BVSM Lapik Tilam Ajaib

Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua..


Harini Sha nak share mengenai satu produk yang dah lama kat pasaran tapi masih ramai yang tak tahu. Dalam banyak-banyak produk yang Sha carry, ini satu-satunya produk yang penuh emosi untuk yang pernah guna. Customer yang pernah guna Premium Beautiful atau produk-produk lain tak sama. Customer BVSM ni ada yang sampai menitiskan air mata lepas pakai BVSM ni.

Mesti tertanya-tanyakan sebabnya...

Mostly customer yang guna BVSM ni ada masalah kesihatan. Ada juga yang bukan diri sendiri sakit tapi keluarga terdekat. Macam-macam kes sebenarnya. 


  • Lumpuh terlantar dah lama
  • Sakit pinggang
  • Sakit lutut dan seluruh dan badan
  • Insomnia
  • Keletihan berpanjangan
  • dll


Kebanyakan pesakit ni agak teruk. Bukan bagi kesan pada diri sendiri je, tapi pada orang sekeliling terutamanya family terdekat. Bayangkan jika kita sakit, fungsi kita dalam keluarga pun akan terjejas kan.

BVSM ni actually gunakan sumber tenaga yang disimpan dalam garam. Garam ni disuntik dalam bebenang BVSM. Gelombang tenaga ni yang bantu badan untuk lebih cepat sembuh. Kesan BVSM ni dah diuji secara saintifik tau.

BVSM ni dijadikan pelapik tilam sebab masa tidur badan kita akan generate balik sel-sel badan dan pulihkan secara semula jadi. So, BVSM ni bantu untuk berikan tidur yang lebih lena dan galakkan penyembuhan secara semula jadi ni. Even masa jaga pun BVSM ni dah bagi kesan apatah lagi masa tidur.

Sha kongsi kat sini beberapa testimoni terkini yang berjaya dikumpulkan.

Sesiapa yang berminat nak dapatkan BVSM ni untuk diri sendiri atau family terdekat boleh contact Sha ye.

011-37758674


BVSM Sha Khalid



Testimoni BVSM Sakit Lutut

Testimoni BVSM Sakit Lutut dan Sendi

Testimoni BVSM Sakit Lutut Berkurangan

BB+ GLO Kolagen

Happy Monday uols

Harini Sha nak share pasal BB+ Glo Kolagen. Kolagen ni yang tengah hangat dan femes sekarang ni di pasaran. Kalo dulu ramai yang familiar dengan BB Plus Kolagen sekarang company dah upgrade kepada BB+ Glo untuk jadikan muka lagi glowing gitew


BB+ Glo packaging
Sha nak share sikit apakah itu KOLAGEN?

  • Bertindak sebagai “simen” yang memegang kuat struktur kulit 
  • Binaan asas terpenting dalam tubuh badan 
  • Menyumbangkan 30% daripada protein dalam tubuh 
  • Memegang jaringan setiap sel hidup dan memastikan kekuatan, keanjalan dan penjanaan semula kulit, tulang rawan dan tulang. 



Kenapa BB+ Glo, kerana ianya dihasilkan dari teknologi Perancis dan Denmark 





Merdeka Raya special promo
Testimoni BB+ Glo, bukan untuk kulit tegang sahaja tapi elok utk sakit lutut
Ok panjang lebar Sha share tentang kebaikan BB+ Glo Kolagen ni, moralnya kolagen ni bukan untuk kulit putih sahaja tapi membantu untuk kita yang meningkat usia ni untuk tambahkan kolagen yang semakin berkurang. 

If uols nak beli dengan harga jimat dan dapat semula rebate boleh register member RM47 sahaja just klik wasap.my/601137758674 untuk details ye

KURUS DENGAN PAKAI KORSET

Salam semua..

Ramai yang tertanya-tanya, 'Boleh ke Kurus Dengan Pakai Korset?'. So Sha nak share kesan pemakaian korset ni dan sama ada membantu untuk kuruskan badan.

