yang mampu kurus tapi memang beliau jaga pemakaian premium beautiful dan pemakanan. Pakai corset premium beautiful secara konsisten dan dalam masa yang sama juga kena jaga pemakanan. If makan tak kontrol memang tak akan kurus. Lagi bagus kalo uols ada balance life style. Makan banyak dan dalam masa yang sama work out. Jogging pun dah ok. Yang penting Premium Beautiful ni untuk body shaping. Ada orang badan besar tapi cantik je shape sebab premium beautiful membantu untuk kemaskan bentuk badan kita.


2. Tak panas ke pakai Premium Beautiful?

Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa. Experience Sha sendiri masa travel time panas dan winter dua2 tak de masalah. Best lagi travel kalo pakai corset sebab badan jadi sedap macam dipeluk hehe


3. Saya pregnant boleh ke beli Premium Beautiful sekarang untuk pakai dalam pantang?

Boleh selagi tak masuk 8 bulan. Normally akan ada customer nak beli time offer dan masa tu dorang tengah pregnant. Actually takde masalah untuk beli time pregnant sebab bila deliver nanti tak muat corset tu boleh tukar size as long as uols tak kotorkan set Premium Beautiful tu dan tak basuh lagi. Ramai je so far customer Sha grab offer masa tengah preggy then tak muat Sha tukarkan size. 

Sha cadangkan supaya membuat ukuran badan paling lewat pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar.

Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin


4. Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?

Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda.

Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa. 


5. Perlu ke pakai fullset?

Perlu. Dah kira jatuh tahap wajib. hehe sebab lemak kat bahagian badan kita ni ada di merata tempat. So kalo pakai certain piece je kesan memang tak akan dapat. So bila kita pakai fullset lemak tu akan cantik je beralih ke tempat yang sepatutnya. Bentuk badan pun akan jadi lebih sempurna. Actually bila tak pakai fullset memang jadi tak selesa.


6. Long Bra Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?

Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.


7. Bila boleh pakai Premium Beautiful selepas bersalin?

Untuk mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 5-10 hari selepas bersalin. Ikut pada luka uols, macam Sha start dengan pakai Waist Nipper dulu. Bila dah ok luka jahitan Sha terus pakai fullset. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. 

Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan rahim ke tempat asal.


8. Lelaki boleh pakai Premium Beautiful?

Boleh pakai Waist nipper untuk kaum lelaki. Bukan je elok untuk perut yang buncit. Tapi elok untuk sakit pinggang. Ramai je lelaki dah dapat kesedaran pakai waist nipper sekarang ni.


9. Long girdle Premium Beautiful sangat ketat dan susah untuk dipakai, apakah cara yang betul untuk memakainya?

Pertama, anda harus memilih saiz long girdle yang sesuai untuk anda. Untuk memastikan keselesaan anda apabila memakainya untuk jangka masa yang panjang dan membentuk kontur bahagian pinggul, perut dan paha yang cantik. Namun, cara pemakaian long girdle tidak sama dengan cara anda memakai seluar dalam di mana anda terus menariknya. Tindakan ini akan merosakkan fabrik long girdle dan menyebabkan bentuk pinggul berubah. 

Cara pemakaian long girdle yang tepat adalah seperti berikut:

1. Pakaikan seluar dalam.
2. Tarik dengan perlahan sehingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik. Selaraskan seluar dalam.
3. Tumpukan lemak yang mengalir ke sekitar bahagian paha ke dalam cawan pinggul.

Ingat! Sekiranya tangan anda tidak dapat memasuki long girdle, ini bermakna ia terlalu ketat. So, make sure size betul



10. Kalau Premium Beautiful tak muat boleh repair?

Premium Beautiful ni memang ada lifetime warranty service. Warranty ni hanya untuk kerosakan pada set premium beautiful sahaja. Tak kisah la berapa lama uols pakai if rosak hantar je repair for free. Ambil masa dalam 2 minggu - sebulan. Tapi, if nak kecilkan size or nak besarkan memang tak boleh. Kalo dari size badan kita L pakai corset turun jadi S so maknanya berkesan kan?baik beli baru lagi selesa untuk pakai.



