Persiapan ke Budapest & Vienna

Less than a month untuk ke Budapest & Vienna. Rasa baru je habis pantang, seriously masa sekarang ni cepat sangat berlalu. Bak kata orang 'pejam celik pejam celik je' tapi ini la realiti putaran masa sekarang ni kan. Macam tak sedar dah nak abis tahun 2014 lagi beberapa hari je lagi.

Habis 2014 maka tak lama lagi la nak terbang ke Budapest & Vienna. Sangat excited untuk free trip kalini. Rasa dah lama sangat tak naik flight hehe so untuk trip kali ni memang sangat-sangat Sha nantikan. 

Bila difikir-fikir tak pernah terbayang akan merasa melancong ke seluruh negara macam ni tapi ini lah rezeki yang Sha dapat hampir 4 tahun dalam business ni. Dari tak pernah ada passport dan 'terpaksa' buat passport pun sebab berjaya dapat free trip ke Hong Kong, Disneyland & berterusanlah kena renew passport everytime nak pergi melancong. 

Alhamdulillah ini lah reward yang company bagi hasil kerja keras dalam bisnes dan peluang ni memang terbuka luas untuk sesiapa sahaja yang ada keinginan dan impian nak melancong ke setiap pelusuk dunia. Yang penting ada usaha inshaAllah impian tu pasti tercapai :)

Seriously, kalau korang semua suka melancong macam Sha ni, grab la peluang buat bisnes. Memang puas, income dan melancong free datang seiring. Just contact Sha, nanti Sha share peluang bisnes ni.

So, bila nak melancong ni preparation sebelum pergi tu memang sangat exciting lagi-lagi kalo nak melancong Europe time winter. hehe excited wooo shopping untuk travel during winter sebab Malaysia takde winter hehe so time ni laa nak melaramss


try terus baju kat sini

kita try mix & match

try la segala mafla untuk matching

Sha suka jaket ni vulus-vulus tu

Snow cap tu cantek, senang cerita anyone yang mencari winter cloth pergi la Mark & Spencer sebab banyak sangat choice

boots pun kena beli gak. Ni just try out kat Charles & Keith. Still mencari lagi boots yang cantik

;-)
Kalau ada readers yang tau kat mana nak cari boots menarik & cantik boleh la drop comment ye ;)

Katakan TIDAK Pada Diri Anda

Salam uolls..

Harini Sha nak share sedikit ilmu mengenai bisnes yang Sha buat sekarang. Ada kaitan dengan diri Sha sendiri, especially sebelum Sha mula terjebak dengan bisnes. Sha percaya perkara yang sama boleh apply dalam bidang-bidang yang lain.

Sha pernah dengar beberapa pepatah seperti 'we are our biggest enemy', 'nak berjaya, tak perlu bersaing dengan orang lain, atasi diri anda sendiri'. Memang relevan sebab sebelum Sha mula bisnes, ada beberapa halangan dalam diri yang Sha rasai. Bila diingat-ingat balik, semua yang Sha pikirkan masa tu, cumalah alasan yang Sha berikan pada diri sendiri. Sebab utama kenapa alasan-alasan tu keluar actually sebab takut nak keluar daripada zon selesa walaupun sebenarnya masa tu tak la selesa mana pun sebab ada kekangan dari segi kewangan. 


Apa alasan-alasan yang Sha berikan pada diri sendiri?

  • Malu Nak Jumpa Orang

Ini yang paling Sha takut sebab Sha bukanlah jenis yang suka-suki bergaul dengan orang. Yang biasa dengan Sha cuma circle of friends yang rapat-rapat. So, memang terasa sangat sebab tahu bila buat bisnes Sha kena jumpa ramai orang. Sebenarnya, tak sesusah mana bila dah buat sebab yang penting adalah ilmu. Bila dah belajar ilmu bisnes, Sha lebih pandai approach orang.. dan kita hanya perlu cakap apa yang perlu, bukan cakap tanpa arah.