Sebab Berat Badan Naik

Sebab paling utama adalah pemakanan tidak terkawal yang tidak seimbang. Kita boleh amalkan konsep 'suku suku separuh'. Caranya, dalam sepinggan makanan, isikan suku (1/4) dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mee, roti dan bijirin, suku lagi (1/4) diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam dan daging manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.



Bagaimana Korset Bantu Kuruskan Badan

Untuk yang sedang hadapi masalah berat badan, korset dapat bantu percepatkan turun berat. Biasanya lemak-lemak tepu dan berkumpul seluruh badan. Tempat-tempat yang biasa berkumpul lemak ni:
  1. Bahagian belakang badan
  2. Sekeliling payudara
  3. Perut
  4. Punggung
  5. Betis dan paha
korset untuk kurus
Pilih korset yang cover satu badan


Korset akan bantu reposition balik lemak-lemak tepu tu balik ke tempat sepatutnya. Tak dinafikan jika tak pakai apa-apa untuk support badan, lemak-lemak ni akan menggelebeh. Pakai baju pun nampak badan tak firm.

Lama kelamaan, setelah pakai korset, lemak-lemak ni kurang menggelebeh. Sesetengah korset yang ada Far Infrare Red (FIR) akan bantuk untuk bakar lemak-lemak tu.

Macam-macam jenis korset kat pasaran


Untuk korset yang ada bengkung (waist nipper) juga membantu kuruskan badan. Ia bantu untuk tampung bahagian perut supaya tidak terlalu banyak ruang. Makan sedikit pun dah rasa kenyang. Jangan tak tau ye, bila makan banyak perut kita akan expand (mengembang). Next time kita rasa banyak ruang kosong yang menyebabkan nak makan banyak lagi.

Korset Bagi Shape Badan Yang Cantik

Selain kurus, setiap wanita juga impikan shape badan yang menarik. Pilih korset yang cover satu badan. Elakkan pakai bra, bengkung atau girdle sahaja secara berasingan. Sebabnya shape badan tak akan seimbang. Badan akan nampak firm satu tempat sahaja.

Korset akan bantu bagi shape badan yang cantik


Contohnya sesetegah seller cuma jual girdle. Jadi, bahagian bawah badan akan firm tapi bahagian atas still akan nampak besar. Sama juga jika pakai bengkung je, pinggang je nampak slim tapi atas bawah still akan besar.

Korset Untuk Tulang Belakang

Selain kuruskan badan dan bagi shaping tak kurang pentingnya kesihatan tulang belakang. Ramai antara kita yang banyak masa duduk di meja masa bekerja. Jika tak ada support, kita cenderung duduk membongkok. Dalam jangka panjang, tulang belakang akan jadi bongkok kekal.

korset untuk tulang belakang
Korset yang bagus akan support tulang belakang


Pilih korset yang ada tetulang yang fleksibel ikut pergerakan badan kita.

Jadi, bukan je berat badan dan shape, tapi postur tulang belakang pun mesti diambilkira. Biar nampak tegak bila berjalan.

Buat Pilihan Korset Terbaik

Dah tau semua info mengenai korset kan. Jadi buatlah pilihan terbaik untuk diri kita. Korset ni adalah pelaburan jangka panjang sebab kita nak sihat dan sentiasa nampak berkeyakinan, betul tak.



Testimoni Premium Beautiful Untuk Slipped Disc

Assalamu'alaikum n selamat pagi semua..

Harini Sha nak share satu lagi testimoni terbaru client yang pakai Premium Beautiful corset sebab nak bantu atasi sakit slipped disc.

Client Sha ni ada masalah slipped disc. First time dah pernah buat operation untuk slipped disk tu. Dah ok semua tapi terpaksa buat second operation sebab ada masalah lain di bahagian pinggang. So dia terpaksa jalani operation sekali lagi untuk perbaiki keadaan tu. Doktor operate dari bahagian tepi (hip) bukan bahagian belakang sebab if buat di belakang ambil masa 2 bulan nak sembuh.