11. Macamana nak pastikan Premium Beautiful tahan lama?

Pertama, masa fitting corset kena betul. Make sure bila pakai tu cangkuk pertama. So, bila kurus ada lagi 2 cangkuk lagi korang boleh guna. If fitting amik size besar nanti kurus dah longgar plak kan. Kedua, kena basuh guna tangan dengan pencuci premium beautiful atau pun guna sabun mandi yang kita guna. Just cuci pada tempat sensitif, tanpa memerah dan sidai jangan direct matahari. If dah kering air just boleh keringkan guna aircond or kipas. Amaran keras : Jangan sesekali machine washkan Premium beautiful anda .. hehe Sha dah pakai 6 tahun corset ni memang still kebabom kualiti 

Apa Itu Premium Beautiful Corset?

Kepada yang masih belum kenal Premium Beautiful, boleh tengok short video kat bawah. Yang berminat nak pakai boleh contact Sha terus ye.



Premium Beautiful adalah set pembentukan badan.
Bukan Sahaja Untuk Cantik Tetapi Juga Untuk Sihat.
Material Premium Beautiful yang selesa dipakai
mengikut bentuk badan si pemakai.

Premium Beautiful membantu si pemakai menguruskan badan
dan berikan bentuk badan cantik yang diingini.

Paling 'best' korset ini ada Lifetime Warranty.

Premium Beautiful telah menjadi pilihan ramai wanita sejak lebih 20 tahun.

Lebih Yakin Dengan Premium Beautiful

Call/Whatsapp 011-37758674 (http://wasap.my/601137758674
untuk dapatkan harga promosi.

Premium Beautiful Versi Classic & Elegance

Assalamualaikum & morning uols


Harini Sha nak share 2 versions untuk Premium Beautiful. Especially untuk yang tak pernah pakai lagi corset abang sayang ni. Kalau yang dah pernah pakai Premium Beautiful dulu yang ada hanya lah Premium Beautiful Classic. Classic sangat sebab dah lebih 20 tahun corset ni. Boleh dikatakan yang classic ni lebih ramai orang suka sebab lagi grip dan of course lagi murah.

premium beautiful classic
Premium Beautiful Classic

Premium Beautiful Classic ni sangat sesuai untuk yang tak pernah pakai lagi corset. Sangat membantu untuk pembentukan badan yang segera dan berkesan. Ada customer Sha 2 minggu dah turun berat badan dan body semakin ada shape dan lemak-lemak menipis. So, untuk first timer memang sesuai sangat untuk dapatkan Premium Beautiful Classic ni. Macam experience Sha sendiri memang selesa pakai classic ni sebab best pelukan corset ni.

Yang new version Premium Beautiful pulak ialah Premium Beautiful Elegance. Untuk Elegance ni baru je maybe dalam 4 tahun ++ macamtu je di pasaran.  Untuk elegance ni ramai juga yang suka sebab design embroidery dan color grey yang cantik.

premium beautiful elegance
Premium Beautiful Elegance
Untuk Premium Beautiful elegance ni sesuai untuk yang dah pernah pakai Premium Beautiful Classic sekurang-kurangnya 6 bulan. Kalo uols tak pakai classic lagi agak amik masa untuk reshape dan kurus. Sebab yang PB elegance ni material sangat lembut. So yang banyak lemak tu akan nampak tak kemas flabby ittew

Ada yang tanya so cane kalo first time nak beli terus Premium Beautiful Elegance?

Boleh beli untuk yang dah berusia. Sebab biasanya yang dah berusia ni pakai corset Premium Beautiful ni hanya untuk kesihatan. Dan yang kurus serta tak banyak lemak pun boleh pakai elegance terus walaupun tak pernah pakai yang classic.

Kat bawah ni Sha share kenapa uols patut pakai Premium Brautiful instead of corset biasa di pasaran :-
  1. Pengiktiran Superbrand - Kualiti terjual yang beratus ribu set & kepercayaan dari pengguna sejak tahun 1995
  2. Lifetime warranty repair service - Ini yang paling orang suka. Sebab pakai la sampai koyak then hantar je repair PERCUMA!
  3. Far Infrared Rays (F.I.R) - Dengan FIR yang terkandung di dalam corset Premium Beautiful ni ia menjadikan corset ni 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan
  4. Pengiktirafan Pakar Tulang Belakang Antarabangsa - Waist Nipper/Bengkung Premium Beautiful memang sangat terbukti berkesan untuk pesakit tulang belakang
  5. Fabric Akwatek & Akwadyne - fabric lembut & tak rasa panas, rimas atau tak selesa dipakai ketika panas. Dan sangat sesuai dipakai pada cuaca sejuk sebab dapat warmkan badan
  6. Kuasa regangan 360 darjah - Sangat selesa untuk bawa solat, pergi gym or apa jua aktiviti

Ok tu je serba sedikit info yang Sha boleh bagi untuk Premium Beautiful ni. 