  • Tak Ada Modal

Ini satu lagi alasan biasa bila nak mulakan bisnes. Actually, apa saja bisnes perlukan modal. Yang biasa orang nampak adalah modal wang. Sha bertuah sebab masa nak start bisnes modal masa tu hanya untuk produk. Tak memodalkan pekerja, equipment, kedai dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Hakikatnya, ini semua adalah kos overhead yang tak perlu. Kita boleh mulakan bisnes dengan diri kita sendiri. Bila dah ada produk, kita dah boleh bertapak dalam bisnes. Yang paling-paling penting adalah modal diri - kesungguhan, azam yang tinggi dan impian yang ingin kita capai. Jika ada modal wang sejuta ringgit pun, kalau takde modal diri, bisnes kita takkan ke mana. 
    • Tak Pandai Bisnes

    Apa saja yang kita buat perlukan permulaan. Macam seorang bayi, dia tak terus-terus pandai berlari. Sedikit demi sedikit kita belajar dan improve diri sendiri. Jangan fikir untuk terus pandai berbisnes. Mulakan dulu, dan belajar dalam perjalanan. Sha bertuah juga sebab dalam bisnes, ramai mentor-mentor yang ingin kita berjaya dan mereka adalah proven mentors. Mereka dah lalui selok-belok dan jatuh bangun dalam bisnes. Daripada merekalah Sha belajar untuk berjaya lebih cepat dan elakkan kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lalui. Alhamdulillah now Sha pula dah jadi mentor untuk business partners Sha but still banyak lagi kena menuntut :)
      • Tak Ada Masa

      Setiap kita diberikan masa yang sama - 24 jam. Lihat usahawan-usahawan yang berjaya, adakah mereka ada 40 jam sehari? Pada Sha yang penting adalah - tahu matlamat dengan jelas, set your priorities dan disiplinkan diri. Sha bermula sebagai part timer selama lebih kurang 2 tahun. Tetapi matlamat Sha masa tu nak cepat-cepat resign sebab malas nak kerja makan gaji so Sha betul-betul prioritikan masa & disiplin ikut planning yang mentor dah tetapkan, Alhamdulillah itu lah yang mengekalkan Sha dalam bisnes sampai sekarang hampir 4 tahun. 
        • Tak Nak Ambil Risiko

        Ni pun alasan Sha masa tu, tapi sebenarnya apa jua kita buat ada risiko. Kita tatau pun masa kita jalan elok-elok nak pegi lunch tapi tup-tup terpeleot masuk longkang?? Hidup macamana pun penuh dengan risiko tapi serahkan atau tawakal sepenuhnya pada Allah. Allah nampak kesungguhan & usaha kita inshaAllah bila kita betul-betul yakin denganNya tiada risiko atau bahayanya buat bisnes. 



        Jangan sabotaj diri kita sendiri sedangkan setiap dari kita Allah dah jadikan ada keistimewaannya tersendiri. Jika kita boleh kata tidak pada orang lain, kena juga KATAKAN TIDAK pada diri sendiri yang banyak berikan alasan untuk berjaya. 

        opss! Just nak share something yang pernah mentor Sha share "kita selalu doa untuk Allah murahkan rezeki, tapi bukan lah terus dapat duit atas sejadah. Tapi Allah convertkan rezeki tu dalam bentuk peluang. So, gunakan lah peluang yang ada untuk kita terus berusaha mendapatkan rezeki yang diredhaiNya inshaAllah"

        Moga anda lebih berjaya mencapai impian anda!

        Seminar Magnet Rezeki!

        Baca tajuk je dah terasa magnetnya. Seriously, seminar yang sangat-sangat best sepanjang 4 tahun Sha dalam bisnes ni. Tersingkap segala tips-tips dan cara-cara nak menarik rezeki. Ya Allah syukur sangat Allah dorongkan hati ni untuk pergi seminar ni

        Actually seminar ni khas untuk HBO (Hebat Berniaga Online) team members sahaja. Rasa sangat-sangat bertuah sebab Sha pun salah sorang CDM di dalam HBO Team. Dalam seminar ni diajar details untuk kita berniaga di dalam Islam. InshaAllah nak dapatkan income bulan-bulan dengan bisnes memang sangat mudah. 