So masa first time operation tu dia tak pernah pakai sebarang bengkung. Tetapi lepas operation ke 2 ni doktor advice pakai penyokong pada bahagian belakang. Google punya google client ni jumpa la blog Sha. Alhamdulillah dari blog ini lah kami bertemu dan dia share semua masalah ni pada Sha.

Actually ni bukan pengalaman pertama Sha jumpa dengan customer yang ada slipped disk dan sakit tulang belakang. So, dari pengalaman yang ada tu Sha boleh share experience mereka. Kebanyakan yang nak beli pada awalnya semua nak waist nipper (bengkung) Premium Beautiful sahaja tapi bila Sha share secara details tentang corset Premium Beautiful ni baru mereka faham kena pakai satu set Premium Beautiful.

Ok ni Sha share feedback yang customer Sha tu bagi selepas 4 jam pakai hanya Waist Nipper ni sahaja. InshaAllah hari Jumaat ni Sha akan pakaikan dia fullset since untuk luka di hip tu tak baik lagi haritu.

testimoni 1 premium beautiful slipped disk


Yang ni pulak feedback dia setelah 2 hari pakai..

Alhamdulillah memang nampak dia happy dengan kesan pakai waist nipper tu. Bukan hanya bantu support bahagian pinggang tapi buang angin dalam badan. Sebab kesan dari operate tu doktor memang bagitau perut dia penuh angin dan banyak water retention. Actually masa fitting tu pun Sha tekan keras sangat perut dia. So Alhamdulillah sekarang dah tak keras dan angin dalam badan pun dah mula keluar.

Tips pakai corset Premium Beautiful ni memang kena minum air banyak untuk buang segala toksin dalam badan.  InshaAllah bila pakai fullset confirm akan rasa lagi selesa. 

testimoni 2 premium beautiful slipped disk


Kesan yang sangat menakjubkan selepas pakai Premium Beautiful

Hi everyone

Harini Sha excited nak share kesan yang sangat menakjubkan hasil dari sarung Premium Beautiful corset ni. Testimoni ni semua sangat fresh dari oven tau.

Ok testimoni pertama dari my friend sendiri dan merangkap juga my business partner iaitu Mahes. OK nak share sikit macamana kami boleh jadi partnership ni bermula dari Mahes tengok kesan dari our partner dan friend juga who is Tia. Actually we all ni colleague masa kat IBM Malaysia dulu. So, bila Mahes nampak perubahan Tia setelah pakai corset PB ni terus dia nak juga rasa perubahan yang sama. Dari situ la Mahes start pakai corset Premium Beautiful ni. 

Actually Mahes ni tergolong dalam rounded figure shape, tapi sangat-sangat menakjubkan setelah dia pakai corset Premium Beautiful ni konsisten 2 minggu dah dapat hour glass shape! seriously Sha dan Tia pun rasa tak percaya je. Sebab perubahan Mahes ni memang sangat-sangat pantas. She took just 2 weeks to have the ideal body type sesuai dengan ketinggian dia dan berat pun dah turun about 2kgs. Tak percaya?? meh Sha share gambar kay


Testimoni Premium Beautiful selepas 2 minggu
Beza hari pertama pakai dan setelah 2 minggu pakai secara konsisten. 

Muka Mahes pun nampak lagi berseri-seri dan more confident. Baju pun berani pakai yang fit gitteww.. hehe bila dah confident dan yakin dari segi bentuk badan actually kita memang akan pakai je apa kita rasa nak pakai. Yang islam pun boleh bergaya uolss..dengan suami kat rumah tak semestinya badan/body cantik kita nak tayang kat orang luar gethu.