Yang nak try dan dapatkan FREE fitting boleh terus Whatsapps Sha 011-37758674 ye. Special offer untuk my blog readers 

#MMGTAKESKOREA DAY 2: SEOUL SKY TOWER

Alhamdulillah 21 Januari 2018, masih di hari ke 2 di Seoul, Korea. 

Perjalanan kami diteruskan ke Seoul Sky Tower. Tapi sebelum tu kami dibawa pergi lunch ke Japanesse restaurant. Sedap gile bak hang food kat sini. Hingga sekarang terasa kesedapannya.

gambar food je la ye..masa ni tahap lapaq gile
Lepas lunch kami terus ke Seoul Sky Tower. Tower ni ada dek pemerhatian ketiga tertinggi di dunia. Sampai sini je kami terus beratur nak naik lift untuk sampai ke tempat dek tu. Masuk-masuk tempat Q tu ada welcome note untuk kami usahawan Sahajidah Hai-O Marketing. Such an honour

Bangga di situ


Video kat atas ni suasana dalam lift yang kami naik untuk sampai ke dek. Lift ni terlaju di dunia uols. Nak sampai ke tingkat 118 tu 1 minit je rasanya.

Bila sampai kat atas tu mula la kami buat perangai havoc..memang takde la nak nampak suasana kat bawah tu sebab masing-masing kalut baring kat lantai tu haha

Ini lah aksi kami

terbalik pun layan je la ye
Alhamdulillah sampai juga ke Sky Tower ni, if trip sebelum ni datang sini untuk shopping je . Tapi kali ni company bawa we ols naik tower ni. My advise yang trip dengan anak-anak sesuai la datang sini melihat keunikan multimedia dorang ..memang canggih dalam lif tu.. Kalau uols datang untuk shopping or suka-suka tayah la bazir duit je.hehhe macam Sha ni sebab semua company bayar so menikmati je laa apa yang disediakan

orite next post kita cite Nami Island pulak kay..byeee

Premium Beautiful Combo Set + Maharani / Bio Seleza

Hi uolss...

Sempena bulan kedua 2018 ni Sha nak offer dua jenis combo set Premium Beautiful. Premium Beautiful memang banyak kebaikan untuk semua wanita. Nak details kebaikan Premium Beautiful boleh klik link ni--> Kebaikan Premium Beautiful Corset.

Combo set yang Sha nak offer ni bagi extra kebaikan kepada setiap wanita yang inginkan cantik dan sihat dari dalam ke luar.


Combo Set Premium Beautiful + Herba Maharani

Herba Maharani

herba maharani sahajidah hai o

Sha rasa ramai juga yang dah tau tentang Herba Maharani. Kesan paling ketara bila makan herba maharani ni ialah badan rasa ringan dan cergas. InshaAllah bila dah cergas tu nak buat kerja rumah pun senang, sakit pinggang pun tak ada. Yang pernah ada rasa ngilu or sakit kawasan rahim pun boleh cuba maharani ni.

Herba Maharani merupakan antara khazanah perubatan dan amalan kesihatan tertua khusus untuk wanita. Kat bawah ni Sha share antara RAHSIA HERBA MAHARANI :-
 Mengetatkan miss V
 Mengetatkan saluran urat peranakan
 Cepat kecutkan peranakan selepas bersalin & cepat habiskn darah nifas
 Kecutkan jerawat
 Hilangkan senggugut
 Rawat keputihan yg melampau
 Ikhtiar untuk mereka yang nak mengandung
 Betulkan semula kitaran haid yg tak teratur
 Hilangkan lenguh2 badan,sakit pinggang & sakit tumit kaki
 Rawat masalah KENTUT VAGINA
 Cantikkan kulit muka
 Hilangkan sakit kepala
 Rawat masalah proplase ( rahim jatuh ) @ tombong.