        9/10 dari rezeki dari perniagaan jadi nya 9/10 juga la kita kena letakkan komitmen bila kita berniaga baru dapat merasai nikmat 9/10 tersebut if letak 1/10 maka yang dapatnya pun 1/10 sahaja. Tapi Sha suka dengan bisnes yang Sha buat ni sebab every single steps diajar, ada mentor yang akan sentiasa pegang tangan Sha untuk guide & tunjuk jalan. Bukan setakat tentang bisnes tapi dah macam family sendiri. Seronok sangat bila dapat buat bisnes macam ni. Diam tak diam dah 4 tahun Sha dalam bisnes ni & inshaAllah banyak lagi yang boleh dikecapi.... 


        luggage FREE!!!! Kejutan yang tak disangka-sangka

        AJK yang sehati sejiwa menjayakan seminar

        HBO Team yang hebat!!

        Yeah!! ini la kejutannya! Kami Qualifiers Europe dapat luggage free dari our sifoo CDM Chan. Thank you CDM!

        Mentor kesayangan kami & ibarat ibu kami CDM Kak Misah

        Tengok tu khusyuk betul 

        Sha & Fasny dengan Kak Misah

        Fasny & Wani, semoga lepas ni bisnes kita semakin kencang. Ameen

        Hebatnya kami sebab sentiasa dipimpin oleh mentor yang sangat humble, walaupun sudah bergelar jutawan tapi sentiasa rendah diri. Bak kata beliau 'kena jadi seperti padi, makin berisi makin tunduk' InshaAllah satu hari nanti Sha pun nak bergelar Jutawan seperti beliau juga. Tiada yang mustahil untuk kita dapat dalam bisnes yang penting FOKUS! FOKUS! FOKUS!


        Nasihat CDM Abg Lan : DOA + ILMU + BERTINDAK + RUJUK = KEJAYAAN 

        Let's be part of HBO Team 

        Budapest & Vienna, Kau Tunggu Aku Datang

        Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah SWT yang tak pernah putus. Tiap nafas yang kita hirup dan apa saja nikmat yang kita kecapi harini adalah daripadaNya.

        Syukur sangat sebab Sha dah confirm qualify trip company akan datang ni ke Budapest, Hungary dan Vienna, Austria. Nikmat sungguh dapat berjalan melihat negara orang. Jauh perjalanan luas pandangan. Syukur padaNya yang melorongkan Sha buat bisnes sekarang. Masih ingat lagi, trip dengan bisneslah kali pertama Sha buat passport. Sebelum ni memang berangan-angan melancong keliling dunia, tapi sebab kekangan, angan-angan tinggal mimpi.

        Daripada semua negara yang Sha dah pernah pergi sepanjang dalam bisnes ni, empat buah darinya ialah negara Eropah - Holland, Belgium, UK & France. Europe ni memang Allah jadikan special, dengan scenery, people, sejarah dan macam-macam lagi yang menarik. Sha sentiasa menunggu-nunggu bila company announce trip Europe.

        Bukan senang nak keliling dunia if guna duit sendiri. If uolls nak tahu, every trips yang Sha pergi adalah fully sponsored - flight, accommodation, food, tour guide & transportation. Kalau takde bawa duit poket pun boleh enjoy dan tayah nak pening-pening. Susah nak describe macamana seronoknya every trips, setiap negara ada sejarah & kenangan manisnya tersendiri :) uolls qualify sendiri baru tahu macam mana feeling dia. Nak ikott???? heheh 

        Yang lagi bestnya, pergi dalam group ramai-ramai dengan business partners. Fuhhh! memang enjoy. Masa nilah nak betul-betul enjoy setelah penat bekerja.

        We Work Hard and We Play Hard

        Uollss enjoy gambar-gambar throwback semua trips Sha ke Europe ye. 

        Europe, Kau Tunggu Aku Datang Lagi..

        Atomium, Brussels

        Canal Cruise, Amsterdam

        Dam Square, Amsterdam

        Keukenhof, Holland

        Red Light Street, Amsterdam

        Volendam Fishing Village, Holland

        Zaanse Schans, Holland

        Arc de Triomphe, Paris

        Bicester Village, England

        Big Ben, London

        Buckingham Palace, London

        Champs-Élysées, Paris

        Eiffel Tower, Paris

        Eye of London

        Galeries Lafayette, Paris

        Harrods, London

        Kensington Park, London

        Laduree, Paris

        London Central Mosque

        London School of Music

        Royal Albert Hall, London

        Seine River Cruise, Paris

        Tower Bridge, London

        Westminster Abbey, London

        Premium Beautiful Testimonials

        premium beautiful promotion



        SPECIAL PREMIUM BEAUTIFUL 2015 PROMO*
        GRAB NOW!!