Testimoni Premium Beautiful Mahes
Yang ni latest gambar Mahes semalam masa Sha personal coaching dia. Seriously lain sangat-sangat

Btw, untuk sesapa yang tak tau..PB ni ada Far Infrared Rays (FIR) yang membantu untuk melancarkan peredaran darah. So, bila blood circulation kita lancar itu yang menjadikan muka kita nampak lagi fresh dan berseri-seri. Dan PB ni actually 70% untuk kesihatan dan 30% baru untuk kecantikan. Makanya sangat worth it kalau setiap wanita at least ada 1 PB, kenapa Sha cakap 1? Sebab corset ni ada lifetime warranty..So, if rosak ke anything happen pun boleh repair. jimat kan?

Premium Beautiful Pilihan Bijak

Assalamualaikum dan morning semua 😉

Harini Sha nak share sikit pengalaman yang Sha dapat masa jumpa salah sorang customer Sha yang memang fresh from oven ni.

Actually kakak ni memang pengguna tegar corset. Tak kisah la corset apa pun, rasanya dia ada lebih dari 7 corset. Yang dia tunjuk pada Sha aritu 2 jenis corset. Fuhhh memang pengguna tegar betul. Sebab corset yang dia beli bukan murah-murah tau. Semua ribu riban dan lebih mahal dari harga corset Premium Beautiful.

Sha tanya kakak ni, kenapa akak suka pakai corset? Satu jawapan dia yang buat Sha sangat-sangat setuju ialah dia nak tingkatkan keyakinan diri. Sebab dia cakap 'Akak ni surirumah je Sha, tak pernah kerja..kawan-kawan semua kerja. So, rasa macam rendah diri. Tapi bila akak pakai corset memang automatically akak rasa confident dan bersemangat'.

Sha memang setuju dengan statement akak ni...sebab corset ni memang boleh tingkatkan keyakinan kita. Sebab bila pakai corset ni confirm lelemak pada badan dah takde, badan jadi tegap so lagi confident nak berjalan. Dan biasanya surirumah orang akan rasa macam takde apa-apa. Tapi sebenarnya kerja surirumah la paling mencabar tau.. So kakak ni cakap seawal pagi dia bersiap memang terus sarung corset. Ambil anak, hantar anak memang bersiap dengan corset. So, dia rasa sangat-sangat bersemangat dan confident kalo pakai corset. Kalo tak pakai sehari dia cakap akan jadi malas. Sebab nak pakai corset tu je sebenarnya mind set memang kena semangat. Sebab ada je beli corset dengan Sha tapi tak pakai..alasannya sebab MALAS..hhehe nampak tak kat situ? 

Ok, So kakak ni pun share la dengan Sha first corset dia beli tahun 2000 masa deliver anak pertama. Sekarang umur dia 46 tahun. Dan corset tersebut ialah Premium Beautiful corset! hah just imagine dia antara orang pertama yang pakai corset PB ni tau. Dan lepas pakai PB tu dah 6 corset lain dia tukar pakai tapi dia cakap tak de satu pun yang boleh sorok lemak macamana PB buat. 

Korset yang akak tu tunjukkan harga RM1800 tau

Betul korang, kalo corset lain yang 2 piece or 1 piece actually lemak korang memang tak sorok dan tak akan beralih ke tempat yang sepatutnya..tapi bila pakai corset Premium Beautiful korang akan nampak kesan 5 minit yang luar biasa. Ini memang feedback kebanyakkan orang yang beli corset. 

Dan kakak ni tunjuk pada Sha corset paling latest dia beli harga RM1800 tapi bila pakai perut jadi macam pregnant 3 bulan sebab lemak berkumpul bahagian perut. Actually kalo material yang ala2 stretch macam stokin ni memang sangat memberi kesan kepada lemak-lemak pada badan sebab dia mengumpulkan lemak dan menonjolkan lemak tersebut. So hati-hati kalau pilih material corset.

Bukan nak puji corset Premium Beautiful ni sebab Sha jual, tapi sebab diri sendiri puas hati dan nampak customer yang dah tak pakai, tukar corset lain but still akan kembali ke PB sebab kesan dan warranty service lifetime yang PB ada tapi tak ada pada corset lain.