Consume Herba Maharani ni sebulan sekali je selepas period..dengan harga RM98 sebulan tu inshaAllah dah cukup untuk supplement kita para wanita ni.

Combo Set Premium Beautiful + Bio Seleza Pad

Bio Seleza Pad
bio seleza pad

Ok kenapa Sha suggest Bio Seleza pad ni pula sebab once uols dah pakai pad ni memang tau macamana kesannya.

Experience Sha sendiri, Bio Seleza ni dia menarik2 darah kotor kita hingga titisan darah terakhir ..hehe seriously akan rasa period kita lama tapi teruskan pakai. Lepastu 2 hari pertama je akan guna yang night pad sebab memamg akan banyak lepastu ok dah..pad bio seleza ni nipis so memang tak rasa rimas kalau pakai jeans. Memang takde rasa gatal time period sebab setengah pad kalo pakai memang gatal! dan sengugut akan kurang or totally takde dah sebab bio seleza ni pad yang ada tenaga bio velocity so dari situ akan dapat kesan untuk kesihatan. ok kat bawah ni Sha share antara benefits bio seleza :-

 Kurangkan Keputihan, Kekuningan, Kehijauan !
 Kurangkan dan hilangkan SENGGUGUT !
 Haid Tak Stabil atau Lama! Suami Tak Keruan! Owh!!
 Vagina GATAL & Berbau Hamis/ Busuk!
 Rahim Bengkak, Rahim Jatuh, Kencing Tak Lawas!
 Kudis Infeksi / Kanser di bahagian luar & dalam !
 Perut Sebu dan Buncit ketika haid !
 Pening, Kurang tenaga ketika haid !
 Ketidaksuburan - sukar hamil
 Pra-menopos - jom lambatkan menopos!!

Dua-dua combo set ni Sha bagi harga kasih sayang. Set Premium Beautiful pulak dijamin set baru tau. Hopefully uolss dapat manfaat bila pakai produk-produk ni.

For details terus whatsaapp Sha ye.

Premium Beautiful X Fazura 2018

Good news untuk semua usahawan Premium Beautiful dan bakal pengguna Premium Beautiful corset. Company dah announce kolaborasi antara selebriti terkenal Fazura dengan company untuk projek Premium Beautiful X Fazura.

Dengar cerita Premium Beautiful akan keluar dengan design terbaru yang lebih cantik dan elegance sempena kolaborasi ini. Wahhhh.. Tak sabar nak tengok design terbaru. Dengar cerita lagi akan ada ciri-ciri terbaru yang membantu body shaping yang lebih baik.

Nanti dah dapat details Sha akan update lagi ye.

Sementara tu tengok la teaser kolaborasi Premium Beautiful X Fazura ni.


#MMGTakesKorea Day 2: Gyeongbokgung Palace

21 Januari 2018

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Incheon International airport lebih kurang pukul 6 pagi waktu Korea. Masa di Seoul, kami MMG team under group G2. Each group di dalam 1 bas yang sama. Ada seorang Tour Leader dari Malaysia dan seorang Tour Leader dari Korea.

Group G2 selamat sampai di Incheon International Airport

Dalam bas sebelum ke Gyeongbokgung Palace

Destinasi pertama kami bukan ke hotel tau, tapi kami terus ke Gyeongbokgung Palace. Gyeongbokgung palace ni adalah istana utama yang dibina pada zaman Dynasty Joseon pada tahun 1395 di Korea Selatan. Untuk aktiviti kat palace ni SHOM dah sewakan kami semua Hanbok iaitu pakaian tradisional Korea  So, sampai je kat tempat rental Hanbok tu terus kami tukar persalinan dulu.

#ootd day 2, baju 3 lapis uols. seluar 2 lapis. Warmer pun siap lekat kat seluar..sejuk gedikkk tu tetap!


My mentor, kakak dan ibu dalam bisnes. CDM Hjh Hamisah yang sentiasa ada dalam bisnes ni. 2 orang kat belakang tu memang suka menyelit ;p
toilet #wefie dulu sebelum ke tempat rental hanbok.