        Pengumuman untuk semua yang teringin nak pakai corset Premium Beautiful.

        Sekarang Sha buat limited time SPECIAL PROMO dengan HARGA ISTIMEWA. Hanya untuk bulan ni saja.

        For this promo price of Premium Beautiful Classic or Elegance, just call/sms/whatsapp me:

         Sha 012-2151541 
         sha@shakhalid.com 

        * while stocks last

        ______________________________________________________

        Salam uolss..

        Sebagai pengguna tegar Premium Beautiful dan agen berkualiti, Sha nak share a few testimonials daripada pengguna-pengguna yang gunakan korset ni. Bila banyak testimoni barulah korang lebih yakin dengan premium beautiful ni kan.. ;)

        Dapatkan Shape Lepas Bersalin

        Premium Beautiful ni memang berkesan untuk bantu dapatkan balik shape lepas bersalin. Wanita lepas bersalin ni tau-taulah kan, akan gain weight masa bersalin. Pastu rahim akan jatuh ke bawah. Selain bertungku, bertangas dan berurut bila pakai Premium Beautiful semasa dalam pantang memang bagi kesan yang cepat untuk kuruskan badan, back to normal shape & kecutkan rahim.

        Bawah ni testimoni daripada CDM Fazi yang konsisten pakai Premium Beautiful. Dalam masa 2 bulan lepas bersalin, dia dah dapat balik shape sebelum bersalin. Sape taknak jadi macam ni kan?

        testimonial premium beautiful daripada CDM Fazi


        Betulkan Postur Badan/Back Pain

        Ada yang tanya orang kurus pun boleh ke pakai Premium Beautiful, of course boleh sebab biasa orang kurus ni kalo duduk sure membongkokkan badan or automatically badan jadi bongkok. So, bila pakai waist nipper (bengkung) postur badan akan jadi betul & takde la membongkok. One more thing Premium Beautiful ni memang direka khas 70% untuk kesihatan so tak semestinya untuk orang yang gemuk nak kurus sahaja pakai. Dan waist nipper Premium Beautiful pun dapat pengiktirafan dari pakar Ortophedic US & Canada. Ramai customers Sha yang ada masalah back pain pun bagi feedback positive lepas pakai. Alhamdulillah hilang sakit tulang belakang.


        testimoni premium beautiful untuk sakit tulang belakang


        Kurangkan Period Pain

        Ini testimoni daripada Zara, salah seorang blogger yang guna Premium Beautiful. Zara cerita dia memang ada masalah period pain, sampai bila tak tahan terpaksa ambik pain killer. Tapi pain killer ni tak baik untuk kesihatan. Memang la sakit hilang sekejap, tapi long term maybe masalah lain yang timbul.


        testimoni premium beautiful Zara seorang blogger yang menghadapi masalah period pain
        Boleh baca detail testimoni Zara kat sini dan sini

        Banyakkan Susu Badan

        Premium Beautiful ni memang berkesan membanyakkan susu badan. Baca la testimoni-testimoni dalam group whatsapp Sha daripada pengguna-pengguna tegar PB.. :D

        testimoni premium beautiful untuk banyakkan susu badan



        Sha harap dengan testimoni-testimoni ni at least uolls yang berniat nak pakai Premium Beautiful ni lebih yakin. Dan pada yang nak jadikan bisnes Premium Beautiful ni sebagai side income ataupun full time business pun amat-amat digalakkan. Just inform Sha, nanti Sha explain macam mana nak jadi agen Premium Beautiful yang berjaya.. ;)

        Peluang Berani Berniaga

        Sha nak berkongsi video yang amat bagus daripada Dr Azizan Osman. Macam Dr Azizan beritahu, ramai orang stuck dengan modal bila mula nak berniaga. Sebenarnya, modal bukanlah penyebab utama berjaya dalam bisnes. Yang penting azam dan semangat yang tinggi. Hayati jawapan daripada Dr Azizan untuk soalan yang pertama..