Tambah-tambah sekarang dah 0% GST dan ada rebate cash back RM50 memang harga Premium Beautiful ni sangat worth it dan mampu milik untuk semua orang 

Yang teringin nak pakai Premium Beautiful dan nak upgrade or tukar beli yang baru nak khidmat nasihat percuma dari Sha boleh whatsapp anytime kay wasap.my/601137758674.

Premium Beautiful pujaan ramai

Menawannya Infinence X Fazura

Assalamu'alaikum dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua pembaca blog shakhalid.com  😚

Uols pernah tak dengar Infinence X Fazura? if ada yang tak pernah dengar lagi Sha dah share sikit info terbaru ni di sini 

Infinence X Fazura ni terdiri daripada koleksi kasut dan juga handbag. Dan istimewanya kasut dan handbag ni ianya semua diperbuat dari Premium Leather dan Handmade. Dan untuk kasut pulak ada Energy Padding, which is padding ni bagi pemakai rasa selesa bila pakai heels. So takde la rasa sakit belakang or sakit kaki. Alhamdulillah macam Sha sendiri memang dah pakai heels Infinence ni memang rasa sangat-sangat selesa.

So kat post ni Sha nak share koleksi Handbag dan kasut yang available if korang nak order or ada yang nak jadi Agent pon boleh. Range harga dari RM700 untuk handbag dan RM600 untuk kasut. Sangat berbaloi untuk yang 100% leather.

Infinence Bags

Infinence Adele Bag
Infinence Adele Bag

Infinence Ivy Bag
Infinence Ivy Bag

Infinence Kimberly Bag
Infinence Kimberly Bag

Infinence Mable Bag
Infinence Mable Bag

Infinence Mable Bag
Infinence Mable Bag

Infinence Paula Bag
Infinence Paula Bag

Infinence Pearlyn Bag
Infinence Pearlyn Bag

Infinence Shoes

Infinence Aliz Shoes
Infinence Aliz Shoes

Infinence Claire Shoes
Infinence Claire Shoes

Infinence Hilda Shoes
Infinence Hilda Shoes

Infinence Laura Shoes
Infinence Laura Shoes

Infinence Lynn Shoes
Infinence Lynn Shoes

Infinence Riley Shoes
Infinence Riley Shoes

Infinence Valerie Shoes
Infinence Valerie Shoes


Tips Turunkan Berat Badan Sempena Hari Raya

Designed by Freepik
Haa.. Raya dah tak lama lagi kan.. Masa ni la nak bedal semua makanan yang sedap-sedap. Ketupat, rendang, nasi minyak, lemang, beraneka biskut dan macam-macam lagi la kan. Ko rasa ada effect tak kat berat badan? Sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, seluar pun dah rasa longgar skit. Nak maintain dan teruskan ke dak.. hehe

Ok la, paham-paham. Makan dan minuman tu semua menggoda qolbu kan. Qadha sebulan punya puasa. Tapi kan elok kalau berat yang turun tu dapat dikekalkan. Kalau naik pun tak la mendadak sangat.

So ada few tips yang boleh diamalkan masa beraya ni. Orang Malaysia ni beraya sebulan so kena ingat cabaran makanan ni pun sebulan jugak.

TIPS 1: Kurangkan minuman bergula.

Ni tips killer untuk semua. Gula ni high calorie so cuba kurangkan minuman bergula. Nak minum minuman bergula tu boleh. Minum la secawan-dua, pastu sulam la dengan air putih. Air putih pun elok untuk penghadaman makanan kan. Gula ni pun tak elok dalam jangka masa panjang. Satu lagi, Haramkan Air Bergas/Dalam Tin!! Kandungan gula macam nak terus potong kaki.