Masa aktiviti tukar hanbok tu pun dah meriah, hanbok ni ada macam-macam size..so kena la pilih ikut kesesuaian. Actually ada banyak tempat sewa hanbok ni dan rate untuk sewa tak silap dalam 20,000 won untuk sepasang hanbok. Dengan cuaca masa ni -12 celcius. Kami sarung hanbok ni dan terus ke palace..phewww memang mencabar. Perjalanan ke palace tu dalam 500m kot gileee sejukkkkk ok..tapi ku gagahi juaa

HAPPY FACES

dengan CDM Naa

berlatarbelakangkan Palace

Masa kat palace ni macam-macam aksi kami, menari..menyanyi, posing tu of course dan siap ala-ala belakon lagi. Ini la suasana trip melancong dengan MMG memang meriah. Dengan top leaders, business partners semua sporting dan all out habis-habisan bila bercuti


Sementara tunggu maharaja kami posing dulu hehe

nak juga #ootd kat dalam kawasan palace ni
Untuk yang nak melancong ke Korea jadikan visit Gyeongbukgong palace ni salah satu dalam senarai wajib pergi kay. Tak rugi pergi sebab bila dalam palace ni uols boleh tengok suasana dan kreatifnya orang Korea dalam membina palace ni..trip kali ni kira second time Sha pergi ke palace ni. Masa first time dulu kami tak sewa Hanbok so kali ni pengalaman baru untuk kami. 

ok till next post ---> Seoul Sky Tower

#MMGtakesKorea Day 1 : Kuala Lumpur - Incheon, Korea

Group Muslim Terbesar Ke Korea Selatan
1,200 Orang Qualifiers
8 Penerbangan Korean Air

Assalamualaikum & morning!

Untuk entry kali ni Sha nak share perjalanan percutian percuma Sha dan MMG team ke Seoul, Korea. MMG team dibawah pimpinan top leader Sha di dalam bisnes iaitu CDM Hjh Hamisah dan CDM Hj Badrol membawa 22 orang qualifiers cemerlang ke Seoul, Korea.

Percutian kami bermula dari 20 Januari 2018 hingga 24 Januari 2018. Alhamdulillah percutian 5 hari 4 malam kami ni memang sangat-sangat bermakna dan penuh dengan kenangan manis.

airport #ootd. Hand luggage tu pun dapat free tau ;). Tqsm Sifo


Tqsm to Sahajidah Hai-O Marketing untuk percutian percuma ni, 6 tahun bersama SHOM memang melancong ni antara reward yang company bagi pada kami para usahawan sebagai menghargai kerja keras kami di dalam bisnes.

the havocness. Kami MMG memang sentiasa havoc


Perjalanan kami bermula di KLIA pada 20 Januari 2018. Kami berkumpul pukul 9 malam di Kaunter H, KLIA. Masa urusan check in pun dah havoc gile ok!! Sha Share few gambar kat sini, tapi kalo uols ada Instagram boleh follow hashtag #MMGtakesKorea kay

Bersama our Sifo, CDM Chan walau multimillionaire tapi tersangat humble dan very supportive


Tema kami MMG qualifiers semua pakai sweater #MMGtakesKorea dan tudung biru. Yang bestnya our sifo CDM Chan pun datang meraikan kami. Sangat terharu dengan sokongan multimillionaire sanggup turun padang meraikan kami nak ke Korea. Seronok sangat-sangat, belum sampai Korea dah terasa bahangnya....

#MMGtakesKorea

happy faces of #MMGtakesKorea qualifiers


Untuk penerbangan dari KLIA - Korea kami menaiki Korean Air pada jam 11.59 malam. 6 jam penerbangan dan Alhamdulillah selamat mendarat ke Incheon International Airport pada jam 6 pagi 21 Januari 2018.

till next post : Gyeongbuk Palace ...

Calling All Premium Beautiful Lovers

Wahhh!! Berita gembira untuk semua pemakai Premium Beautiful. Company nak bagi offer Short Bra PERCUMA.

Caranya hanya kongsikan pengalaman memakai korset Premium Beautiful.

premium beautiful short bra
Premium Beautiful Short Bra

Tarikh tutup penyertaan pada 16 February 2018.

Cara nak sertai, just pergi ke sini --> https://goo.gl/forms/y1lCXIwPgcyiqBwN2.

30 Pemenang bertuah yang akan dipilih. So cepat-cepat kongsikan #MyBeautifulStory ye.