        * Soalan 1 : Bagaimana untuk menguruskan syarikat dengan modal hanya RM2,000? *

        Jawapan daripada Dr Azizan Osman, menggalakkan menjadi pengedar barangan orang lain seperti ramai dalam team Sha. Tidak perlu buka kedai, jalankan bisnes dari rumah secara online.

        Jika anda punya modal sekurang-kurangnya RM 2,000 tapi betul-betul berminat untuk berniaga, jangan tunggu lagi. SMS/Whatsapp Sha  012-2151541.

        Apa yang akan anda dapat??

         Income sehingga 4 angka setiap bulan
         
        Produk terhangat di pasaran dengan sokongan testimoni-testimoni daripada pengguna sendiri
         
        Strategi pemasaran online dan offline
         
        Support daripada team yang komited dan terbukti telah berjaya

        SMS/Whatsapp SEKARANG untuk buktikan anda berani berniaga!

        New addition .. Syafa Zulaykha Binti Muhammad Zaer

        Rasa lama plak tak menulis cerita-cerita ringan..hehe selalu menulis berkaitan product or business kan. So arini cam tergerak nak share experience bersalinkan Syafa Zulaykha, my only princess :) nanti Zulaykha dah besar bolehlaa baca blog mamy ni kan ahaks. It will be very longggg entry yeee ..mamy nak syok sendiri nih cerita kat Zulaykha.

        Actually, EDD Sha ialah 1.10.2014. Tapi sampai 1.10.2014 pun baby takde tanda-tanda lagi nak keluar dari perut mamy. Aunty fazi cakap baby seronok makan sedap-sedap dok dalam perut mamy. ye laa ujung-ujung nak bersalin tu keje mamy & dedy ialah mencari tempat makan yang sedap-sedap. Kira takde la makanan yang kempunan nak makan..

        ok before that just nak share. Actually sha check up sampai 9 bulan kat *j*c, tapi pada suatu malam yang hening ;) ada sorang my fren ni whatapps & bagi link pasal my gynae ni. Hadus gugur jantungku bila baca link blog tu and by malam tu juga Sha & husband decide nak cari gynae lain untuk deliver. Seriously hanya dengan beberapa jam je google sana sini kami decide nak pergi & bersalin dengan Prof Siti Zawiah dari UM Specialist Centre. Tq so much pada blogger2 yang share experience deliver dengan Prof Siti. Sebab we all decide tu pun setelah baca review dari bloggers. UMSC ni ialah PPUM yang private wing, so charges & service memang lain sebab kena pergi check up kat UMSC & ward UMSC di Menara Timur, PPUM. 

        Reason Sha & husband cari gynae lain sebab Sha nak deliver normal & hati ni yakin je boleh deliverkan baby ni secara normal. Dan sangat-sangat phobia nak go thru caesarian lagi & that's the reason why we all cari new gynae. 

        ok back to story..hehe meh kita buat chronology senang Zulaykha nak baca nanti

        1.10.2014 - Rabu

        Sepatutnya ada checkup dengan Prof Siti, tapi sebab Prof Siti cuti makanya takde laa appointment. Mamy memang berdoa jangan la deliver sekarang sebab takut orang lain yang entertain mamy bersalin nanti. Hari ni aktiviti berjalan-jalan je bagi check up esok hari at least dah ada 'jalan' buka. sebab risau sangat if jalan tak buka.


        2.10.2014 - Khamis

        Bangun pagi berdebar-debar sebab harini ada check up dengan Prof Siti. Setelkan few things pagi ni & around 2pm dah ada kat UMSC. Serious berdebar masa ni..gile takut sebab tau confirm kena VE. Menda paling tak suka time dah nak bersalin ni ialah VE. haihhh.. tunggu & tunggu turn dah sampai untuk jumpa Prof. Masuk-masuk je Prof tengok muka Sha dah kenal dah then dia tengok report.  'eh..tak bersalin lagi ni? macamana ni?' hah gitu soalan dia..tak ke tambah berdebar.. maka bermula episode dia scan baby & nak buat VE. ok selesai je procedure semua tu terus dia cakap kat husband 'Baby kamu ni nak tunggu wukuf ni, belum lagi ni..Nak masuk 2 jari pun tak boleh lagi' huwaa...debar weh debar time tu!! then duduk balik. Prof bagi kalendar 'Ok, boleh la pilih tarikh kita induce, kira 7 hari dari EDD' so Prof suh masuk wad terus 8.10.2014 untuk induce. Tapi we all mintak nak Isnin 6.10.2014. Jeng jeng jeng lepas check up solat, makan dulu kat cafe & dalam hatiku ni berdebar-debar memikirkan nak kena induce. Luahan perasaan suami isteri haha sebab Sha ni memang sangat-sangat penakut if nak kena induce.