TIPS 2 : Kurangkan makanan berminyak

Ni memang la pantang.. tengok kan. Cer tengok kebanyakan makanan masa raya ni terutama rendang dan lemang. Memang masak berasaskan minyak. Dah elok-elok nyahkan lemak-lemak tepu masa Ramadhan, kembali ternak di bulan Syawal. Tak ke naya tu. Nak makan makanlah tapi ambil dalam kadar sedikit. Kata orang asalkan rasa. Tapi kalau breakfast, tengah hari, tea, supper bantai rendang tu bukan rasa dah tu ye. Makan pagi atau tengah hari dalam kadar sedikit cukup la. Pastu pegi beraya rumah sedara mara tu tayah la capai lagi makanan berminyak. Agak-agak nak jaga hati tuan rumah jamah la sejemput dua.

TIPS 3 : Jangan ulang ke meja makan

Dah jadi adat time raya ni makanan tu dah sentiasa terhidang kat meja makan. Tu untuk tetamu yang datang. Bukan untuk kita ulang-alik ke meja tu sejam sekali. Tu yang payah tu. If tiap kali lawat meja makan sesuap je takpe la tapi tiap kali tu penuh pinggan. Acaner tu? Anggap la meja makan tu macam kawasan larangan yang penuh jerangkap samar. hehe

TIPS 4 : Banyakkan berjalan

Masa raya ni ada ke orang pagi-pagi sarung kasut joging pastu joging keliling kampung? Tak pernah orang buat kan. So nak maintain exercise hari raya ni banyakkan la berjalan. Kalau parking kereta nak beraya tu parking la jauh sikit. Bagi kaki tangan tu bergerak skit secara tak langung bakar lemak-lemak rendang dengan lemang tu. Berjalan pegi solat raya dan ziarah kubur pun boleh jadi aktiviti membakar lemak.

TIPS 5 : Sarung la Premium Beautiful

Haa.. ni favourite tips Sha. Sarung je InsyaAllah boleh control makan di Syawal yang mulia. Premium Beautiful ni especially waist nipper tahan bahagian perut tu. So perut tak besar sangat yang sebabkan rasa nak makan nak makan nak makan. Jangan tak tau ye, bila kita banyak makan perut kita akan expand. Next time kita rasa perlu makan lagi banyak. Dah berlarutan macam tu ko rasa? Macam mana la perut kalau macam tu kan.


Designed by Freepik

TIPS 6 : Cepat-cepat Puasa Enam

Selain dapat kelebihan dan pahala puasa enam ni dapat la bantu control nafsu makan tu. Nak ziarah raya la, nanti orang datang la tu alasan je. Ingat, syaitan dah lepas ye lepas Ramadhan.


Hopefully ada tips-tips kat atas yang uolss boleh amalkan ye. Kalau tak semua satu pun yang boleh diamalkan Alhamdulillah syukur.

Di kesempatan ni Sha nak mintak maaf pada semua especially pada readers blog Sha ni kalau ada yang terasa ke sepanjang Sha berblogging ni. Ada yang tersinggung ke, terlaser ke, terover ke. Minta maaf ye…

P/S: Nak nampak kurus slim di hari raya dengan Premium Beautiful? Meh contact Sha sekarang. Whatsapp 011-37758674 (wasap.my/601137758674/PBRaya). Harga istimewa sempena Syawal.

MMG Iftar Bersama Anak Yatim & Asnaf 2018

Alhamdulillah, minggu lepas (2 Jun 2018) kami daripada MMG group bersama dengan penghuni dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia berbuka puasa di Kajang Perdana Avenue.

Alhamdulillah makanan sedap dan banyak variety. Tempat ni bawah kelolaan D'Saji Felda. Memang recommended untuk berbuka puasa atau apa saja event.

Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia ni terletak di Kajang. Ada lebih kurang 40 orang anak-anak yatim dan asnaf yang bernaung di bawah pertubuhan ni. Jika ada sesiapa atau mana-mana organisasi/syarikat yang nak menderma atau infak amat-amatlah dialu-alukan.

Boleh hubungi:

Pn. Siti Salmiah
017-2137313, 013-2416313
Maybank
5624 1400 6411 (PERIBADI MULIA)

Sementara tu layan gambar-gambar masa event ni.