        Dipendekkan cerita, Sha memang buat semua natural ways to induce labor. Check it out here if korang pun dah overdue & nak try. Actually it helped me a lot. tak tipu! heheh ada step2 dalam tu yang memang menjadi to me. Sebab balik dari check up Sha buat one of the step tu. Kalo nak tau step apa boleh PM kay :)


        3.10.2014 - Jumaat

        2am - Terjaga perut memulas nak membuang. Buang air besar macam biasa

        4am - Bangun lagi buang air besar. Padahal dinner sebelum tu makan sikit gile tapi minum sirap bandung sedap gilesss lol

        6am - Perot rasa memulas, macam sengugut pon ada. Cakap kat husband..ni macam rasa contraction. Sebenarnya dah rasa tak selesa since jaga kol 2 am tu. tapi still cam ragu-ragu lagi tu contraction.

        7.30am - Contraction every 5 minutes. Sha siap monitor macam dah 5-1-1. Tapi husband boleh cam tak caya. Dia ingat kita sakit perot nak berak..haishh...so boleh lagi pergi breakfast & hantar Syakir p GA. dan yang paling best boleh lagi pergi morning walk!! hah gituuuu kental tak??? sebab takut kalo p hospital baru buka 2cm-3cm..gigih giless..so pergi la morning walk dan round ke-2 tu Sha muntah!! muntah gile-gile punye muntah tu hadoi..dengan rasa contraction dah kerap dan muntah lagi. terus ajak husband balik. Balik umah je sementara nak siap-siap tu, Sha muntah lagi! rasa tak bermaya dah time tu. Terus decide nak p ward. dan sempat lagi cari air kelapa.. minum 2 teguk & muntah lagi dalam kereta.. what an experience!! pengalaman mengandung & bersalin Zulaykha ni banyak betul drama. then sampai je ward UMSC Sha bole gigih lagi tanak naik wheelchair sebab konon kalo jalan nanti banyak lagi 'jalan' buka..haha lawak gile kalo ingat :(

        11am - admitted & nurse check 'jalan' baru 3cm.. Sha rasa macam.. hahhh 3cm?? aku rasa macam dah 7cm je 

        12.30 - contraction makin kuat & Sha rasa macam plop something meletup plak. Cakap kat husband 'air ketuban pecah ni!' & nurse check memang betul. phewww masa tu lega gile laa sebab imagine tak lama lagi bersalin ni. Masa ni nurse dah drip air sebab dah bagitau dia yang Sha muntah-muntah dah 3 kali.

        2.30 pm - Prof Siti sampai ward & check. huhu masa tu Prof muka garang gile.. sebab dia check Sha demam. Prof bebel sebab datang lambat sebab badan Sha dah panas gile. Bila mak demam baby pun sama akan effect. Babyku dah stress & heart beat tinggi around 180 above. Masa tu Sha just cakap kat Prof 'Prof bagi je la antibiotik ke ubat apa-apa ke' huhu memang risau gile & at the same time rasa sakit contraction tu jadi kuat. Masa tu Prof suggest suh amik Epidural, tapi Sha tanak so just amik gas & mintak petadine. Lepas tu nurse drip antibiotic & Sha sempat gak tido jaga tido jaga laa..means still boleh tahan lagi contraction tu

        5-5.30 pm - masa ni dah rasa semakin kuat contraction & badan pun rasa cam kuat sikit. Alhamdulillah maybe sebab bantuan antibiotic juga demam pun redha & nurse dok 2-3 kali masuk bilik tanya. 'u takde rasa nak push ke?' tapi time tu memang takde rasa lagi tapi lepas kali ke 3 tu Sha cakap kat husband 'Abang..orang rasa nak push!!' terus la dia panggil nurse hah kauuu kelam kabut laa dorang nak set up segala menda.. haha pandai tanya tapi dok lengah-lengah tak prepare apa-apa. Sha sedar time tu Prof Siti pon dah ada & dia pun bebel2 sebab nurse tak prepare lagi segala selipar & baju dia.. Sha time tu memang push je fuhhhh lega kayy sebab Prof cakap u push je bila rasa tu. syok laaa kan sebab nak ilangkan sakit memang push je. sampai Prof suh stop 'jangan push lagi' baru laa ku tahan. Pastu memang Sha rasa cam ada taik keras nak keluar! bila prof suh push je dengan 1 nafas ku terus je pushhhh!! pastu Prof cakap 'very good push' pastu dengar plak husband cakap 'dah jangan push lagi, baby dah keluar' hahhhh terkejut okkk sebab tiba-tiba dah keluar??? ya Allah memang terkejut. Sebab rasa sakit contraction tadi Allah je la tau tup2 cakap tayah push dah hahaa & masa tu Prof Siti dah lari bawa baby ke nursery tanpa sempat pun skin to skin sebab nak bagi baby oksigen. Sha pun masa tu pikir yang penting baby selamat dan satuuuu je nak tau time tu baby apa?? 

        Prof Siti masuk balik bilik, cakap baby u semua ok, Prof lim dah bagi oksigen & dia suh husband pergi tengok baby. Sha boleh tanya Prof 'boy ke girl?' haha Prof cakap i tak tengok pun huwaa.. Sha berdebar lagi time tu kekke maklomla scan tak nampak kan.  eh bohong masa 4d scan sekali je nampak kata gegirl. tapi still rasa yakin tak yakin. Prof pun memulakan aktiviti dia menjahit & husband masuk. Soalan yang sama lagi Sha tanya haha & husband cakap 'girl laa ..' haha terus rasa ok lega..kekeke teruk betol mamy ni

        Bila dah selesai semua procedure untuk Sha, Prof pun reveal something. 'I masukkan u 7 botol air, botol yang ke 6 baru u kencing. u tau tak.. if u datang lagi lambat hospital u akan dapat kidney failure' huhu dia bebel la semalam jumpa sihat walafiat harini boleh plak demam haha..and dia bebel sebab makan luar or food kotor sebab tu bawa ke muntah-muntah. Tapi yang pelik baby nak keluar je mamy terus sihat tak demam dah. Kuasa Allah kan..dia merancang yang sangat terbaik untuk Sha & baby. Yang buat tambah syahdu bila Prof cakap 'I sempat solat asar tadi, i doakan u je selamat' touching ok! sebab Sha baru sempat check up dengan Prof 3 kali & terus deliver tapi rasa macam dah kenal dia lama. Layan kita macam anak-anak dia.. memang kena bebel tapi usaha dia untuk Sha deliver normal tu buat Sha rasa sangat-sangat terharu. Sha tau kalo certain tempat confirm dah kena czer sebab heart beat dah tak stabil, mamy demam & before ni Sha czer. Tapi Alhamdulillah doa ku termakbul dapat juga VBAC. Syukur..

        Dan masin juga cakap Prof Siti baby nak tunggu wukuf. 

        Tepat jam 5.30PM 3-10-2014 Baby Syafa Zulaykha lahir ke dunia. 

        'Wukuf di Arafah untuk tahun ini jatuh pada tanggal 3-10-2014 bertepatan dengan hari Jumaat waktu Malaysia 5.10pm-11.07pm'

        Alhamdulillah semoga Puteri mamy & dedy Syafa Zulaykha membesar jadi anak yang beriman, solehah, berjaya cemerlang dunia & akhirat Ameeen

        baru je beberapa minit dilahirkan


        Syafa Zulaykha umur 1 hari

        p/s Harini dah 12 hari berpantang. Dan first time berpantang dengan Premium Beautiful. Seriously amazing experience betul pakai corset Premium Beautiful ni. Rahim cepat sangat kecut. Seminggu berurut & pakai corset perut cepat sangat kempis. InshaAllah Sha will share cara berpantang in next entry kay. Stay tune. muahss